Pasangan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sememangnya disayangi ramai. Kedua-duanya cukup romantik dan cukup pandai menjaga diri dan keluarga. Masing-masing pula sangat komited dengan perhubungan dan perniagaan menjadikan mereka antara pasangan yang menjadi idola ramai.
Dan baru-baru ini, Aeril berkongsi momen indah di Instagram dimana dia tampil membuat kejutan buat isteri tersayang, menghadiahkan surprise yang ternyata buat isterinya tergamam!
“Akhirnya dapat hadiahkan Si ‘Orange’ untuk dia. Kalau marah-marah lagi tak tahulah aku. Manis tak saya?” tulis Aeril di mana beliau menhhadiahkan sebuah kereta Brabus 900 Rocket Edition.
Ads
Bukan itu sahaja, malah Aeril juga turut memberi sejambak bunga ros jingga dan juga beberapa buah kotak beg tangan berjenama mewah Hermes buat Wawa. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, kenderaan itu awalnya bertujuan sebagai hadiah hari jadi untuk Wawa yang sudah lepas.
“Sebenarnya kereta itu untuk hari jadi dia pada Mac lalu. Tapi sebab kereta itu perlukan masa nak tempah, barulah bulan ini dapat. Jadi, walaupun bukan hari jadinya, saya tetap wujudkan elemen kejutan.
Ads
Sebelum ini, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berhabis jutaan ringgit menaja program realiti, Big Stage musim kelima menerusi perniagaan diasaskan mereka, Wawa Cosmetics.
Rata-rata pengikutnya termasuk rakan artis sangat tersentuh dan pasangan terbabit inspirasi untuk terus berjaya.
Rata-rata ramai peminat termasuk rakan artis yang memuji tindakan Aeril yang sentiasa mendahulukan isteri dan cuba sehabis baik menggembirakan hati wawa Zainal.
Ads
Untuk rekod, Wawa dan Aeril mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena sambutan Hari Polis ke-214 hari ini, Nona terpanggil untuk mengimbau kisah Fokus bersama DSP Noorhamasiren yang kini baru saja menggalas jawatan baru sebagai DSP Kolaborasi Agensi Bukan Kerajaan di Bahagian Kepolisian Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibupejabat Polis Bukit Aman.
Sebagai salah seorang anggota PDRM, frontliner hebat ini telah banyak mencurahkan khidmat bakti, komitmen mahupun pengorbanan dalam memastikan kedaulatan, keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terjamin. Apatah lagi dalam memerangi wabak COVID-19 sejak dari tahun lalu.
DSP Noorhamasiren Boonthnam Ekkasook sebelum ini menggalas jawatan Pemangku Pegawai Turus D11 (Seksual, Wanita & Kanak-Kanak) di Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor.
Namun bermula Mac, beliau telah bertukar ke Bukit Aman dengan memegang portfolio yang lebih besar dan mencabar.
“Tugas saya kini lebih kepada pencegahan jenayah. Objektif Jabatan adalah untuk merangka strategi serta melaksanakan inisiatif-inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan,” ujar wanita kacukan Melayu Siam yang mesra disapa Puan Siren itu.
Temu bual Nona dengan Puan Siren yang viral dengan gelaran Akak Polis ini antara kenangan terindah kami tahun lepas! Jom tonton…
Perbualan kami tentang tugasannya sepanjang Ops COVID-19 (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu cukup meniupkan inspirasi, sekaligus membuat penulis tambah kagum dengan keberanian wirawati negara tersebut.
“Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKP selama dua minggu mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara, disebabkan situasi ancaman wabak COVID-19 yang menimbulkan kebimbangan. Jadi PDRM berperanan sebagai agensi yang membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang penularan pandemik tersebut.
Objektif kami jelas untuk menyedarkan masyarakat bahaya COVID-19 dan memastikan PKP dipatuhi. Operasi pasukan saya terdiri daripada seorang pegawai dan tiga orang APR, untuk memantau kawasan-kawasan yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan orang awam.
Pendekatan yang kami gunakan sebenarnya lebih kepada memberi nasihat secara berhemah kepada orang ramai yang berkumpul, supaya beredar dan mematuhi PKP yang dikuat kuasakan,” cerita Puan Siren panjang lebar.
KETEGASAN
Di sebalik perwatakan tegas beliau, Puan Siren sebenarnya seorang yang amat komited dalam tugas, berdisiplin tinggi dan berintegriti kerana mereka membawa nama pasukan PDRM.
“Wajah saya mungkin nampak garang tapi niat hanya mahu memberi teguran, nasihat dan jika perlu mengeluarkan kompaun serta tangkapan individu yang melanggar undang-undang.
