Entah di mana silapnya, dah patuh SOP dan duduk di rumah pun, tiba-tiba keputusan ujian saringan didapati positif COVID-19!
Ads
Inilah kebimbangan terbaru yang melanda warga Selangor khasnya yang terancam kes jangkitan tidak bergejala atau sporadik sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Hal yang sama turut disuarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
“PKP (Lockdown) mulai 1 Jun 2021 kini telah memasuki minggu ke-3. Jumlah kes harian COVID-19 masih berada pada paras yang tinggi melebihi 4,000 kes sehari.
Tambahan, kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi dan bilangan kluster kian bertambah saban hari. Semalam, KKM memaklumkan 22 kes varian baharu Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan.
Taburan pemetaan kes sporadik (titik-titik berwarna biru) semakin banyak
Kes sporadik di paras membimbangkan
Implikasi kepada perkara di atas, kawasan Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya banyak kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan dari kes-kes COVID-19 ini tidak mempunyai gejala.
Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala.
Ads
Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.” Dr Noor Hisham
Sebanyak 4,611 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan 1,346 kes.
Dr Noor Hisham bersama anak perempuannya ketika mereka sama-sama menjalankan prosedur surgeri empat tahun lalu
Ads
AMALKAN SELF-LOCKDOWN
KKM menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan ‘Tindakan Kesihatan Awam Kendiri’ atau self-lockdown sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.
Antara Tindakan Kesihatan Awam Kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;
Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.
Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara.
Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian.
Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut.
Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera.
Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan daripada Filipina, Sofia Isabella menikmati kehidupan mudanya dengan cukup indah apabila keluarga tersayang menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-7 dengan penuh mewah bak puteri!
Isabella anak kepada usahawan terkenal dan berjaya, William Barbo pastinya cukup teruja dengan majlis impiannya. Mana tidaknya, ditemani keluarga dan rakan-rakan terdekat di samping kek hari jadi 6 tingkat serta dekorasi keseluruhan dewan yang cukup mempersona tentunya menjadikan childhood memorynya sukar untuk dilupakan.
0
Serba-serbi perincian untuk majlis tersebut adalah mengikut tema yang menjadi kegemaran gadis bertuah ini sendiri iaitu Cinderella termasuklah gaun yang dipakai Isabella.
Kalau dilihat daripada perkongsian gambar-gambar di atas, tak keterlaluan rasanya kalau Nona katakan ia sebagai sebuah majlis yang paling gah untuk gadis semuda Isabella! Fuh, tak dapat bayangkan bagaimana pula nanti agaknya majlis perkahwinan Isabella kan?
Sumber gambar: facebook www.niceprintphoto.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Nina adalah sahabat lama saya, namun kami dah lama tak berhubung, rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak bertemu. Perkongsiannya tentang agama selama ini membuatkan saya sentiasa rasa dekat dengannya”, itu penjelasan penjelasan pelakon Avaa Vanja berhubung penampilan terkininya yang tampil berhijab selepas sering membaca perkongsian sahabat lama di Instagram walaupun tidak bersua hampir selama sepuluh tahun.
Memetik laporan mStar, Avaa Vanja mengakui Mizz Nina merupakan salah satu pendorong penghijrahannya dan mendalami ilmu Islam dengan lebih baik. Malah Avv turut berkongsi bahawa perkongsian dari Mizz NIna mengerakkan hatinya untuk menyertai salah satu program keagamaan dimana Nina sebagai salah seorang panel.
“Saya dapat tahu Nina terlibat dalam salah satu program dan terus beli tiket untuk menyertainya. Saya berdoa untuk bertemu dengan Nina jika ini adalah satu permulaan baru dalam hidup saya.
“Perkongsian Nina selama ini adalah salah satu sebab untuk saya berubah. Pertemuan kami semalam (Ahad) sangat bermakna walaupun hanya sempat berbual cuma seketika,” katanya.
Avaa memaklumkan dia pun dah mendaftarkn diri untuk mengikuti pengajian agama di sebuah cawangan universiti di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, perubahan tersebut tidak bermaksud dia meninggalkan dunia seni tetapi sebaliknya berharap ilmu penghijrahan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Sumber: Mstar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau sudah rezeki takkan ke mana! Sememangnya Allah adalah sebaik-baik perancang. ‘Jemputan’ Yang Maha Esa buat Datin Almy Nadia dan suami serta anak-anak untuk mengerjakan ibadah umrah disambut penuh syukur dan teruja.
Apatah lagi, tarikh mereka berangkat ke Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah tersebut adalah tepat pada masa iaitu menjelang cuti persekolahan anak-anak.
Datin Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah memuat naik gambar seisi keluarga di media sosial buat tatapan peminat sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Lengkap berpakaian serba hitam, kongsinya, “Assalammualaikum semua. Dengan rendah hati, diri saya dan suami Fizz Fairuz mohon kemaafaan jika ada tersalah kata atau apa saja. Mohon diampunkan.
InsyaAllah sebentar lagi saya dan keluarga akan mengerjakan ibadah umrah bersama Ikhlas.Com. Doakan segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan pergi dan balik.”
Sementara itu, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia pernah ditawarkan pakej mengerjakan umrah beberapa tahun lepas namun tidak berkesempatan kerana kekangan kerja. Percaya kepada rezeki, akhirnya tahun ini dia sekali lagi dijemput bertandang ke Rumah Allah itu dan lebih istimewa di samping keluarga tersayang!
“Saya dapat offer hari tu pada tahun 2008, 2009 macam tu, dah lama dah. Itu kali pertamalah dioffer untuk pergi umrah tapi masa tu tengah shooting tak dapat cuti. Iyalah kata orang belum sampai seru kan. 3 kali dah. InsyaAllah kali ni akan tunaikan.”
Kredit Instagram @almynadiaofficialKredit Instagram @almynadiaofficialKredit Instagram @almynadiaofficial
Pasangan suami isteri ini sering menjadi perhatian peminat yang kagum dengan sikap ‘low profile’ mereka. Walau berstatus VIP dan public figure, Datin Almy dan Dato’ Fizz Fairuz dilihat selesa dengan cara sederhana.
Datin Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Dato’ Fizz Fairuz atau Fairuz Zainal Abidin pada 26 April 2014. Mereka dikurniakan empat anak perempuan.
Semoga pasangan ini mendapat umrah yang mabrur dan dipermudah segala urusan serta selamat pergi dan pulang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian ...