Super Glamorous! Ini Penampilan 6 Artis Di RED CARPET Nona Superwoman Award 2018!

Setiap acara atau majlis anugerah, apa yang dinanti-nantikan pastinya penampilan para tetamu tidak kira selebriti mahupun golongan VIP melaram dengan busana masing-masing mengikut tema yang diberikan.

Baru-baru ini berlangsungnya malam berprestij Nona Superwoman Award 2018 yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre dan tema Super Glamorous Black & White menjadi pilihan penganjur. Ini antara penampilan yang berjaya menarik perhatian orang ramai di red carpet Nona Superwoman Award

!

1. DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Penerima Nona Influencer Award dan Nona Legend Award, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melangkah ke red carpet Nona Superwoman Award 2018 penuh bergaya dengan gaun serba hitam dihiasi puluhan ribu butiran batu permata rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan idea daripada Dato’ Sri Siti sendiri! Perfect combination. 

2. FYZA KADIR

Socialite Fyza Kadir pula tampil santai tapi elegan dengan gaun berwarna hitam bermotifkan floral.

3. DR KATALINA

Selari dengan tema super glamorous black & white, gaun rekaan Jamier Ramos Monteron menjadi pilihan Dr Katalina pada malam tersebut. You look beautiful Dr Kat!

4. ANIS NABILAH

Full white dress menjadi pilihan Cef selebriti Anis Nabilah pada malam Nona Superwoman Award 2018! Tampak ringkas, tapi menawan dan in trend!

5. ROZITA CHE WAN

Dah nama pun penerima Nona Fashionista Award, pastinya Rozita Che Wan tampil extraordinary dengan potongan skirt bertingkat di red carpet Nona Superwoman Award 2018. Love it!

6. ZIANA ZAIN

 Penampilan penerima Nona Independent Woman Award, Ziana Zain di red carpet Nona Superwoman Award 2018 tidak mengecewakan! Ziana selesa mengenakan turban ilham The Latifi dengan baju rekaan Seth and Luna

IKLAN
Share