Perasaan bergelar ibu memang sukar diungkap dengan kata-kata. Melalui proses mengandung selama 9 bulan, kadang diuji dengan morning sickness atau darah tinggi menduga ketabahan seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Namun, ‘tugas’ seorang ibu tidak terhenti selepas anak itu lahir, malah berterusan sehingga dewasa.
IKLAN
Foto: Instagram @farahnabilahofficial
Walaupun begitu, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya memang tidak berbelah bahagi. Tiada insan lain yang boleh menandingi rasa sayang ibu terhadap anaknya. Ini yang sedang dilalui oleh selebriti cantik, Farah Nabilah. Pelakon drama Titian Cinta ini telah menzahirkan rasa sayangnya terhadap anak sulungnya, Andre Omar bin Mohamed Amirul melalui laman media sosialnya.
Foto: Instagram @farahnabilahofficial
“Dre dah 3 bulan and I realized that dah 3 bulan tak kisah pasal diri sendiri. I focused on my son 24/7. I guess it’s because it’s my firstborn, I got attached.
I love being a mother, I don’t feel like it’s a chore or a burden but with that being said, still.. it’s not easy, it’s still a tough job. You’ll lose yourself and you’ll learn to lower your expectations about what you can accomplish in a day. Some days it will be all you can do to keep your baby safe, warm, fed and loved. I think, that’s more than enough, kan?” coret isteri kepada juruterbang, Mohamed Amirul Yunus ini.
Tambah pelakon wanita yang berusia 28 tahun ini, “Now I finally, TRULY understand why syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi),” tulis Farah Nabilah sambil bergurau.
IKLAN
Foto: Instagram @farahnabilahofficial
Farah dan suaminya telah diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara dan melahirkan Andre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.
*PKP 2.0 masih berbaki 3 hari jika tak bersambung, sempena PKP, kalau beli-belah di sini penghantaran adalah percuma.
Rata-rata doktor di seluruh dunia sedang bertarung dengan penyebaran wabak pandemik Covid-19. Tidak terkecuali permata hati Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri. Mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat tepat tentang kesihatan, Dr. Amalina membuka sebuah laman blog agar dapat berkongsi maklumat kesihatan bersama dunia.
Baru-baru ini beliau melancarkan laman blog peribadinya yang berjudul Ask Dr Amalina. Perkongsiannya mengenai wabak pandemik dunia, COVID-19 menarik perhatian ramai.
Nama Dr. Amalina seringkali menjadi buah mulut. Superwoman yang datang menghulur bantuan kepada adik Ainul tidak lama dulu menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Doktor bedah di United Kingdom ini sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di peringkat PhD di Imperial College London.
Jika sebelum ini Dr. Amalina banyak berkongsi maklumat kesihatan dan memberi informasi lebih tepat mengenai bidang perubatan di laman Instagramnya, kini beliau memilih untuk membuka laman sesawang sendiri bagi menyampaikan maklumat lebih tepat mengikut sains perubatan.
Banyak informasi dikongsikan bersama terutamanya dalam soal penyebaran wabak Covid-19 dan beberapa diskusi lain mengenainya. Dr. Amalina sendiri terpaksa bekerja dalam shif 24 jam kerana kes Covid-19 di United Kingdom sangat membimbangkan.
“This is a global effort, we are not racing against each other, we are racing against the virus. Please help and support each other, BE KIND. Please pray for us, healthcare professionals all over the world for working around the clock to keep everyone safe. To all my dear colleagues no matter where you are, thank you for your service.” -DR. AMALINA
Istilah ubun-ubun sememangnya tak asing lagi di kalangan masyarakat. Ubun-ubun yang lembut, khususnya di kalangan bayi baru lahir sebenarnya menyimpan satu rahsia yang telah disebut dalam kitab suci Al-Quran.
Apabila kita mempelajari Al-Quran, maka kita akan menemukan satu istilah iaitu nashiyah sebagai ubun-ubun. Istilah tersebut disifatkan dengan istilah kadzibah khathi’ah yang bererti derhaka lagi berdusta.
Allah berfirman, “(Iaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka.” (Al-‘Alaq: 16)
Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut derhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?
Prof. Muhammad Yusuf Sakr membuktikan bahawa tugas bahagian otak yang berada di ubun-ubun manusia berfungsi untuk mengarahkan perilaku seseorang.
“Kalau seseorang berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga kalau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”
Menerusi penelitian Prof. Keith L Moore, beliau menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan organ yang bertanggungjawab untuk membuat pertimbangan dan menjadi pengarah terhadap kelakuan manusia.
Sementara organ tubuh hanyalah parajurit yang melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat di ubun-ubun.
Merujuk kepada susunan organ di bahagian atas dahi, terdapat satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu bahagian otak yang disebut frontal lobe. Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neuron yang berbeza fungsinya.
Lapisan depan merupakan bahagian terbesar dari frontal lobe dan tugasnya berkait dengan pembentukan keperibadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat konsentrasi, berfikir dan menyimpan memori.
Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun.
Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebahagian tindakan manusia yang menunjukkan keperibadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan serta seterusnya.
Bahagian inilah yang membezakan sifat-sifat tersebut dan juga memotivasikan seseorang untuk melakukan kebaikan atau kejahatan.
Dalam pembentangan Prof. Keith L Moore di Cairo tersebut, beliau turut menunjukkan fungsi ubun-ubun sebagai pusat kendali dan pengaruh manusia, bahkan haiwan yang juga memiliki otak.
Prof. Keith L Moore
Ini selari dengan firman Allah, “Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Hud: 56)
Beberapa hadis Nabi SAW yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba lelaki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu.”
“Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya.”
Juga seperti sabda Nabi SAW, “Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya hingga hari Kiamat.”
Hal itu menunjukkan bahawa ini adalah ilmu Allah yang pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu, dan membuktikan bahwa Muhammad adalah Utusan Allah.
Pengetahuan tentang fungsi frontal lobe dimulai pada tahun 1842 iaitu ketika salah seorang pekerja di Amerika tertusuk ubun-ubunnya, lalu hal tersebut mempengaruhi perilakunya, tetapi tidak membahayakan fungsi tubuh yang lain.
Dari sinilah para doktor mulai mengetahui fungsi frontal lobe dan hubungannya dengan perilaku seseorang. Para doktor sebelum itu meyakini bahawa bahagian dari otak manusia ini adalah area bisu yang tidak memiliki fungsi.
Perbahasan fungsi ubun-ubun ini berasal dari kitab suci Al-Quran dimana semua perkara terdapat di dalamya. Hal ini membuktikan bahawa Allah memiliki segala ilmu di alam semesta. Dialah Sang Maha Tahu.
Sebagai seorang Muslim, kita harus meyakini kebenaran dari kandungan Al-Quran. Bayangkan para pengkaji baru saja menemui pengetahuan tentang ubun-ubun sedangkan kitab Al-Quran sudah menyebutnya sejak zaman Nabi lagi.
Lalu siapa yang telah memberitahu Nabi mengenai hal yang bisa diketahui dari perkembangan zaman ini? Siapa lagi kalau tidak Allah SWT. Dia telah menunjukkan keagungan dan kuasa-Nya melalui hal ini. Wallahualam. Norzalina Mohd Alias
Sekalung tahniah buat anak seni, Shah Indrawan Ismail atau dikenali sebagai Tomok atas kejayaan menggenggam ijazah baru-baru ini. Tanggal 23 November pastinya menjadi detik bahagia bagi suami Ayu Abas ini apabila Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia (UMM) berakhir dengan jayanya.
Siapa sangka di sebalik kesibukan Tomok sebagai penyanyi, dia mampu menamatkan pengajian atas dorongan isteri tercinta, anak-anak dan keluarga tersayang. Memang wajar diberi pujian!
Tomok menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian bersempena Istiadat Konvokesyen UUM ke-36.
Difahamkan pelantun lagu Aku Datang ini mengikuti kursus pengajian berkenaan secara PJJ bersama beberapa rakan selebriti lain selama sembilan semester bermula dari tahun 2015 hingga 2020.
Khabar gembira itu turut dikongsikan bapa tiga cahaya mata ini di media sosial miliknya. Antara individu terbahagia melihat kejayaan Tomok pastinya isteri tercinta, Ayu Abas yang setia menyokong minat dan kerjaya suami.
Luah Ayu, “Alhamdulillah. Tahniah ayah. Semoga menjadi sumber inspirasi anak-anak.
No matter how old are you, no matter what you will be in the future, ada kudrat ada rezeki genggamlah segulung ijazah. Ilmu itu lebih bernilai dari harta dunia.
It will bring you round your world. Keep my word, there is no harm neither there is no loss nor regret when you spend time a bit time to learn, to study looking for knowledge even as small as it is. Kasi buat sampai jadi.”
Sebelum mendirikan rumah tangga, isteri Tomok iaitu Rahayu Abas merupakan pramugari MAS. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Selain bergelar penyanyi, Tomok juga merupakan pemilik tiga outlet francais iaitu dua cawangan Chatime di AEON Mall Shah Alam dan Setia City Mall serta Street Churros di AEON Mall Seremban 2.