Suka ‘Street Food’ & Suasana Meriah, 2 Beradik BEKAS PM THAILAND Ini Kembali Bercuti Di Penang!

Seronoknya tengok dua beradik bekas pemimpin tertinggi Thailand ini bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini. Tak sangka negeri di utara tanah air ini menjadi pilihan Thanksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra untuk bercuti.

Walau mampu untuk melancong ke negara Eropah dan sebagainya, tetap pilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Lebih mengagumkan, ini bukanlah kali pertama mereka berkunjung ke Pulau Pinang. Difahamkan ia adalah kali kedua Thaksin dan Yingluck beriadah di sana. Bangga!

Yang pasti, dua beradik yang merupakan bekas Perdana Menteri Thailand tersebut mempunyai alasan tersendiri memilih percutian ke Pulau Pinang selain mahu mengabadikan momen indah mereka buat kali kedua di negara ini.

Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra

Thaksin Shinawatra yang kini berusia 74 tahun dan adik perempuannya, Yingluck Shinawatra berumur 55 tahun mula berkunjung ke Pulau Mutiara sejak Rabu lepas untuk menikmati lokasi percutian menarik di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini.

Yingluck menerusi hantaran di Facebook miliknya memuat naik foto dalam album Penang 2022 dengan perkongsian 15 keping gambar ketika berada bersama abangnya di Lebuh Campbell, Lebuh Armenian dan Pasar Lebuh Cecil.

Bekas pemimpin wanita itu juga berkongsi momen ketika menikmat makanan popular di sana seperti Char Kuetiau, cendol dan ais kacang di samping memuat naik gambar menaiki beca bersama abangnya.

Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra

“Datang ke Penang buat kali kedua. Setelah sekian lama datang mencari kenangan lama bersama abang. Bandar di sini telah banyak berubah. Nampak suasana Phuket di negara kita. Rindu.

Makanan pun serupa dan yang lebih pelik adalah bandar ini sering mempunyai tempat bergambar di sepanjang laluan pejalan kaki atau kedai untuk orang ramai mengambil gambar sebagai kenangan.

Saya dan abang kemudiannya mengambil peluang untuk pergi dan mencari beberapa pencuci mulut lama untuk dimakan dan ini membuatkan saya agak rindu dengan rumah.”

Credit Facebook Yingluck Shinawatra
Credit Facebook Yingluck Shinawatra

Sehingga ke hari ini, posting

tersebut mendapat hampir 80 ribu reaksi dan hampir 3 ribu komen daripada pengguna laman sosial.

Thaksin pernah menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand dari tahun 2001 hingga 2006. Yingluck pula menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara gajah putih itu antara tahun 2011 dan 2014.

 

IKLAN
Share