Susah Tidur Malam Punca DEPRESI, Betul Ke?

Sekarang ini macam-macam kisah depresi yang kita dengar. Tak kiralah di kalangan selebriti mahupun sebaliknya. Ada yang mengalami kemurungan yang serius sehingga ada yang sanggup membunuh diri. Depresi merupakan gangguan jiwa yang disertai dengan gejala emosi dan fizikal yang mengganggu kehidupan seharian. Ada yang mengalami depresi menjelang waktu malam sekaligus memburukkan lagi gejala insomnia. Anda akan terjaga lebih lama atau susah tidur.

Kajian menunjukkan depresi terjadi kerana jam biologi terganggu akibat terlalu kerap atau terlalu lama berada di dalam cahaya terang sekaligus menjejaskan suasana hati. Maka, bagi anda yang baru sahaja mengalaminya dan tidak pernah menjalani rawatan segeralah bertemu doktor bagi mengenal pasti masalah ini.

Terdapat beberapa cara yang dapat membantu anda untuk mengatasi depresi pada waktu malam. Antaranya ialah:

  • BERSANTAI DUA JAM SEBELUM TIDUR

Membantu ‘menyiapkan’ badan untuk tidur. Tidur yang baik penting untuk kesihatan secara keseluruhan.

  • HADKAN PENGAMBILAN KAFEIN ATAU ALKOHOL

Kedua-dua tabiat ini boleh meningkatkan lagi gejala depresi terutamanya pengambilan kafein pada waktu siang yang boleh mengganggu tidur.

  • TETAPKAN JADUAL TIDUR

Pastikan anda masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari agar jam biologi lebih teratur. Badan juga akan terasa segar, sihat dan cergas sepanjang hari.

  • RUTIN TIDUR

Sertakan aktiviti santai seperti membaca atau mandi sebelum tidur. Tetapi, menonton televisyen bukanlah aktiviti yang santai kerana ia boleh menyebabkan anda tidur lewat lalu menjejaskan rutin tidur.

  • SENAMAN RINGAN

Rutin senaman ringan dapat membantu meredakan depresi seterusnya menjadikan anda keletihan sebelum tidur. Maka, anda akan tidur lebih nyenyak.

  • BERADA DALAM CAHAYA REDUP

Dua jam sebelum tidur, cuba anda duduk dalam cahaya lampu yang redup atau samar. Ini akan membantu anda cepat merasa mengantuk.  Elakkan berada dalam cahaya lampu terang dan menghadap skrin televisyen.

  • BANGUNLAH JIKA ANDA TAK BOLEH TIDUR

Jangan hanya baring di tempat tidur sambil menatap siling dengan fikiran yang kosong. Bangunlah dan buat aktiviti yang menenangkan sementara waktu sehinggalah anda merasa letih dan mengantuk.

IKLAN
Share