
Nampaknya keluarga kecil Acha Septriasa dan Vicky Kharisma bakal bertambah bilangan ahlinya apabila Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua!
Khabar gembira iti dikongsi oleh pelakon yang kini menetap di Australia melalui Instagram miliknya.
” Ada manisnya tersendiri bisa ikut mencipta.. mengukir nama, membesarkan hidup, dan mencipta kenangan bersama.. terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi Orangtua, Bridgia sebentar lagi akan menjadi Kakak,” tulis Acha Septriasa.


Tular di media sosial baru-baru ini sebuah perkongsian yang memaparkan aktor Farid Kamil dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa bakal bergandingan dalam sebuah filem.
Menerusi perkongsian di Twitter, filem itu berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik yang jugak merupakan Perdana Menteri Malaysia ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Acha Septriasa bakal melakonkan watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Difahamkan filem terbitan syarikat produksi Indonesia itu masih dalam proses akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton pada tahun depan.
Acha Septriasa memutuskan ikut pindah ke Australia mengikuti suaminya yang bekerja di sana. Ternyata kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya saat memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan dirinya sedang mengusap perutnya.
Meskipun tiada informasi lengkap mengenai usia kandungan Acha, rata-rata warganet mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada selebriti yang nama sebenarnya, Jelita Septriasa. Semoga proses kehamilan kali ini berjalan dengan lancar buat pelakon berusia 33 tahun itu.
Usah Jadikan Kehadiran Anak-Anak Sebagai Penghalang KEHANGATAN CINTA Suami Isteri

Apabila sudah lama berkahwin dan punya anak yang ramai, mulalah penampilan diri tidak diberi perhatian khusus. Penat di pejabat ditambah pula dengan sambungan tugas-tugas rumah tangga di rumah, wanita mula mengabaikan penampilan diri di hadapan suami. Sepatutnya kesalahan itu tidak diletakkan 100 peratus di bahu wanita. Lelaki pula mulalah mencari seribu satu alasan menidakkan kebenaran bahawa isteri sudah tidak cantik lagi di mata mereka.
Wanita dan soal penampilan diri sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana rahsia menarik perhatian suami bukan sahaja terletak pada air tangan, malah penampilan diri juga perlu diberi keutamaan. Secara logiknya, jika isteri berpenampilan menarik dan bijak mempamerkan kelebihan diri, pastinya suami mengagumi usaha si isteri untuk sama-sama memberikan usaha terbaik dalam rumah tangga. Disinilah wujudnya keserasian dalam memahami maksud mempertahankan ‘kehangatan cinta’!
Seharusnya kehangatan cinta dan semarak kasih sayang antara suami isteri hendaklah sentiasa terus bersinar. Bukankah anak itu pengikat kasih sayang? Namun ramai antara pasangan hari ini, bila sudah punya anak mula malu atau seakan tiada masa untuk melakukan aktiviti romantis bersama.
Akhirnya hubungan menjadi hambar dan masalah lebih teruk lagi boleh menjadi punca berlakunya perpisahan. Segera keluar daripada mimpi buruk ini, ayuh lakukan tindakan pantas untuk mengembalikan semula kehangatan cinta bersama pasangan.
BERKONGSI MINAT YANG SAMA
Jika suami suka melakukan aktiviti berbasikal, isteri boleh turut serta teman suami berbasikal. Libatkan anak-anak agar aktiviti riadah ini lebih menarik dan agar semua ahli keluarga gembira melakukannya. Begitu juga jika isteri hobinya melukis, suami bawa isteri ke pameran lukisan dan sebagainya.
PERCUTIAN BERSAMA
Percutian hanya anda dan pasangan sahaja. Pasti percutian ini cukup istimewa dan rancang sekurang-kurangnya setahun sekali. Sepanjang percutian tersebut lakukan aktiviti romantis seperti jalan berpegangan tangan, hadiahkan kuntuman bunga dan sebagainya. Sama seperti pada zaman awal percintaan dulu. Persoalannya, berapa kerapkah anda bercuti bersama pasangan tanpa membawa anak-anak? Mungkin ada yang menjawab ia hanya boleh dilakukan sebelum mempunyai anak. Tetapi tidak salah jika mencuri sedikit masa melakukannya bukan?