Khususnya ketika Ops COVID-19, kami perlu tegas mengambil tindakan terhadap individu yang mengingkari PKPB dengan melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawah Akta ini.
Bagi menangani perkara ini, tindakan penguatkuasaan mengkompaun kesalahan terhadap mana-mana orang yang mengingkari PKPB akan diambil sebagaimana kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22 akta yang sama.”
“Tidak dinafikan sebagai frontliners, kebimbangan terhadap penyakit sudah tentu ada kerana kami sentiasa keluar bertemu masyarakat. Begitu juga apabila menjalankan tugas, rasa bimbang terhadap keselamatan keluarga serta terhadap setiap orang yang ditahan kerana tidak mengetahui latar belakang mereka.
Cabaran lain adalah dari segi menguruskan keluarga kerana saya perlu meninggalkan suami dan anak-anak pada bulan Ramadan untuk menjalankan tugas. Pernah juga bersahur dan berbuka di tepi jalan masa tu.
Sebenarnya sebagai pegawai polis, saya berjumpa pelbagai karakter manusia. Mahu atau tidak, saya mesti melengkapkan diri dengan kekuatan mental, fizikal dan emosi.
Setakat sakit-sakit ringan macam pening kepala, selesema atau batuk, itu perkara biasa. Ada kalanya bertemu orang susah sampai tersentuh hati dan perasaan, tapi demi tugas diteruskan juga,” luah Puan Siren.
Menyentuh secara ringkas latar belakang Puan Siren, wanita ini mula berkhidmat dalam PDRM pada 1 Oktober 2000 sebagai Inspektor Pelatih. Selepas tamat latihan, beliau diarahkan bertugas di Ibupejabat Polis Daerah Kajang sebagai Pegawai Penyiasat Siasatan Seksual.
Kemudian beliau bertugas sebagai Pemangku Pegawai Turus D11 (Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum berpindah ke Bukit Aman baru-baru ini.
“Bulan Oktober 2020 menandakan tahun ke-20 usia perkhidmatan saya. Alhamdulilah keluarga amat memahami tugas dan kerjaya ini. Sebenarnya penglibatan saya dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah, bukanlah satu perkara baru.
Tetapi operasi kali ini berbeza sebagai Pegawai Pemantauan dan Penguatkuasaan Ops COVID-19, yang mana kami berlawan dengan sejenis virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan sememangnya menjadi ancaman kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Setiap kali keluar bertugas, perasaan bimbang dan takut sememangnya ada, kerana saya mempunyai keluarga yang perlu dijaga dan kemungkinan kita menjadi ejen pembawa kuman tersebut kepada ahli keluarga sendiri.
Mujurlah keluarga memahami dan selalu menasihati saya supaya sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan seperti yang telah dinasihatkan oleh KKM.
Soal perlindungan diri menjadi keutamaan kami. Kami perlu memakai sut PPE, mask, sarung tangan dan mengamalkan penggunaan hand sanitizer yang sentiasa berada di poket saya.”
Kerjaya beruniform merupakan cita-cita Puan Siren sejak kecil. Ceritanya, sejak di bangku sekolah lagi beliau telah dilantik sebagai ketua darjah, dan di peringkat sekolah menengah dilantik sebagai ketua tingkatan dan pengawas, juga kerap menyertai pasukan beruniform seperti Kadet Polis.
Daripada aktiviti kepimpinan yang dijalankan, minat beliau terhadap imej, ketrampilan, ketegasan dan disiplin anggota beruniform cukup menarik minatnya.
“Misi saya sekarang dalam Jabatan amat jelas iaitu ingin mencegah jenayah secara holistikke arah pengwujudan komuniti sejahtera. Kami sebagai agensi penguatkuasa utama yang berintegriti akan selalu kompeten dan komited bekerja untuk masyarakat,” akhiri Puan Siren sambil tersenyum.
Setinggi-tinggi penghargaan daripada kami buat seluruh warga kerja PDRM. Terima kasih di atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah dan masa sebagai petugas barisan hadapan selama ini. Polis dan masyarakat berpisah tiada!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Esok seluruh umat Islam bakal menunaikan rukun Islam yang ketiga. Pastinya semua sudah melakukan persediaan rapi untuk menunaikan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan.
Ramadan kali ini juga menjadi detik paling istimewa buat artis jelita yang kembali bergelar isteri, Bella Dally apabila berpeluang merasai nikmat manisnya berpuasa di tanah suci Mekah bersama suami tercinta, Arif Izuddin.
Bella dan suami berada di tanah suci Mekah sejak 29 April lalu untuk mengerjakan ibadah umrah.
Sah menjadi suami isteri pada penghujung Mac lalu, pasangan ini memilih Mekah sebagai destinasi bulan madu demi mencari keberkatan seterusnya mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.
SYUKUR
“Alhamdulillah saya bersyukur dan yakin ini antara hikmah daripada apa yang berlaku sebelum ini. Berpeluang mengerjakan umrah seterusnya menyambut bulan Ramadan di tanah suci antara impian saya sejak dulu.
Tahun ini saya dan suami berpeluang untuk berpuasa di bulan Ramadan sekitar 3-4 hari di Mekah. Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa bahagia dan gembiranya saya saat ini.
Selain itu, saya juga rindukan momen berpuasa dan berbuka bersama keluarga, lebih-lebih lagi ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Petang-petang kami selalu keluar pergi beli kuih sama-sama di bazar Ramadan, tolong ibu memasak dan sebagainya.
Namun segalanya berubah apabila saya mula bekerja di Kuala Lumpur. Beberapa hari sebelum raya barulah saya berpeluang untuk berpuasa dan berbuka bersama keluarga. Apa pun saya tetap bersyukur dan gembira kerana masih diberikan peluang untuk meraikannya bersama mereka walaupun berjauhan.
Sepanjang Ramadan ini saya akan berniaga pelbagai jenis cookies. Ini antara perancangan terdekat saya selepas berkahwin. I’m going to get into business. Saya mahu belajar selok belok perniagaan. Mentornya siapa lagi kalau bukan suami. Untuk lakonan saya akan teruskan kerana suami pun tak menghalang.
SYAWAL
“Saya sangat teruja menantikan detik itu kerana ini kali pertama saya menyambutnya bersama suami. Hari raya pertama dan kedua kami akan meraikannya di kampung suami iaitu Klang.
Hari raya ketiga barulah giliran keluarga saya di Sabah. Dari segi persiapan pula semestinya kami akan memilih tema sedondon tapi warnanya belum dipilih.”
Kredit Foto: Bella Dally
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, perilaku anak biasanya di dorong apa yang dilihat di depan mata. Paling hampir, tentulah perlakuan ibu dan ayah di rumah. Jadi, bila lama duduk di rumah ni, tunjukkan contoh yang baik supaya anak-anak jadikan anda role-model!
Tapi kesalahan itu taklah diletakkan 100% kepada ibu bapa. Bahan tontonan di tv, gajet dan perlakuan di rumah pengasuh juga mendorong si kecil bertindak tanpa haluan. Tapi anda tak boleh ambil ringan. Mulakan dengan langkah ini.
HENTIKAN SEGERA PERILAKUNYA
Pegang tangan si kecil dengan lembut dan tatap matanya. Katakan ‘stop’ dengan tegas namun tanpa marah.
Jelaskan padanya bahawa kita tidak akan memukul. Sekiranya ia masih ingin memukul, bawanya ke tepi dan tenangkan.
Jangan biarkan mereka jadi tontonan umum ketika anda memberikan nasihat.
Jagalah intonasi suara anda.
TIDAK PERLU MARAH
Menurut pakar psikologi, suara rendah dengan intonasi dan tempo bicara yang tenang serta wajah neutral lebih mampu mengendalikan situasi daripada suara tinggi marah-marah, apalagi dengan tempo bicara cepat dan wajah bengis.
SEDIA TEMPAT LUAH KEMARAHAN
Sediakan bantal. Biarkan mereka lempiaskan kemarahan pada bantal itu.
PUJIAN POSITIF
Dalam penulisan Dr. Mehmet C. Oz (Dr.Oz) dalam buku “Raising Your Child”, cara yang efektif membentuk kebiasaan sihat adalah dengan memberi dukungan positif ketika anak melakukan sesuatu baik. Jadi, pujilah mereka selalu!
HADIAH
Bukan hadiah saja yang mereka harapkan, pelukan mesra, ciuman dan ganjaran seperti waktu mandi yang lebih lama boleh memujuk dan mententeramkan mereka.
TUNJUKKAN KEPADA MEREKA APA YANG SEPATUTNYA
Tunjukkan kepada mereka apa yang baik. Bukankah kepimpinan itu melalui tauladan?
JAUHKAN MEREKA DARI PUNCA
Jika anak anda mudah bosan, pastikan anda mempunyai banyak cara untuk membuatkannya sibuk misalnya melakukan kegiatan yang belum pernah mereka cuba.
BERCERITA
Gunakan buku cerita untuk menunjukkan fungsi tangan. Bertepuk, bersalaman, memberi bantuan dan banyak lagi. Biar mereka tahu perkara baik yang boleh dilakukan dengan tangan selain dari memukul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.