Seronoknya tengok dua beradik bekas pemimpin tertinggi Thailand ini bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini. Tak sangka negeri di utara tanah air ini menjadi pilihan Thanksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra untuk bercuti.
Walau mampu untuk melancong ke negara Eropah dan sebagainya, tetap pilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Lebih mengagumkan, ini bukanlah kali pertama mereka berkunjung ke Pulau Pinang. Difahamkan ia adalah kali kedua Thaksin dan Yingluck beriadah di sana. Bangga!
Yang pasti, dua beradik yang merupakan bekas Perdana Menteri Thailand tersebut mempunyai alasan tersendiri memilih percutian ke Pulau Pinang selain mahu mengabadikan momen indah mereka buat kali kedua di negara ini.
Thaksin Shinawatra yang kini berusia 74 tahun dan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra berumur 55 tahun mula berkunjung ke Pulau Mutiara sejak Rabu lepas untuk menikmati lokasi percutian menarik di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini.
Ads
Yingluck menerusi hantaran di Facebook miliknya memuat naik foto dalam album Penang 2022 dengan perkongsian 15 keping gambar ketika berada bersama abangnya di Lebuh Campbell, Lebuh Armenian dan Pasar Lebuh Cecil.
Bekas pemimpin wanita itu juga berkongsi momen ketika menikmat makanan popular di sana seperti Char Kuetiau, cendol dan ais kacang di samping memuat naik gambar menaiki beca bersama abangnya.
“Datang ke Penang buat kali kedua. Setelah sekian lama datang mencari kenangan lama bersama abang. Bandar di sini telah banyak berubah. Nampak suasana Phuket di negara kita. Rindu.
Ads
Makanan pun serupa dan yang lebih pelik adalah bandar ini sering mempunyai tempat bergambar di sepanjang laluan pejalan kaki atau kedai untuk orang ramai mengambil gambar sebagai kenangan.
Saya dan abang kemudiannya mengambil peluang untuk pergi dan mencari beberapa pencuci mulut lama untuk dimakan dan ini membuatkan saya agak rindu dengan rumah.”
Sehingga ke hari ini, posting tersebut mendapat hampir 80 ribu reaksi dan hampir 3 ribu komen daripada pengguna laman sosial.
Thaksin pernah menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand dari tahun 2001 hingga 2006. Yingluck pula menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara gajah putih itu antara tahun 2011 dan 2014.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam semalam menyaksikan seorang penembak melepaskan tembakan rambang ke arah kawasan festival muzik yang berlangsung berdekatan kawasan tumpuan orang ramai di Las vegas. Insiden malang ini meyebabkan setakat ini sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dan lebih 527 orang cedera menjadikan insiden ini antara insiden tembakan rambang paling teruk dalam sejarah negara Amerika Syarikat.
Ketika tembakan tersebut berlaku, penyanyi genre country terkenal, Jason Aldean sedang mengadakan persembahan. Sejurus kedengaran bunyi tembakan, penonton yang tercedera dilihat bermandikan darah dan ramai yang lain menjerit menyuruh semua orang tunduk dan berbaring. Lantas muzik dihentikan serta merta.
Beberapa fakta mengenai kejadian malang ini.
Penembak yang dikenali sebagai Stephen Paddock berusia 64 tahun melancarkan serangan dari tingkat 32 hotel Madalay Bay Resorts dengan memecahkan cermin bilik.
Stephen yang berasal dari Nevada, Amerika Syarikat membunuh diri sebelum pihak berkuasa menyerbu bilik hotel.
Setakat ini penembak tidak dikaitkan dengan mana-mana organisasi pengganas antarabangsa.
Pihak polis menemui lebih 20 senjata tembak berlainan seperti beberapa jenis pistol tangan dan rifles.
Jom saksikan beberapa video yang dirakam oleh mereka yang berada di tempat kejadian.
Sumber: ABC News
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kagum dengan sikap penduduk negeri Melaka yang patuh terhadap Perintah Kawalan Pergerakan seperti diarahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Jika segelintir masyarakat seakan memandang remeh dengan situasi penularan Covid-19 hingga ada dalam kalangan mereka yang berpusu-pusu pulang ke kampung, beriadah di taman dan makan di tempat awam tanpa rasa bersalah… berbeza pula keadaannya di Bandaraya Bersejarah ini.
Terkenal sebagai destinasi pelancongan popular dan sentiasa sibuk dengan kehadiran pelancong dari dalam serta luar negara, Bandaraya Melaka sejak Perintah Kawalan Pergerakan dua hari lalu kini bertukar sepi dan lengang.