MENONTON WAYANG
Tentukan sebulan sekali anda ambil cuti sehari untuk keluar menonton wayang bersama. Selesaikan dahulu urusan menghantar anak ke sekolah dan kemudian barulah anda dan pasangan keluar ‘dating’ berdua untuk menonton wayang. Cara ini dikatakan paling berkesan untuk membina komunikasi bersama suami atau isteri kerana masa yang diluangkan dapat memberikan ruang untuk pasangan bercerita dengan lebih terbuka.
UNGKAPAN AKU CINTA PADAMU
Jika malu diucap secara terbuka di hadapan anak-anak, jangan pernah sekali lupa untuk dilafazkan bila anda sedang berdua-duaan. Nyata ucapan keramat ini dapat memberi rasa bahagia dan menjadikan diri terasa disayangi oleh pasangan. Jika sukar melafazkan dengan kata-kata, sesekali beri kejutan buat pasangan dengan menghadiahkan jambangan bunga dengan menyelitkan nota kecil ungkapan I Love You. Pasti si isteri tersenyum manis saat menerima kejutan daripada sang suami.
MANFAATKAN WAKTU TIDUR BERSAMA
Pastikan anak-anak tidur awal di bilik masing-masing. Jadi anda dan pasangan punya masa privacy bersama. Sebaiknya pastikan anda dan pasangan akan masuk tidur serentak. Memandangkan amalan ini dapat mewujudkan kebahagiaan dan kemanisan hidup berumah tangga. Jangan sekali-kali tidur membelakangkan suami. Posisi ideal adalah mengiring menghadap wajah suami dan sambil sebelah tangan anda berada di atas tubuhnya. Untuk lebih romantis, suami sebenarnya akan berasa cukup selesa jika isteri meletakkan kepala di bahagian dadanya.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
5 Mitos Tentang Kemurungan, Perangai Pendam Masalah Rupanya PUNCA WANITA Sakit Jiwa!

Tak terurus, serabai dan selekeh, selain selalu muram dan berfikiran negatif adalah ciri-ciri orang murung yang selalu kita bayangkan. Tapi di alam realiti, mereka sebenarnya nampak biasa saja. ‘Kebiasaan’ inilah yang membunuh dan lebih dahsyat impaknya.
Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi lebih ramai wanita mengalami kemurungan berbanding lelaki. 15-25% kaum wanita boleh mendapat penyakit ini. Purata umur pula adalah 40 tahun dengan 50% daripadanya mengalami kemurungan berumur antara 20-50 tahun. Kemurungan juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang tua. Ia juga kerap berlaku terhadap golongan duda, janda dan balu berbanding individu yang berkahwin.
Menurut Debra Kissen dari The Light on Anxiety CBT Treatment Center, berikut adalah mitos biasa tentang kemurungan yang selalu disalah tafsir.
(1) Penghidap tekanan kelihatan selekeh
Tekanan perasaan selalu digambarkan begini… Anda cuma terbaring di atas sofa, menangis histeria dalam baju tidur dan tak mempedulikan diri sendiri. itu mitos belaka.
Sebenarnya, banyak orang kemurungan masih mampu ‘berfungsi’ secara normal. Mereka mampu bekerja dan memakai pakaian biasa dengan tahap kebersihan normal, terang Kissen. Tapi jauh di sudut hati, mereka berjuang dengan perasaan tanpa harapan, kurang nikmat bergembira dan kurang bertenaga. Ia ketara sampai mudah dikesan orang lain.
(2) Semua orang murung dengan cara yang sama
Tak semua orang menghadapi kesedihan serupa. Kemurungan juga bukan seperti iklan di televisyen, di mana suasana nampak selalu mendung dan penghidapnya kelihatan selalu muram.
Kebenarannya, ia boleh diekspresikan dalam pelbagai cara dan mereka yang murung tak semestinya kelihatan muram. Anda pasti terkejut kerana orang yang kelihatan bahagia mungkin sebenarnya sedang menderita kemurungan!
(3) Bersikap positif akan menghilangkan kemurungan
Kita percaya bahawa kemurungan boleh diatasi dengan sikap positif. Sokongan kawan-kawan dan keluarga dirasakan mampu membantu penghidapnya melihat sisi kehidupan ini dari perspektif berbeza. Tidak semestinya.
Kemurungan lazimnya berlangsung dalam satu tempoh masa, diikuti beberapa tahap ‘kejatuhan’ serta kemerosotan daya konsentrasi atau kognitif. Dalam kata lain, hampir semua penghidap akan mengalami perasaan tertekan yang maha hebat selama beberapa hari. Antaranya sakit otak, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran dan sebagainya.
Terang Kissen lagi, orang luar mungkin fikir bahawa kemurungan boleh diatasi dengan cepat dan mudah tapi tidak sebenarnya. Hanya penghidap saja yang tahu bagaimana perasaan melaluinya.
(4) Pengambilan ubat antidepresen akan membunuh personaliti anda
Telan ubat anti-kemurungan? Euuwww, mungkin kita anggap golongan yang mengalami kemurungan ni akan hilang personaliti diri atau jadi macam zombie!
Salah. Pengambilan ubat-ubatan yang betul mampu membuatkan penghidapnya rasa lebih normal dan menjadi diri sendiri. Secara tak langsung, ia membuat mereka rasa berpijak di bumi nyata.
(5) Bantuan diperlukan untuk sepanjang hayat
Fikir penghidap murung perlu berjumpa pakar terapi buat selama-lamanya?
Untuk sesetengah kes, kadang-kadang ia boleh diatasi dalam perjumpaan sekali dua saja. Mendapatkan terapi bukanlah perkara utama, tapi bantuan luaran sebenarnyalah yang mampu membantu penghidap melalui fasa kemurungan dengan lebih mudah.
Punca Murung
(a) Faktor psikososial
- Masalah sosial seperti menjadi mangsa penganiayaan, penderaan fizikal atau seksual, kematian orang tersayang, putus cinta, kesempitan wang, gagal dalam pekerjaan, pelajaran dan lain-lain lagi. Masalah sosial ini mungkin telah lama dialami tetapi masih menjadi memori kepada pesakit dan boleh mencetus kemurungan.
- Cara menyelesaikan masalah: Kemurungan lebih mudah berlaku di kalangan individu yang tidak tahu cara yang baik untuk menyelesaikan masalah. Individu yang mempunyai Coping Strategy dan problem solving technique yang betul dan produktif lebih mudah menangani masalah dan kurang risiko untuk murung.
- Personaliti: Tiada satu personaliti tertentu yang menyebabkan individu mendapat kemurungan, tetapi terdapat individu yang mempunyai personaliti tertentu seperti terlalu obsesif (terlalu teliti, bercita-cita tinggi), dependent (bergantung kepada orang lain dan non-assertive – tidak mampu menegakkan hak sendiri) yang mudah mendapat kemurungan.
(b) Faktor biologi
- Ketidakseimbangan neurotransmitter (seperti serotonin, noradrenalin, dopamin) dan reseptor ( seperti reseptor 5 HT2, ) yang penting dalan fungsi otak dan saraf.
- Ketidakseimbangan regulasi hormon seperti hormon kortisol dan tiroid.
- Patologi di otak seperti dilatasi ventrikel, patologi limbik sistem, prefrontal dan basal ganglia.
- Faktor genetik.
- Jangkitan virus di awal kelahiran atau di peringkat janin.
