Tahniah! TAN SRI TONY FERNANDES, Aliyah Ena Pilihan Nama Cahaya Matanya Yang Baharu Lahir

Dalam diam rupanya mogul perniagaan syarikat penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes telah menimang cahaya mata ketiganya. Tahniah! Tan Sri Tony. Sudah pasti kehadiran si manja ini memberi sejuta kebahagiaan buat pemilik syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia ini bersama isteri tercinta.

Foto: Instagram @tonyfernandes
Foto: Instagram @tonyfernandes
Foto: Instagram @tonyfernandes

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Tan Sri Tony melalui hantaran di LinkedIn seperti yang dilaporkan oleh TheStar

. Tergambar keterujaan Tan Sri Tony di sebalik hantarannya itu, “I’m a father again!” katanya yang sudah memiliki dua orang cahaya mata sebelum ini.

Tan Sri Tony juga telah mengumumkan nama pilihan cahaya mata ketiganya ini iaitu, Aliyah Ena Fernandes yang lahir pada 14 Ogos 2021.

Sekitar Oktober 2017 dahulu Tan Sri Tony telah mencipta fenomena apabila dalam diam telah melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, wanita yang berasal dari Korea.

Tidak banyak yang melaporkan tentang berita perkahwinan Tan Sri Tony kerana beliau mengambil sikap mendiamkan diri dan hanya mengaku telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang hanya dikenali sebagai Chloe sahaja.

Foto: Instagram @tonyfernandes
Foto: Instagram @tonyfernandes
Foto: Instagram @tonyfernandes
Foto: Instagram @tonyfernandes

Ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau melutut ketika melamar isterinya, jawab pemilik syarikat penerbangan tambang rendah ini, “Tidak, kerana saya terlalu tua. Malah lutut saya juga sakit,” kata Tan Sri Tony.

Foto: Instagram @tonyfernandes
Foto: Instagram @tonyfernandes

Menurut Tan Sri Tony, beliau melamar isterinya di tempat pertemuan mereka. “Hakikatnya saya melamarnya di tempat saya bertemu dengannya. Dia tidak menyedarinya – bukan diri saya yang sebenar dan ia kelihatan agak tenang,” kata Tan Sri Tony.

IKLAN
Share