
Dalam diam rupanya mogul perniagaan syarikat penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes telah menimang cahaya mata ketiganya. Tahniah! Tan Sri Tony. Sudah pasti kehadiran si manja ini memberi sejuta kebahagiaan buat pemilik syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia ini bersama isteri tercinta.



Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Tan Sri Tony melalui hantaran di LinkedIn seperti yang dilaporkan oleh TheStar. Tergambar keterujaan Tan Sri Tony di sebalik hantarannya itu, “I’m a father again!” katanya yang sudah memiliki dua orang cahaya mata sebelum ini.
Tan Sri Tony juga telah mengumumkan nama pilihan cahaya mata ketiganya ini iaitu, Aliyah Ena Fernandes yang lahir pada 14 Ogos 2021.
Sekitar Oktober 2017 dahulu Tan Sri Tony telah mencipta fenomena apabila dalam diam telah melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, wanita yang berasal dari Korea.
Tidak banyak yang melaporkan tentang berita perkahwinan Tan Sri Tony kerana beliau mengambil sikap mendiamkan diri dan hanya mengaku telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang hanya dikenali sebagai Chloe sahaja.




Ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau melutut ketika melamar isterinya, jawab pemilik syarikat penerbangan tambang rendah ini, “Tidak, kerana saya terlalu tua. Malah lutut saya juga sakit,” kata Tan Sri Tony.


Menurut Tan Sri Tony, beliau melamar isterinya di tempat pertemuan mereka. “Hakikatnya saya melamarnya di tempat saya bertemu dengannya. Dia tidak menyedarinya – bukan diri saya yang sebenar dan ia kelihatan agak tenang,” kata Tan Sri Tony.
SAKIT KETIKA KENCING, Wanita Mesti Ambil Tahu Tentang Bahaya U-T-I!

Urinary Tract Infection (UTI) atau kencing kotor adalah jangkitan bakteria yang biasa berlaku terutamanya di kalangan wanita berusia di antara 20 hingga 50 tahun. Lazimnya, bakteria yang menyebabkan penyakit ini berpunca daripada kulit dubur, faraj atau lubang dubur yang bergerak merentasi uretra dan pundi kencing. Apabila berlaku jangkitan, organ pundi kencing akan membengkak dan menimbulkan rasa kurang selesa selain kerap membuang air kecil.
Golongan wanita dipercayai lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana kedudukan uretra yang pendek dan dekat dengan anus atau dubur. Apabila seseorang wanita itu mengandung, risiko kebarangkalian mereka menghidap kencing kotor adalah lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Cystisis merupakan sejenis jangkitan pada saluran kencing yang kerap dihidapi oleh wanita hamil selain perubahan hormon progesteron yang mereka alami.
KESAN
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, jangkitan pada saluran kencing boleh memudaratkan kesihatan kerana ia mampu merebak hingga ke buah pinggang. Kealpaan ibu-ibu hamil terhadap situasi ini bukan hanya menjejaskan tahap kesihatan mereka bahkan bayi yang bakal dilahirkan akan mengalami berat badan yang ringan atau pra matang.
Kehadiran kuman dan bakteria di dalam air kencing boleh diatasi dengan pengambilan antibiotik daripada doktor. Walaupun ketika hamil, ada beberapa jenis antibiotic tertentu yang selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung. Pastikan ubat antibiotik yang diberi habis dimakan untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perut sudah berkurangan.
SIMPTOM JANGKITAN KENCING
- Sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
- Sakit di bahagian pelvis, bawah abdomen dan pinggang
- Kencing tidak lawas
- Kenaikan suhu badan
- Loya dan muntah
- Kerap ke tandas
- Air kencing berwarna keruh, berdarah atau berbau
- Menggigil
- Sakit ketika bersetubuh
SOLUSI KENCING KOTOR
Penyakit kencing kotor nyata boleh dirawat dengan beberapa kaedah berikut. Pun begitu, setiap wanita tidak kira yang sedang hamil atau tidak perlu sentiasa menjaga kebersihan bahagian intim bagi mengurangkan risiko daripada terdedah kepada penyakit ini. Jika anda ke farmasi, dapatkan beberapa bungkusan ural atau effervescent granules yang mudah larut dalam air. Namun, jika ia berlarutan selama 3 hari atau menjadi lebih buruk, pesakit dinasihatkan agar terus berjumpa doktor.
Pencegahan kencing kotor boleh diatasi dengan menitikberatkan langkah-langkah berikut:
- Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 6 ke 8 gelas sehari sehingga air kencing menjadi jernih.
- Elakkan tahan kencing kerana ia akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
- Selepas selesai membuang air kecil, biasakn mengelap dari depan ke belakang untuk mengatasi pembiakan bakteria dari kawasan dubur ke uretra.
- Kurangkan makanan manis atau minuman yang mengandungi kafein.
- Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika kotor.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Ambil Vitamin C, Beta-carotene dan Zat Besi setiap hari untuk melawan jangkitan kuman jika daya tahan tubuh lemah.
- Minum jus kranberi jika kerap menghidap penyakit kencing kotor. Ia mampu menurunkan paras bakteria dalam saluran kencing dan mencegah pembentukan bakteria baru.
Jadi Pilihan Termasuk Wan Azizah, Beg Tangan Songket Buatan Tangan SITI NOOR MISRO Terus Jadi Kegilaan VVIP!

Klasik dan eksklusif serta pada harga patut, namun beg tangan buatan Siti Noor Misro tetap menjadi pilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Masakan tidak, tas tangan terbabit diperbuat daripada fabrik songket yang jarang diketengahkan oleh pereka tempatan lain, sementara gandingan corak abstrak serta bunga pada fabrik dengan kombinasi warna pastel (pucat) dan terang menjadikan hasil tangan usahawan berusia 50 tahun itu tampak mewah.
“Saya memang minat menjahit kerana menerusi kegiatan itu saya boleh serlahkan kreativiti. Pada masa sama, saya juga suka produk buatan tangan.
“Apabila saya melihat video cara membuat beg tangan di YouTube, terdetik di hati saya untuk mencuba,” katanya ketika dihubungi di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan.
Kini, selepas lebih 11 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Siti Nor berbangga dengan jenama Ct N Honey yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tas tangan unik termasuk orang kenamaan.
HANYA BELAJAR SENDIRI
Mengimbas semula pembabitan beliau dalam kerjaya itu, Siti Noor berkata beliau mula menghasilkan beg tangan pada 2012 namun hanya berani menjual produk yang dihasilkannya secara dalam talian pada pertengahan 2013.
“Pada ketika itu saya gunakan pelbagai material seperti kain kapas, linen, kanvas dan kulit sintetik. Reka bentuk juga sangat ringkas dengan kebanyakan beg tangan tersebut saya buat ikut tempahan dan cita rasa pelanggan,” kata ibu kepada enam orang anak tersebut.
Melihat sambutan yang menggalakkan, Siti Noor membangunkan laman web untuk memasarkan beg tangan buatan beliau dan juga barangan jahitan untuk mereka yang ingin menghasilkan sendiri tas tangan.
Walaupun tidak mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang jahitan dan hanya belajar sendiri menerusi pelbagai video dalam YouTube, ternyata kerja tangan Siti Nor begitu menyerlah sehingga berjaya menarik perhatian pembantu Dr Wan Azizah pada 2019.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata beliau dihubungi oleh pegawai Dr Wan Azizah yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, memintanya menyediakan sebuah tas tangan daripada songket untuk dihadiahkan kepada isteri Presiden Turkiye Emine Erdogan yang dijadualkan datang ke Malaysia untuk menghadiri KL Summit 2019.
“Selepas mendengar tujuan tempahan itu, walaupun saya tidak pernah menggunakan fabrik songket, saya cuba sehabis baik untuk memenuhi tempahan Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” ujar beliau.
Menurutnya, dari situlah bermula sejarah penggunaan songket dalam pembuatan tas tangan beliau.
KETENGAHKAN SONGKET
Katanya, selepas menerima tempahan sulung daripada Dr Wan Azizah, beliau memberanikan diri untuk memfokuskan pembuatan tas tangan daripada songket.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai serampang dua mata, iaitu mengetengahkan beg tangan songket dan mempertahankan warisan songket yang semakin kurang digunakan oleh masyarakat umum.
“… hingga kini saya masih menerima tempahan beg tangan songket daripada beliau (Dr Wan Azizah), dan saya terharu kerana beliau mempercayai (akan kualiti) produk buatan tangan ini,” kongsi Siti Nor.
Menurut usahawan itu, pembuatan beg tangan menggunakan fabrik songket khususnya, bukanlah satu kerja yang mudah kerana memerlukan ketelitian, dan beliau mengambil masa hingga dua hari untuk menyiapkan sebuah beg ringkas.
“Penghasilan beg buatan tangan ini adalah proses yang mengambil masa yang lama dan penuh ketelitian. Proses pertama ialah pemilihan reka bentuk dan material, kemudian kita akan melekatkan pengeras bagi memastikan beg lebih kukuh.
“Mesin jahit khas digunakan bagi memastikan kemasan yang rapi,” jelas beliau, menambah tugas paling rumit ialah menghasilkan rangka beg kerana kerja menjahit bagi mencantum rangka dilakukan dengan tangan.
“Selalunya saya akan mengambil masa satu ke dua jam untuk menyiapkan jahitan tersebut,” katanya yang mendapatkan bekalan songket daripada usahawan tempatan.
Menurut beliau, bagi memberikan rasa eksklusif, setiap corak songket dihadkan kepada satu beg sahaja.
PERLUASKAN PASARAN
Siti Nor berkata buat masa ini beliau melakukan kerja berkenaan di rumahnya dan dibantu oleh beberapa rakan yang dikenali menerusi media sosial.
“Rakan-rakan saya akan membantu terutama jika tempahan banyak, dan mereka menyiapkan bahagian masing-masing di rumah mereka sebelum dihantar kepada saya untuk dipastikan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dihantar kepada pelanggan,” katanya.
Selain beg tangan songket, Siti Noor turut menghasilkan pelbagai beg lain seperti sling bag, clutch dan tote, bergantung pada permintaan pelanggan.
Harga pula bergantung pada jenis beg, saiz dan material yang digunakan, iaitu dari serendah RM180 hingga RM400.
Tentang pasaran, beliau berkata selain platform dalam talian, produknya juga boleh didapati di sebuah butik di Pavilion Bukit Jalil.
“Saya juga akan menyertai pameran dan acara besar untuk berjumpa dan memperkenalkan jenama kepada lebih ramai orang termasuk acara yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia kerana produk saya turut dipromosikan menerusi laman web Kraftangan Malaysia,” katanya.
Menurut Siti Noor, beliau berasa puas setiap kali melihat pelanggan menggayakan beg tangan buatan beliau, lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan baju kurung atau kebaya.
Sumber: BERNAMA | Gambar: FB Siti Noor Misro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Jalinan Kerjasama Nu Ideaktiv Dan Enrichment Media Lab Simbolik Usaha Membantu Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS)

Dalam usaha untuk memantapkan Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS), sebuah kerjasama telah terjalin di antara Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab Sdn Bhd di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Pejabat Urusan Nu Ideaktiv.
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Muhamad Ashraf DM Tej Nasir, Pengarah Urusan Enrichment Media Lab telah menyempurnakan acara menandatangani memorandum, sekali gus memeterai kerjasama dan perlantikan Enrichment Media Lab sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana Melayu (PKS).
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan.
Nu Ideaktiv yang memiliki lebih 17 jenama dan peneraju dalam industri media berbahasa Melayu, menyediakan kandungan, platform dan pelaksanaan sejajar dengan kerjasama yang dibuat.
Menurut Syamil Fahim, MoU ini adalah permulaan untuk kerjasama bagi membantu dan meningkatkan lagi industri PKS negara ini menerusi media sebagai pemacu utama.
“Melihat kepada kepakaran yang dimiliki oleh Enrichment Media Lab dalam segmen industri pengiklanan PKS dan pengetahuan PKS merangka strategi dalam pemasaran dan pengiklanan, adalah menjadi satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv untuk berkolaborasi dan berkerjasama dengan syarikat ini bagi menguasai segmen pengiklanan media PKS.”
Tambahnya lagi, simbolik kerjasama ini bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi.
Enrichment Media Lab sebagai agensi pakar media melihat Nu Ideaktiv sebagai syarikat yang berpotensi untuk membantu membangun industri PKS.
“Nu Ideaktiv memiliki pelbagai jenama media No.1 di Malaysia yang boleh membantu PKS berkembang maju dan menembus audiens sasar bagi pertumbuhan perniagaan dan sasaran keuntungan syarikat.”
“Kerjasama ini tidak terhad kepada satu medium sahaja. Berdasarkan hala tuju sesebuah perniagaan, kita boleh melaksana pelbagai projek yang signifikan, mencapai sasaran dan mentransformasi perniagaan,” kata Ashraf.
Antara kerjasama awal Nu Ideaktiv dan Enrichment Media Lab adalah menerusi penerbitan rancangan TV iaitu perjalanan keibubapaan pemilik jenama Noir dalam PA&MA : Diari Madammu, dan IMPIANA Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi oleh Ella Furniture. Rancangan ini bakal bersiaran di saluran Astro awal tahun hadapan.
“Kami juga sedang merangkakan satu acara besar untuk meraikan Ramadan dan Syawal, yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Syamil lagi.