7 Tanda Si Dia Mula Berubah Hati, No. 3 Tu Paling Bahaya!

Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang menghabiskan masa dengan melayan drama di tv mahupun di Netflix. Antara drama yang menjadi pilihan ramai ialah drama Korea. Sekarang tengah trending drama yang menjadi bualan hangat netizen iaitu ‘The World of The Married’. Drama ini berkisarkan masalah rumah tangga yang berpunca daripada kecurangan.
Dalam sesebuah hubungan perkara yang paling ditakuti ialah saat pasangan mula berubah hati. Cinta kian memudar dan pelbagai alasan diberikan untuk menjauhi anda. Ia merupakan perkara pahit yang sukar diterima tambah-tambah lagi anda amat menyanyangi pasangan. Sekiranya perkara ini berlaku, lebih baik sekiranya anda tahu mengenai tanda si dia mula berubah hati.
Bukan apa, khuatir anda sukar untuk menerima keadaan ini apabila ia sudah terlambat. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Boleh anda bersiap sedia sebelum perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Jom kita lihat 4 tanda utama si dia mula berubah hati terhadap anda!
1. SELALU BERGADUH
Bergaduh itu pengikat kasih sayang. Tetapi jika berlanjutan tanpa kesudahannya bukan sahaja boleh memburukkan keadaan, bahkan merumitkan lagi perhubungan anda berdua. Cari jalan penyelesaian terbaik dan kaji sama ada perkara yang menjadi bahan tikaman lidah itu berbaloi sebelum mengakhiri perhubungan.
2. TIDAK PEDULI DENGAN KEHIDUPAN ANDA
Selepas anda bertanya mengapa dia menjauh, dia sama sekali tidak menunjukkan perubahan. Bahkan dia semakin tidak peduli dengan kehidupan anda. Dia tidak lagi peduli tentang diri anda, anda keluar dengan siapa ataupun perasaan anda.
Jika sudah begini, masih ada masa untuk memperbaiki hubungan. Kebosanan biasanya muncul kerana salah satu pihak merasa diabaikan. Perkuat lagi hubungan anda jika masih boleh dipertahankan.
3. SUKAR UNTUK DIJEJAKI
Pernah atau tidak anda berhadapan dengan situasi, suami anda enggan menjawab panggilan telefon yang diterima apabila berada di sisi anda? Adakah dia dengan pantas menyembunyikan emel atau apa-apa sahaja yang sedang dilakukannya sewaktu melayari internet? Maknanya dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan anda.
4. TIDAK SUKA GAYA ANDA
Cuba anda perhatikan gelagat suami tatkala keluar membeli-belah. Adakah dia mencadangkan anda supaya membeli pakaian yang berbeza daripada anda selalu pakai? Atau dia selalu meluahkan rasa tidak selesa dengan penampilan anda? Ini boleh jadi antara petanda lelaki itu sudah tidak berminat dengan diri anda lagi.
5. KURANG BERBUAL
Perbualan anda berdua semakin hari semakin hambar dan tiada isi langsung. Si suami tidak lagi suka memperkatakan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara berbanding dahulu. Bermacam-macam alasan diberikan agar anda tidak mengajaknya berbual panjang.
6. BERI BANYAK ALASAN
Ketika anda tanyakan kenapa akhir- akhir ini dia sibuk dan sepertinya melupakan anda, dia akan mengeluarkan banyak alasan. Bahkan lagi teruk dia menyalahkan anda kerana menuduhnya bukan-bukan. Jika sudah begini jadinya, nampaknya si dia mungkin sudah bosan dengan anda.
7. MEMBERI ALASAN SIBUK
Tidak ada angin, tidak ada hujan, tiba -tiba saja dia jadi sibuk. Padahal kalau dilihat – lihat, tidak ada yang berubah dari rutin hariannya. Bahkan menurut teman- temannya, jadual kuliah atau mungkin kerjaan pejabatnya biasa saja, tidak ada projek atau kegiatan tambahan yang boleh membuatnya sibuk. Tetapi kebelakangan ini si dia makin sibuk. Hurm, pelik!