Menerusi perkongsian penduduk Melaka sendiri yang juga pemilik akaun Facebook, Mohamed Amiruddin Bulat, gambar di beberapa tempat tumpuan pelancong di Bandar Hilir ini diambil dua hari lepas iaitu sebaik Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Dia yang tinggal di Melaka Tengah ketika dihubungi Nona turut melahirkan kebimbangan untuk berada di luar rumah dalam tempoh yang lama memandangkan jumlah jangkitan kes Covid-19 semakin meningkat.
Melihat suasana yang jarang sekali berlaku itu, dia terpanggil untuk berkongsi ‘pemandangan’ tersebut di media sosial. Katanya, “Sekejap je saya ambil gambar, lepas tu saya terus balik. Tak ada gambar terbaru pun sebab dah risau nak keluar lagi sekarang.”
Berdasarkan gambar-gambar tersebut jelas kelihatan tempat tumpuan seperti Stadthuys, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan perkarangan Menara Taming Sari sepi daripada kehadiran pengunjung dan sebarang aktiviti. Tiada kelibat penarik beca dan deretan beca pelbagai hias yang membanjiri tempat tumpuan ini seperti kebiasaan. Malah, restoran dan kedai menjual cenderamata juga ditutup.
Setakat semalam, 19 Mac 2020 sebanyak 900 jumlah jangkitan kes dilaporkan dengan 110 daripadanya ialah kes baharu. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia dengan 223, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 123, Sabah 112 dan Johor 101. Sementara Melaka pula mencatatkan 20 kes. Kawasan terendah dijangkiti pula ialah di Wilayah Persekutuan Labuan dengan hanya 5 kes.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masjid Al Noor, namanya mungkin tidak terkenal dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia. Namun sejak 15 Mac lalu, masjid yang terletak di Christchurch, New Zealand ini bukan hanya mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia bahkan terus menjadi bualan di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Semuanya gara-gara insiden berdarah yang dicetuskan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang kini ditahan pihak berkuasa New Zealand sebagai suspek utama.
Mengimbau detik tragis yang mengorbankan seramai 49 jemaah ketika berada di dalam masjid untuk menunaikan solat Jumaat… suspek yang lengkap bersenjata melepaskan tembakan secara meluru ke arah umat Islam yang berada di dalam masjid. Lebih menyedihkan, aksi tembakan tersebut dirakam dan dikongsikan secara live di media sosial yang jelas kedengaran suara Tarrant ketawa saat melepaskan tembakan! Difahamkan serangan turut berlaku di sebuah lagi masjid iaitu Masjid Linwood.
Sebagai rakyat New Zealand yang sudah 23 tahun menetap di negara yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi itu, Rachel Dickison… seorang pelukis muda kelahiran New Zealand yang terkesan dengan tragedi berkenaan ‘menghadiahkan’ sebuah lukisan cukup bernilai buat penganut agama Islam seluruh dunia. Meskipun berlainan agama tapi itu bukan halangan bagi Rachel menghasilkan lukisan Masjid Al Noor.
Melalui lukisan itu, kelihatan Masjid Al Noor seolah-olah dilingkari tumbuhan paku pakis atau Silver Fern… simbolik kepada lambang kebanggaan New Zealand. Memuat naik lukisan indah tersebut di Instagram miliknya, kongsi Rachel, “They are us.Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku di Christchurch dan simpati terhadap mangsa terlibat kerana tempat ini tidak lagi selamat. Tak sangka ia berlaku di New Zealand.
Kepada mereka yang terjejas dengan insiden ini, marilah kita bersatu dan saya juga ingin meluahkan apa yang saya rasa terhadap insiden ini dengan cara terbaik yang saya tahu iaitu melalui lukisan.
Lukisan Rachel mengenai Masjid Al Noor
New Zealand tetap berdiri teguh bersama komuniti Islam yang telah memilih negara ini sebagai ‘rumah’ mereka dan kami turut berduka atas apa yang berlaku. Tidak kira apa pun, kami tetap bersama anda dengan penuh kasih sayang dan bukan kebencian.”
Terharu bila insan berbeza fahaman agama seperti Rachel sangat menghormati dan setia bersama-sama umat Islam menangani keganasan yang berlaku. Biarpun dengan hanya melalui lukisan… namun ia melegakan hati para muslimin dan muslimat yang menghargai sokongan murni rakyat New Zealand. Moga kebaikan Islam terus dihayati oleh semua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday Datin Paduka Eina Azman! 13 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran personaliti jelita ini yang ke-30. Meniti usia 30 tahun, Datin Paduka...