Tak Bergejala, Tiba-Tiba Kena COVID-19! Dr Noor Hisham Luah Kebimbangan, Paras Kes Sporadik Makin Tinggi

Entah di mana silapnya, dah patuh SOP dan duduk di rumah pun, tiba-tiba keputusan ujian saringan didapati positif COVID-19!

Inilah kebimbangan terbaru yang melanda warga Selangor khasnya yang terancam kes jangkitan tidak bergejala atau sporadik sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Hal yang sama turut disuarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

“PKP (Lockdown) mulai 1 Jun 2021 kini telah memasuki minggu ke-3. Jumlah kes harian COVID-19 masih berada pada paras yang tinggi melebihi 4,000 kes sehari.

Tambahan, kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi dan bilangan kluster kian bertambah saban hari. Semalam, KKM memaklumkan 22 kes varian baharu Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan.

Taburan pemetaan kes sporadik (titik-titik berwarna biru) semakin banyak

 

Kes sporadik di paras membimbangkan

 

Implikasi kepada perkara di atas, kawasan Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya banyak kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan dari kes-kes COVID-19 ini tidak mempunyai gejala.

Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala.

Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.” Dr Noor Hisham

Sebanyak 4,611 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan 1,346 kes.

Dr Noor Hisham bersama anak perempuannya ketika mereka sama-sama menjalankan prosedur surgeri empat tahun lalu

 

AMALKAN SELF-LOCKDOWN

KKM menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan ‘Tindakan Kesihatan Awam Kendiri’ atau self-lockdown sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

 

Antara Tindakan Kesihatan Awam Kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;

  • Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.
  • Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
  • Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara.
  • Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian.
  • Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification)
    di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut.
  • Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera.
  • Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
IKLAN
Share