Seronoknya tengok dua beradik bekas pemimpin tertinggi Thailand ini bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini. Tak sangka negeri di utara tanah air ini menjadi pilihan Thanksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra untuk bercuti.
Walau mampu untuk melancong ke negara Eropah dan sebagainya, tetap pilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Lebih mengagumkan, ini bukanlah kali pertama mereka berkunjung ke Pulau Pinang. Difahamkan ia adalah kali kedua Thaksin dan Yingluck beriadah di sana. Bangga!
Yang pasti, dua beradik yang merupakan bekas Perdana Menteri Thailand tersebut mempunyai alasan tersendiri memilih percutian ke Pulau Pinang selain mahu mengabadikan momen indah mereka buat kali kedua di negara ini.
Thaksin Shinawatra yang kini berusia 74 tahun dan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra berumur 55 tahun mula berkunjung ke Pulau Mutiara sejak Rabu lepas untuk menikmati lokasi percutian menarik di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini.
Ads
Yingluck menerusi hantaran di Facebook miliknya memuat naik foto dalam album Penang 2022 dengan perkongsian 15 keping gambar ketika berada bersama abangnya di Lebuh Campbell, Lebuh Armenian dan Pasar Lebuh Cecil.
Bekas pemimpin wanita itu juga berkongsi momen ketika menikmat makanan popular di sana seperti Char Kuetiau, cendol dan ais kacang di samping memuat naik gambar menaiki beca bersama abangnya.
“Datang ke Penang buat kali kedua. Setelah sekian lama datang mencari kenangan lama bersama abang. Bandar di sini telah banyak berubah. Nampak suasana Phuket di negara kita. Rindu.
Ads
Makanan pun serupa dan yang lebih pelik adalah bandar ini sering mempunyai tempat bergambar di sepanjang laluan pejalan kaki atau kedai untuk orang ramai mengambil gambar sebagai kenangan.
Saya dan abang kemudiannya mengambil peluang untuk pergi dan mencari beberapa pencuci mulut lama untuk dimakan dan ini membuatkan saya agak rindu dengan rumah.”
Sehingga ke hari ini, posting tersebut mendapat hampir 80 ribu reaksi dan hampir 3 ribu komen daripada pengguna laman sosial.
Thaksin pernah menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand dari tahun 2001 hingga 2006. Yingluck pula menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara gajah putih itu antara tahun 2011 dan 2014.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah SWT menjadikan dunia dengan segala kemewahan, keindahan, suka duka, susah senang dan banyak lagi nikmat yang tidak mampu kita hitung.
Menurut Ustazah Sharifah Khasif, semua yang ada di dunia ini bersifat sementara. Tidak ada yang abadi melainkan apabila manusia itu dikumpulkan di akhirat yang kekal selamanya.
Syurga neraka juga ciptaan Allah SWT. Sifat ahli-ahli syurga ialah orang-orang yang sanggup bersusah-payah sewaktu hidup di dunia. Tidak hairanlah syurga itu sangat mahal dan bahagialah penghuni-penghuni syurga yang aman di dalamnya.
Manusia itu sifatnya lemah. Allah SWT memberi sedikit ujian kerana Dia sayang serta mahu melihat hamba-hamba-Nya bersujud dan menangis di hadapan-Nya.
Ujian itu adakala menjadikan manusia dekat dengan Allah SWT. Ada pula yang menjadikan ujian itu sebagai bencana dan bersangka buruk terhadap Allah SWT. Nauzubillah…alangkah ruginya manusia yang tidak melihat segala yang berlaku itu sebagai satu rahmat.
Sebab itulah banyak berlaku kes bunuh diri kerana kecewa, putus asa dan berdoa supaya mati cepat kerana tidak sanggup lagi melalui ujian dunia.
Hadis Rasulullah SAW bersabda: “Jangan sesekali seorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata: “Ya Tuhanku, hidupkanlah aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hikmah Ujian
Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya. Sebaliknya, mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan reda.
Setiap dugaan adalah penghapus dosa (kaffarah) bagi mereka yang ditimpa bencana. Oleh itu, Allah SWT menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan.
Semoga kita menjadi antara golongan yang sentiasa melihat pada hikmah di sebalik apa yang berlaku daripada melihat kesan buruk yang kita nampak dari mata kasar. Mudah-mudahan diberkati Allah SWT dan sentiasa menjadi orang yang sabar dalam apa jua keadaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar. Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis. Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.
Ujarnya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat. “Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.
“Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu,” ujarnya. Susulan pengumuman itu Ardern menghubungi tunangnya Clarke Gayford bagi mengajaknya berkahwin. “Mari kita berkahwin akhirnya,” tulisnya.
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu. Sebelum ini beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.
Pentadbirannya turut menyaksikan kepimpinannya semasa menempuh pandemik COVID-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island. Untuk rekod, tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.
Kredit foto: Mark Baker/AP/Shutterstock | Sumber: ASTRO Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Innersejuk mengumumkan Hanis Zalikha sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut. Selebriti yang juga usahawan dan Ikon Modest Fashion di Malaysia bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta bersamaan dengan RM4.2 juta.
Duta rasmi Innersejuk, Hanis Zalikha.
Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk dengan menampilkan koleksi Telekung Suqainah yang baru. Hanis Zalikha memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberi keselesaan tetapi tetap cantik dan elegan ketika dipakai.
Koleksi Suqainah telah berada di pasaran di semua platform online dan outlet Innersejuk.
Kredit Foto: IG InnersejukKredit Foto: IG Innersejuk
Menurut Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam, mereka sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis Zalikha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
“Personaliti beliau yang sangat berani sesuai untuk jenama ini. Selain bergelar usahawan berjaya, beliau juga seorang ibu dan isteri. Kami kagum dengan keberanian dan kesungguhan beliau dalam mencapai sesuatu kejayaan.”
TELEKUNG SUQAINAH
“Dalam bahasa Arab, suqainah bermaksud ketenangan. Ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Ia tidak jarang, rasanya sejuk dan paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak sempurna. Ini merupakan antara telekung terbaik pernah saya miliki,” kongsi Hanis Zalikha.
Fabrik telekung Suqainah dihasilkan daripada inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill Tuff, fabrik yang lebih lasak dan tebal berbanding telekung biasa. Walau lebih tebal, fabrik telekung ini direka khas agar kekal sejuk dan anti-mikrob. Ciri kemasan yang mewah menjadikan telekung Suqainah sesuai untuk semua jenis muka.
Telekung Suqainah Signature mempunyai potongan klasik yang sesuai untuk kegunaan harian serta majlis-majlis khas. Manakala telekung Suqainah Luxe memiliki ciri-ciri yang lebih mewah dengan fishtail yang lebih panjang di bahagian belakang.
Untuk info, Innersejuk merupakan sebuah jenama Malaysia yang sedang berkembang di bawah syarikat Airaz Technologies Sdn Bhd. Innersejuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi merangkumi modest sports, lifestyle ready-to-wear, pakaian untuk beribadah dan aksesori fesyen yang sesuai untuk gaya hidup wanita Muslimah hari ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.