Surprise Hujung Tahun Untuk Orang Tersayang, Ini Koleksi Hadiah Terbaik Pilihan Nona

Bertuah sungguh sesiapa yang meraikan hari lahir atau anniversary menjelang Disember ini. Banyak pilihan hadiah untuk diberikan, ditambah pula sambutan musim perayaan dan tahun baru yang bakal bertandang.

Merayakan penghujung tahun 2020 ini dengan keceriaan, ayuh berbahagi kegembiraan dengan himpunan set hadiah istimewa yang khas untuk orang tersayang! Beberapa koleksi ini antara pilihan Nona untuk anda.

(1) GOUTAL Petite Cherie EDP + Creme Corps Universelle (RM849)

Haruman ikonik yang menggambarkan kegembiraan dan keseronokan gadis muda

Sesuai untuk: Isteri, teman wanita, kakak atau adik yang berjiwa muda

Berlatarkan pemandangan indah kisah dongeng The Legend of the Snow Butterflies

, haruman ikonik Petite Cherie yang digandingkan dengan krim tubuh universal menjadi bingkisan teristimewa buat wanita tersayang. Krim yang diperkaya dengan mentega shea ini tersedia dalam saiz mesra percutian agar kulit anda kekal nyaman dan lembap dalam aroma paling manis di dunia.

 

(2) FOREO Candy Collection Set: LUNA mini 2 & LUNA Play (RM636)

Semanis gula-gula untuk rutin pembersihan wajah paling ceria

Sesuai untuk: Diri sendiri & wanita yang mementingkan kecantikan

Set hadiah LUNA mini 2 ini didatangkan bersama LUNA Play dalam pembungkusan bertemakan gula-gula. Bayangkan putaran candy, aiskrim, macaron dan marshmallow manis untuk rutin pembersihan wajah paling menggembirakan setiap hari. Kedua-duanya dilengkapi fungsi urutan T-Sonic untuk pengalaman facial terbaik bagaikan di spa!

 

(3) NUDESTIX Nude Blooms X Pony Park (RM305)

Pony Park
Nude Blooms X Pony Park

Sesuai untuk: 

Anak atau adik perempuan, teman wanita, rakan baik 

Usah biarkan wajahmu pucat dan tidak berseri walaupun dihambat kesibukan. NUDESTIX memperkenalkan koleksi terbarunya, Nude Blooms dengan kolaborasi influencer dan YouTuber Korea iaitu Pony Park. Kit solekan ini didatangkan dengan produk versatil Nudies Bloom, Nudies Glow, Magnetic Luminous Eye dan Lip Glace untuk menjadikan solekan tampak bersahaja tapi ada serinya. Percikan rona pink menjadikan setiap sapuan bertambah manis dan romantis.

 

(4) AMAZIN’ GRAZE 2020 Holiday Collection (RM45.90)

Merry Gift Box

Sesuai untuk: Ibu bapa, kenalan, rakan sekerja 

Nikmati snek sihat dan lazat dalam bungkusan whimsical yang dilukis oleh artis tempatan, Maylii Koo, A Little Lamp. Dengan hasrat berkongsi magis pemakanan sihat, Amazin’ Graze melancarkan tiga produk baru untuk musim perayaan ini iaitu Cip Brownie Cherry Peppermint, Granola Coklat Putih & Kranberi serta Coklat Saduran Badam & Strawberi. Ia boleh didapati secara online

di web Amazin’ Graze.

 

(5) IKEA Meraikan Perayaan Hari Natal & Tahun Baru

Sesuai untuk: Ibu, isteri, kakak

Serikan kediaman anda dengan dekorasi dan perabot baru hujung tahun ini. Dengan menjadikan rumah sebagai ruang paling peribadi, wujudkan momen kekeluargaan itu dengan gelak tawa serta senda gurau sambil menjamu selera. Makanan yang lazat dengan peralatan memasak dan menikmati makanan yang sempurna dengan utensil IKEA pasti menambah kasih sayang anda di meja makan.

IKLAN
Share