Kalau Nak Nampak CANTIK, Bukan Sekadar CANTIK Rupa Tapi CANTIK Luaran Dan Dalaman

Kalau Nak Nampak CANTIK, Bukan Sekadar CANTIK Rupa Tapi CANTIK Luaran Dan Dalaman

Kecantikan merupakan sesuatu yang sangat sinonim buat kaum wanita. Cantik itu sendiri didefinisikan sebagai suatu yang indah dan menarik. Setiap wanita mentafsirkan makna ‘cantik’ mengikut pandangan masing-masing. Lalu, apakah sebenarnya kecantikan pada diri seorang wanita? Ikuti pandangan Azie Sam, Perunding Imej/Hijab Stylist dan Seni Imej Training & Consultanc.

Menurut Azie Sham, cantik itu subjektif. Semua manusia dilahirkan cantik dan mempunyai keistimewaan sendiri. Kecantikan wanita itu lebih terserlah apabila mereka yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri. Kecantikan sebenar itu akan terpancar bermula daripada kecantikan dalaman.

“Kecantikan pada wajah itu adalah bonus. Tetapi ianya bukanlah segala-galanya. Kecantikan yang dilengkapi pakej adalah suatu kelebihan. Maksud pakej di sini adalah kecantikan luaran beserta kecantikan dalaman yang membentuk kepada personaliti diri yang menarik. Pepatah ada mengatakan, ‘beauty gets the attention but personality gets the heart.’

“Agar kelihatan cantik pada pandangan mata orang luar, kita perlu bijak membawa diri dan sentiasa bersedia dalam apa jua urusan dan situasi. Serlahkan keyakinan dan lengkapkan diri dengan ilmu. Ilmu asas penampilan dan pembentukan personaliti diri sangat penting untuk kita kelihatan sentiasa cantik dan sempurna pada pandangan orang lain. Penampilan yang baik disertakan dengan tingkahlaku dan komunikasi yang hebat dapat mempengaruhi tanggapan orang lain terhadap diri kita,”ujar Azie.

Sebagai perunding imej, Azie menyarankan agar wanita mengenali diri masing masing dan bentuk personaliti diri yang positif. Cari kelebihan dari dalam diri dan serlahkan. Persiapkan diri dengan ilmu ilmu kecantikan dan berani untuk berubah. Memakai pakaian yang menarik dan bersesuaian memberi impak kepada orang di sekeliling. Ia memberi tanggapan yang lebih baik dan membina kredibiliti awal. Dalam masa yang sama, ia juga dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri sendiri.

“Ketahui bagaimana membentuk imej positif di mana intergriti dalaman dapat diserlahkan melalui penampilan. Kita yang menentukan mesej apa yang ingin kita sampaikan kepada orang lain melalui penampilan. Penampilan amat membantu untuk seseorang wanita itu untuk kelihatan cantik? Ia mewujudkan first impression untuk membina kredibiliti sebelum kita berbicara.

“Komunikasi bermula dengan cara pemakaian kita. Penampilan turut memainkan peranan penting dalam kejayaan seorang wanita. Tidak bermaksud perlu memakai pakaian berjenama hebat dan berharga ribuan ringgit. Memadai berpenampilan kemas dan bersesuaian dengan diri yang akan memberi impak kepada orang sekeliling untuk menghormati dan dihormati,”jelas Azie.

Diakui pandangan mata kasar lelaki lebih tertumpu pada kecantikan fizikal/luaran semata-mata. Wanita yang cantik rupa paras, tubuh badan menarik, pandai membawa diri, berpesonaliti, manja dan bijak adalah kategori wanita idaman lelaki. Walaubagaimanapun, ingin diingatkan bahawa bukan semua lelaki berpandangan seperti itu tetapi hampir semua jugak lelaki sedemikian.

“Bagi wanita yang telah bersuami pula, jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah. Jaga penampilan diri ketika di rumah. Penampilan diri sahaja tidak mencukupi dalam urusan rumahtangga. Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri sahaja, apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat, sikap dan kebijaksanaan kita dalam mengemudi alam rumahtangga. Biarlah kecantikan luaran itu seiring dengan kecantikan dalaman. Bukan sekadar dalam diri malah dalam rumahtangga juga,”akhiri Azie.

Tip daripada Azie untuk wanita kelihatan sentiasa cantik luar dan dalam:
*Setiap wanita itu cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Sayangi, cintai, hargai diri dan fahami kekuatan atau kelebihan yang dimiliki.
*Jangan membandingkan diri dengan orang lain atau meniru apa yang orang lain ada.
*Beranilah menjadi diri sendiri, bentuk imej positif dan bina personaliti anggun.
*Mantapkan diri dengan ilmu supaya terserlah kecantikan luar dan dalaman.

