Masih bertenaga dan kekal jelita walaupun di usia 57 tahun. Terkenal, sukses serta tidak pernah kalah dalam berfesyen itu antara kelebihan yang ada pada wanita berdarah campuran Melayu-Pakistan ini. Dr Kamsiah G. Haider atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Kam merupakan pemilik kepada Klinik Pakar Pergigian Dr. Kam.

IKLAN

Berketurunan Melayu-Pakistan & Usia Hampir 60an DR KAMSIAH Rupanya Bekas Atlet Sukan Berkuda TerhandalBeliau seorang yang sangat menitikberatkan soal kecantikan dan kesihatan. Bagi Dr. Kam apabila tubuh kekal sihat dan cergas secara tidak langsung dapat menyerlahkan kecantikan asli seorang wanita.

“Semasa usia mencecah 30 tahun, saya sudah mula menjaga makan. Saya sudah mula memilih makanan yang lebih seimbang serta menyihatkan. Antara menu sihat kegemaran saya ialah sup, steak serta buah-buahan.

Berketurunan Melayu-Pakistan & Usia Hampir 60an DR KAMSIAH Rupanya Bekas Atlet Sukan Berkuda TerhandalSebagai motivasi diri agar tidak makan sewenang-wenangnya saya mengamalkan cara ini. Selalunya saya akan ambil gambar-gambar makanan yang menarik. Saya akan tatap sampai puas hati.

Secara tidak langsung saya akan merasa kenyang dengan sendirinya. Saya juga mengamalkan meminum air kosong secukupnya setiap hari. Dari segi penjagaan kecantikan pula, cukup sekadar konsisten dengan rutin mencuci wajah dan pemakaian krim mata setiap hari.

Berketurunan Melayu-Pakistan & Usia Hampir 60an DR KAMSIAH Rupanya Bekas Atlet Sukan Berkuda TerhandalSejujurnya, saya tidak pernah memakai krim malam. Sebagai seorang doktor, perlu cukup tidur sekurang-kurangnya tujuh ke lapan jam sehari. Jika tidak ia akan menjejaskan prestasi kerja.

Begitu juga dengan soal penampilan yang sangat penting buat saya antaranya sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini. Sekurang-kurangnya dapatlah saya mengetahui trend terkini sesuai dengan usia dan imej,” bual Dr. Kam yang juga meminati seni dekorasi kediaman.

IKLAN

Berketurunan Melayu-Pakistan & Usia Hampir 60an DR KAMSIAH Rupanya Bekas Atlet Sukan Berkuda TerhandalDr. Kam merupakan pengamal klinikal prostodontik selama lebih 30 tahun. Beliau merupakan graduan Bachelor of Dental Surgery (BDS) dari Universiti Malaya, dan Master of Dental Science (MDSc) dari University of Dundee, UK.

Selain prostodontik, Dr. Kam turut mempunyai perakuan kelayakan ortodontik di samping mengendalikan pelbagai prosedur pergigian estetik.

IKLAN

Berketurunan Melayu-Pakistan & Usia Hampir 60an DR KAMSIAH Rupanya Bekas Atlet Sukan Berkuda Terhandal“Bukan mudah sebenarnya apabila bergelar isteri dan ibu pada masa yang sama harus memikul tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. Suami dan anak-anak menjadi kekuatan buat saya. Untuk berjaya dalam lapangan kerjaya perlu ada minat yang tinggi di samping berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Berketurunan Melayu-Pakistan & Usia Hampir 60an DR KAMSIAH Rupanya Bekas Atlet Sukan Berkuda Terhandal
Dr Kam bersama dua anak kesayangannya.

Sebolehnya jauhkan daripada rasa tertekan kerana ia boleh menjejaskan prestasi. Kerjaya saya sentiasa bertemu dengan masyarakat yang pelbagai karenah. Saya perlu sentiasa tenang, tersenyum dan tidak mudah mengikut emosi,” kongsi Dr. Kam yang turut berkebolehan dalam sukan lasak. Beliau pernah meraih kemenangan dalam sukan berkuda dan tersenarai dalam The Malaysia Book of Records.

Kredit Foto: Instagram @drkamsiah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI