Memang layak Erra Fazira diangkat sebagai ratu. Mana tidaknya, usia mencecah 50 tahun pun masih kelihatan cantik jelita! 9 Februari lalu merupakan ulang tahun kelahiran ratu cantik Miss World Malaysia 1992 ini.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek antara selebriti wanita tanah air yang menjadi pujaan ramai kerana keperibadian yang dimiliki. Malah Erra juga sentiasa ramah melayan peminat dan tak lokek senyuman.
Barangkali kerana sikap positif dan ceria Erra itulah yang membuatkan dia sentiasa nampak awet muda dan menawan pada pandangan khalayak.
Bersempena hari lahir ke-50 baru-baru ini, primadona tersebut diraikan penuh meriah kenalan rapat dan peminat. Meskipun berstatus selebriti, Erra tetap tampil ringkas dengan berkemeja biru dan tudung rona senada.
Turut kelihatan meraikan ulang tahun kelahiran Erra ialah puteri kesayangan, Engku Aleesya.
Ujar Erra, “MasyaAllah TabarakAllah wahai kalian yang dekat dalam hidup ini. Clips ini sangat menyentuh hati. Saya bersyukur dihadirkan insan-insan yang sangat prihatin dan penyayang seperti kalian.
Ads
Mungkin saya tidak sekuat ini andai mereka tidak bersama. Terima kasih sahabat, terima kasih keluarga Bersama Erra dan teman-teman semua. Saya tahu tidak semua ada dalam clips ini tapi saya tahu mereka selalu dihati.
Saya menyayangi kalian kerana Allah Taala. Moga silaturahim terus berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.
Terima kasih di atas ingatan, doa-doa yang dititip dan ada juga yang mengirim hadiah-hadiah buat saya. MasyaAllah terima kasih tak terhingga!! Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan Rahmat dan LindunganNya. Love You All!”
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra Fazira ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.
Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akibat terlalu kerap menangis ketika melakonkan babak sedih dalam filem ‘Surat Kecil Untuk Tuhan’, Bunga Citra Lestari dikesan mengalami masalah eyebag yang teruk. Ia menyebabkan kecantikan aktres Indonesia ini sedikit terjejas kerananya,
Selain menangis, tabiat susah tidur, tekanan, alahan, faktor keturunan, water retention dan sebagainya merupakan antara punca masalah eyebag atau kantung mata di kalangan wanita.
Jika wanita popular seperti Bunga Citra Lestari pun tidak boleh lari daripada masalah eyebag, tentu kita sebagai wanita biasa pun selalu dihantui masalah yang sama. Nah, jangan runsing. Selain kuasa solekan, anda juga boleh menghilangkannya dengan petua berikut.
(a) Kuning telur + lemon
Campurkan sebiji kuning telur, sesudu madu dan sedikit perahan lemon kemudian bancuh bahan tersebut sampai sebati. Sapukan di bahagian eyebag sebelum tidur dan cuci keesokan harinya.
(b) Minyak badam
Minyak badam baik untuk mengurangkan kesan eyebag kerana mengandungi vitamin E yang tinggi. Caranya, sapu di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur. Petua ini juga membantu meratakan tona kulit di bawah mata agar kelihatan tidak kusam.
(c) Uncang teh
Selepas merendam teh, uncangnya jangan dibuang. Basuh sampai bersih dan sejukkan di dalam peti ais selama 10-15 minit. Kemudian tekapkan uncang pada bahagian mata selama 15 minit sama ada sebelum atau selepas bangun tidur.
(d) Kentang
Kentang mengandungi enzim yang membantu mencerahkan kulit wajah. Cara menggunakannya, cuci kentang dan hiris kepada beberapa keping. Tekapkan hirisan ini di bahagian eyebag selama 10-20 minit sama ada sebelum dan selepas tidur.
(e) Timun
Petua yang tak pernah mengecewakan. Hiris timun menjadi kepingan bulat kemudian letakkan di kawasan eyebag selama 15 minit. Petua ini boleh dilakukan setiap hari dan ia juga bagus untuk merehatkan mata yang pedih. Selamat mencuba! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memahami impian ramai wanita yang mendambakan kulit wajah cerah, sihat dan sempurna, NOIR memperkenalkan formulasi terbaharu dalam rangkaian
penjagaan kulit wajah terkini dikenali sebagai WHITE SERIES.
NOIR WHITE SERIES mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita
untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan
keserian wajah.
Rangkaian terbaharu WHITE SERIES ini telah dilancarkan oleh pengasas NOIR, Madammu sambil disaksikan oleh 150 hadirin terpilih terdiri daripada usahawan NOIR dari seluruh negara. Meskipun sedang sarat hamil 7 bulan, kejelitaan Madammu tetap menyerlah tatkala memperkenalkan rangkaian produk terbaharu NOIR itu.
Menurut Madammu yang ditemui ketika pelancaran tersebut berkata rangkaian WHITE SERIES diperkaya dengan formulasi bahan aktif semula jadi yang terdiri daripada gabungan ekstrak Kakadu plum dan Chamomile.
“Lebih istimewa lagi, ekstrak Kakadu premium yang terkandung di dalam set penjagaan kulit wajah ini berasal dari Australia Barat. Ekstrak Kakadu plum atau nama saintifiknya, Termonalia Ferdinandiana adalah sejenis buah yang mengandungi konsentrasi vitamin C tertinggi berbanding buah-buahan lain.
Buah ini turut mengandungi mineral, antioksidan seperti vitamin E, zat besi, folat dan lutein yang sangat baik untuk kesihatan kulit secara lebih sihat dan semula jadi,”ujarnya yang turut berkongsi mengalami masalah jeragat di tubuh ketika hamil tetapi masalah ini tidak melibatkan bahagian wajahnya sekaligus memperlihatkan keberkesanan produk WHITE SERIES yang telah digunakan sejak setahun yang lalu.
Set lengkap penjagaan wajah White Series terdiri daripada Pencuci Wajah, Face Toner, Serum dan Face Cream ini turut mengandungi Niacinamide dan Arbutin. Kombinasi kandungan premium produk ini mampu menjadikan kulit wajah tampak lebih sihat dan cerah secara sempurna 10 kali lebih efektif.
Sebagai salah satu pemain industri kecantikan utama di Malaysia, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd sentiasa peka dengan teknologi kecantikan semasa yang sentiasa berkembang pesat untuk memenuhi kehendak kecantikan dan kesejahteraan para wanita.
NOIR sentiasa berusaha untuk memberi dimensi baharu dalam penghasilan rangkaian produk kecantikan yang bermutu tinggi, premium dan halal sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Pada majlis tersebut juga para usahawan NOIR diraikan dengan pelbagai barangan istimewa termasuklah pemberian beg kosmetik secara percuma serta barangan kemas bagi anugerah pakaian terbaik.
Kesemua produk terbaharu White Series ini boleh didapati secara atas talian di laman web www.noirbeautyworld.com atau melalui usahawan NOIR di kawasan berhampiran anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpesona dengan kecantikan milik Nadia Tamar Ferreira! Ratu cantik Paraguay yang juga Naib Juara Miss Universe 2021 ini sememangnya mempunyai aura tersendiri. Bukan hanya cantik dan tinggi lampai, dia juga seorang wanita yang berpelajaran tinggi.
Nadia Ferreira ialah seorang aktivis, model dan ratu cantik. Aktif bersukan, jelitawan berusia 23 tahun ini menguasai empat bahasa iaitu Paraguay, Sepanyol, Portugis dan Inggeris.
Berketinggian 175 sentimeter, Nadia mula menceburi bidang peragaan di Paraguay pada tahun 2012. Dia kemudian menyertai pertandingan ratu cantik mewakili negaranya untuk meraih gelaran Miss Teen Universe 2014 namun sekadar menduduki tempat keempat.
Tiga tahun kemudian, dia muncul dalam program televisyen dan menjadi popular selepas membuat parodi penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift.
Dari tahun 2019 hingga 2021, Nadia mengembara ke seluruh pelusuk dunia demi mengembangkan bakatnya sebagai model hingga ke Jerman, Mexico, Qatar, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.
Dalam kesibukannya sebagai model dan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Nadia memanfaatkan masa yang ada dengan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Komersial di Universidad Americana.
Pada hujung Ogos 2021, Nadia dipilih mewakili Paraguay untuk bertanding dalam Miss Universe 2021 bersama 79 ratu cantik dari seluruh dunia. Dia kemudian dinobatkan Naib Juara Miss Universe 2021.
Nama Nadia Ferreira terus melonjak naik apabila dia mengumumkan hubungan cintanya bersama penyanyi antarabangsa, Marc Anthony. Pada 12 Mei lepas, pasangan ini mengesahkan mereka sudah bertunang.
Marc Anthony yang kini berusia 53 tahun merupakan bekas suami Jennifer Lopez yang sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Miss Universe 1993, Dayanara Torres dari tahun 2000 hingga 2004 dan bekas suami kepada Shannon de Lima. Ia bakal menjadi perkahwinan keempat Marc Anthony.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.