 

Bukan Sekadar Spa, RANDEVU Cipta Ruang Eksklusif Buat Wanita!

Bukan Sekadar Spa, RANDEVU Cipta Ruang Eksklusif Buat Wanita!

Dalam kesibukan menguruskan kehidupan harian yang penuh dengan episod yang tiada kesudahannya, pastinya tubuh sering menjadi lesu dan tidak bermaya. Sekali-sekala apa kata manjakan diri dengan perawatan tubuh dan badan untuk mengembalikan kesegaran tubuh secara optima.

Bagi yang kerap menghabiskan masa di spa, kedatangan ke spa pastinya tidak menghampakan. Pertama kali menjejakkan kaki ke Randevu Spa, kehadiran anda akan disambut dengan sebuah kafe kecil yang menyajikan snek ringan yang enak.

Menurut empunya Randevu Spa, Mazlin Mazlan, idea dan konsep menyediakan sebuah kafe kecil ini adalah untuk membolehkan pelanggan menikmati snek ringan sementara menunggu giliran mendapatkan rawatan atau sekadar bersantai selepas menikmati rawatan spa.

Nyata, konsep dan suasana ini sudah tentu akan memberikan ketenangan setelah penat bekerja. Ditambah dengan dekorasi yang menarik, sekaligus menjadikan Randevu Spa pilihan terbaik bagi menjalankan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

RAWATAN SEINDAH NAMANYA

Memasuki ruang menunggu utama Randevu Spa, mata pengunjung akan dihidangkan dengan sebuah lukisan dinding bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan alam semula jadi. Aroma minyak aromaterapi yang berupaya melegakan tekanan membuatkan pengunjung rasa tidak sabar untuk memulakan rawatan.

Sebagai sebuah lokasi yang dikunjungi bagi mendapatkan rawatan dan melegakan tekanan, pihak Randevu Spa sentiasa mengambil berat tentang susun atur perabot serta keadaan di dalam mahupun di luar. Dilengkapi dengan pemilihan perabot yang eksklusif dan menarik, kunjungan ke sini boleh diibaratkan seperti syurga untuk mendapatkan rawatan tubuh badan.

Selain itu, elemen penting yang amat dititikberatkan di Randevu Spa termasuklah aspek keselesaan pengunjung yang mendapatkan rawatan di sini. Malah, ia turut menyediakan bilik rawatan kuku khas untuk muslimah secara lebih privacy dan terselindung.

Terdapat empat bilik rawatan wajah dan tubuh disediakan untuk pengunjung. Antara rawatan yang ditawarkan termasuklah urutan aromaterapi dan tradisional. Istimewanya rawatan tubuh di Randevu Spa, ia amat mementingkan konsep penggunaan bahan semula jadi yang dirasakan lebih digemari oleh kebanyakan pelanggan setia spa tersebut.

Selain itu, rawatan wajah juga menggunakan produk organik yang selamat untuk kulit. Bagi yang inginkan privasi, anda boleh melakukan rawatan sama ada di bilik yang dikhaskan untuk seorang atau dua orang.

 

 

GOOD HAIR Day Every Day! Tiru 5 Trik Rambut Beralun Lembut & Sihat Ini, No 3 Tu Rare

GOOD HAIR Day Every Day! Tiru 5 Trik Rambut Beralun Lembut & Sihat Ini, No 3 Tu Rare

Rambut adalah mahkota wanita serta aksesori yang paling bernilai. Sebaik anda mendandannya, ia boleh menukar keseluruhan penampilan dan wajah anda. Tahukah anda, untuk menjaga rambut juga ada tip dan triknya sendiri. Kebanyakan wanita mengharapkan rambut yang sihat dan lebat namun tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan rambut seumpama itu.

PERHATIKAN HUJUNG RAMBUT

  • Sekiranya anda mempunyai kulit kepala yang berminyak, tidak perlu ditambah perapi lagi. Kulit kepala kita secara semula jadinya merembeskan minyak pada kulit kepala jadi penambahan unsur-unsur luar seperti perapi rambut hanya membuatkan rambut kelihatan berminyak terutamanya jika anda jarang bersyampu.
  • Untuk kesan terbaik sapu perapi tiga suku daripada bahagian bawah rambut, fokus lebih pada bahagian hujungnya.

SEMBUR BOBBY PIN

  • Anda sering menggunakan pin rambut dan ia sering menggelungsur jatuh? Gunakan semburan rambut atau syampu kering dan sembur pada pin tersebut sebagai cengkaman tambahan agar stail rambut anda tidak rosak.
  • Letakkan bobby pin pada kertas tisu, berikan semburan ringan padanya dan biarkan kering sebelum diselitkan pada rambut. Ia dapat membantu pada rambut yang halus, lurus dan nipis.

BERTUKAR KEPADA SUTERA

  • Bukan menukarkan rambut anda kepada sutera! Gunakan sarung bantal dari fabrik sutera dan satin kerana kelembutan sutera bagai membelai rambut anda ketika tidur berbanding sarung bantal kapas.
  • Permukaan kain kapas pada sarung bantal membentuk rambut menjadi kurang cantik. Jika menggunakan sarung bantal satin dan sutera, anda sendiri boleh merasa mewah!

URUT KULIT KEPALA

  • Urut kulit kepala setiap pagi ketika mandi. Ia mungkin membuang masa tetapi ia boleh merangsang pertumbuhan rambut serta menguatkan akar rambut. Jika anda inginkan rambut lebih lebat, mungkin boleh gunakan kaedah ini.

SIKAT SESUAI

  • Selepas mencuci rambut, gunakan sikat bergigi jarang pada rambut yang basah untuk melepaskan simpulan rambut yang kusut. Anda juga boleh menyediakan sikat gigi jarang ketika menyapu perapi.

 

KENALI BERUS SIKAT

  1. Paddle brush / berus rambut
  • Ia merupakan berus rambut paling versatile tertamanya untuk rambut panjang dan lebat. Ia boleh menyikat banyak rambut pada satu masa dan memberi kesan rambut yang lurus dan kemas.
  1. Sikat gerigi jarang
  • Sikat ini membantu meleraikan kekusutan rambut tanpa menyebabkan kerosakan. Gunakan juga untuk mengurangkan rambut mengerbang.
  1. Sikat gerigi rapat
  • Untuk merapikan rambut dengan kemas serta penggayaan yang terperinci
  1. Sikat thermal
  • Sikat ini boleh digunakan bersama penering rambut. Ia memberi kesan mongering lebih cepat dan memudahkan anda memebri ilusi kerinting dari bahagian bawah rambut.
  1. Half radial brush
  • Berfungsi untuk membuat bahagian rambut masuk ke dalam. Ia biasanya digunakan untuk rambut jenis kerinting atau ikal.
Masuk Makmal & Uji Kaji Produk Sendiri Sebelum Dipasarkan, SITI SALBIAH Lambang Usahawan Yang Patut Dicontohi!

Masuk Makmal & Uji Kaji Produk Sendiri Sebelum Dipasarkan, SITI SALBIAH Lambang Usahawan Yang Patut Dicontohi!

Pada saat pengusaha lain ghairah mengeluarkan produk masing-masing dan tidak mahu ketinggalan memancing jualan kepada pengguna, Siti nekad dengan prinsip sendiri. Selesa dengan pendekatan ‘biar lambat asal selamat’, wanita berjiwa besar ini terlebih dahulu mendalami ramuan produk yang bakal dihasilkan sebelum memasarkannya kepada golongan sasaran. Jelas Siti, sebagai Pengarah Urusan Alvina Empire (M) Sdn Bhd dia perlu arif tentang perniagaan ini dari segenap aspek agar tidak mudah diperkotak-katikkan kelak.

“Saya mengambil masa yang lama untuk kick start dalam perniagaan ini kerana melakukan reserch and development (R&D) sendiri. Melalui proses R&D tersebut saya mempelajari kelas bahan-bahan ramuan daripada pengeluar ingredients, Senior Chemist dan saintis yang berkhidmat di kolej swasta bertauliah. Jujurnya, ia memang bukan proses yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi saya tetap teruskan juga sebab mahu menjadi usahawan produk yang berilmu sebelum menceburkan diri dalam perniagaan yang saya pilih ini.

Selain kesukaran untuk memilih ramuan terbaik, antara cabaran lain yang terpaksa saya harungi adalah trend pemasaran dalam talian yang digunakan secara meluas hari ini. Disebabkan kewujudan produk kecantikan dan kesihatan yang banyak dijual di pasaran, saya perlu membuat banyak kajian termasuk tentang bagaimana syarikat tidak ketinggalan dengan cara pemasaran sekarang,” tegasnya.

“Sebelum menjinakkan diri dalam bidang kecantikan dan kesihatan, saya menjalankan sendiri R&D sejak Januari 2016 lagi. Banyak masa diperuntukkan untuk menilai keberkesanan produk Alvina dan setelah berpuas hati dengan hasil kajian tersebut barulah saya memberi fokus sepenuhnya terhadap perniagaan ini pada akhir tahun 2016. Alhamdulillah, soft launch Alvina Beauty dirasmikan pada Februari tahun lalu dan sekarang dikenali sebagai Alvina Empire (M) Sdn Bhd.”

Mengintai latar belakang personaliti bersusuk tubuh kecil ini, beliau sebenarnya bukan calang-calang wanita. Mewarisi bakat berniaga daripada arwah bapa yang merupakan ahli perniagaan dalam industri pembinaan dan perkhidmatan, Siti juga sudah memiliki sebuah syarikat minyak dan gas yang diusahakan bersama beberapa orang rakan kongsi sebelum terjun ke dunia kecantikan dan kesihatan. Terang Siti, prospek syarikat minyak dan gas tersebut sebagai pembekal bahan kimia turut berkait rapat dengan bisnes yang dijalankan sekarang.

Ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam bidang kecantikan dan kesihatan sedangkan sudah berjaya sebagai pelopor minyak dan gas, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta Sarjana Pengurusan Perniagaan ini punya jawapan tersendiri.

Cergas Sepanjang Hari Bersama Alvina Inspired Glem'z

"ORANG PEREMPUAN NI SUKA MERUNGUT, TAK LARATLAH, PENATLAH …. BUAT KERJA SIKIT DAH HABIS TENAGA. SUDAHNYA MOODY SEPANJANG HARI!"==============================Tengok tenaga Siti Salbiah ni, lain macam kan? Dia pun wanita macam kita juga ada kerjaya. Malah, lagi sibuk sebab tekun uruskan perniagaannya Alvina Empire. Tapi tetap maintain cantik dan bertenaga sepanjang hari. Jealous Ioulssss!! Nak tahu apa rahsianya? Of courselah dia amalkan ALVINA INSPIRED GLEM'Z setiap hari. Selain membantu memberikan tenaga, ia juga menyerlahkan kecantikan dan kesihatan yang diimpikan selama ini.Antara kebaikan yang terkandung di dalam ALVINA INSPIRED GLEM'Z termasuk: *Membantu mengawal selera makan.*Membantu membekalkan tenaga.*Mengandungi antioksidan.*Mengandungi bahan semulajadi dari buah-buahan premium terpilih.*Dapat membantu memutihkan & membantu menurunkan berat badan.*Membantu dan membaiki kulit menjadi sihat.Jadi, jangan tunggu lagi! Dapatkannya sekarang sebagai nutrisi kesihatan anda setiap hari. Maklumat lanjut tentang produk hebat ini layari www.alvinabeauty.com atau follow Instagram @alvinasecret_official & Facebook AlvinaBeauty2016! #majalahnona#nonasuperwoman#inspirasinona#alvinabeauty

Posted by Nona on 17hb Disember 2017

“Saya terdetik untuk mendalami perniagaan ini kerana mahu membuat kelainan terutamanya dalam memberi kesedaran kepada pengguna mengenai bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu produk kecantikan mahupun kesihatan mereka. Kesedaran juga harus datang daripada pengeluar produk supaya tidak sewenang-wenangnya menjual produk yang mereka sendiri tidak tahu isi kandungannya.

Bagi saya, masih tidak terlambat untuk pengguna dan pengeluar menyedari situasi berkenaan mulai sekarang. Jika bukan untuk kebaikan diri sendiri, sekurang-kurangnya ia berguna untuk generasi akan datang. Di samping memperkasakan usaha kesedaran itu, saya juga memasang niat untuk membantu mereka di luar sana menjana pendapatan tambahan dengan menjadi ejen Alvina Beauty supaya saya dapat menyalurkan ilmu kepada mereka berkaitan cara pembuatan asas produk ini. Sekali gus, memanfaatkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan.

Menyentuh perancangan saya dalam tempoh lima tahun akan datang, saya mahu Alvina dikenali di peringkat antarabangsa bukan saja sebagai pengeluar produk tetapi juga sebagai sebuah kilang pengeluar produk kecantikan dan kesihatan yang dapat melahirkan ramai pengasas produk dengan jenama mereka sendiri berlandaskan kualiti dan identiti. Paling penting, bakal pengasas ini mempunyai pengetahuan mengenai apa yang mereka inginkan.

Saya juga berharap agar dapat menjadikan Alvina sebagai Trade of centre for Halal Products. Inshaallah, dengan semangat dan usaha daripada kakitangan Alvina, segala yang dirancangkan akan menjadi kenyataan,” ungkap Siti yang kini sedang mengikuti pengajian Advanced Diploma in Organic Cosmetic Science.

Lepas Amalkan Makanan Ini, Tiada Lagi RAMBUT BERCABANG & MUDAH GUGUR!

Lepas Amalkan Makanan Ini, Tiada Lagi RAMBUT BERCABANG & MUDAH GUGUR!

Siapa kata rambut tidak memainkan peranan penting dalam penampilan? Wanita mahupun lelaki pasti merasa rendah diri jika mempunyai masalah rambut seperti gugur, kering dan botak. Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada kotoran dan pencemaran malah bakal menyerlah penampilan seseorang. Ayuh ambil makanan yang baik untuk meningkatkan kecantikan rambut agar penampilan lebih terserlah.

  1. Ikan salmon hindar hidrat rambut

Ikan salmon memang terkenal kaya dengan asid lemak omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi. Ternyata ikan salmon adalah makanan yang membantu mencantikkan rambut. Kandungan protein dan vitamin D yang diperoleh daripada ikan salmon ini membantu rambut menjadi lebih kuat dan bebas daripada masalah rambut gugur. Malah kesihatan kulit kepala terus terpelihara hasil daripada asid lemak omega-3. Minyak ikan pula boleh membantu rambut berterusan terhidrat.

  1. Brokoli memperkuat folikel rambut

Kesihatan dan kecantikan rambut terus terpelihara dengan sayur hebat ini. Brokoli mengandungi vitamin yang diperlukan untuk rambut. Vitamin A, C dan B6 yang terdapat dalam sayur ini mampu memelihara rambut agar lebih kuat dan halus. Vitamin ini juga merangsang pengeluaran minyak yang dipanggil sebum. Sebum ini berfungsi sebagai perapi dan pelembap secara semula jadi pada rambut. Manakala kalsium yang terdapat dalam brokoli membantu memperkuat folikel rambut.

  1. Kacang cegah rambut rosak

Berbagai-bagai nutrisi yang terdapat dalam kacang memang sudah tidak boleh disangkal lagi. Nutrisi yang terkandung dalam kacang adalah protein, zink, zat besi dan vitamin H. Protein yang terdapat dalam kacang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut baru. Manakala apabila seseorang kekurangan vitamin H pula rambut mudah rosak dan gugur. Sumber kacang yang boleh dimakan adalah seperti kacang bepang, kacang merah dan kacang hijau.

  1. Daging ayam pelihara rambut gugur

Setiap helai rambut terdiri daripada protein dengan jumlah yang besar. Makanan yang banyak memiliki kandungan protein dapat menjadi nutrisi sebagai perawatan rambut. Daging ayam tanpa lemak memiliki kandungan protein yang tinggi. Selain itu daging ayam juga mengandungi zat besi dan vitamin B untuk membantu memperkuat rambut daripada akar. Bukan itu sahaja vitamin dan mineral yang lainnya dapat mengelak daripada rambut gugur.

  1. Telur bantu elak rambut rosak

Memang benar rambut mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang baik. Telur mempunyai dua bahagian iaitu putih telur dan kuning telur. Putih telur mengandungi kandungan protein dua kali ganda berbanding kuning telur. Protein yang terdapat dalam putih telur ini juga mudah diserap oleh tubuh. Kuning telur pula kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang mempunyai peranan untuk membantu mengurangi kerosakan rambut dan menjadikan rambut sihat berkilau. Antioksida pada telur juga boleh mengatasi masalah rambut bercabang dan kelemumur.

  1. Bijirin penuh jauhi rambut botak

Keguguran rambut secara berlebihan menandakan kekurangan pengaliran darah ke kulit kepala. Keguguran rambut juga boleh berlaku apabila mengalami kekurangan protein, asid lemak, vitamin B dan vitamin E. Vitamin E yang terdapat dalam bijirin penuh merupakan bahan antioksida semula jadi yang melindungi kesan negatif melampau radikal bebas dan bertanggung jawab untuk kesihatan rambut.

  1. Tiram membaharui rambut

Tiram kaya dengan zink dan apabila seseorang itu mengalami kekurangan zink boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepala kering dan bersisik. Bukan sahaja kaya dengan zink bahkan tiram kaya dengan sumber protein yang baik. Rambut mengandungi 97 peratus protein dan tanpa protein yang cukup tubuh tidak dapat mengganti rambut secara semula jadi setiap hari. Apalagi jika anda sedang berdepan dengan stres yang mengundang kepada rambut gugur. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: