
Bulan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Bermula esok bersamaan dengan 1 Ramadan 1441 Hijrah yang jatuh pada hari Jumaat, 24 April 2020 para muslimin dan muslimat akan mula menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Dalam keterujaan umat Islam menyambut bulan mulia ini, selebriti popular yang merupakan Miss World Malaysia 2008, Dr Soo Wincci turut tidak mahu ketinggalan menjalani amalan puasa ini bersama-sama seperti tahun sebelumnya. Apa yang mengagumkan, tahun ini ialah tahun kesembilan Wincci berpuasa. Hebat!
Secara jujurnya penulis kagum dengan semangat dan keinginan tinggi wanita cantik ini untuk berpuasa. Sembilan tahun nyata bukan tempoh yang singkat dan kemampuan Wincci menahan lapar dan dahaga selama sebulan membuktikan sikap komitednya terhadap sesuatu perkara. Mesti dia pun merasai perbezaan apabila berpuasa sampai sanggup meneruskan amalan tersebut sehingga hampir sedekad. Siap bersahur lagi.



Menerusi posting di Instagram, Wincci seakan tidak sabar menantikan kehadiran bulan puasa. Tertanya-tanya bila umat Islam akan mula berpuasa, persoalan tentang tarikh sebenar puasa diajukan kepada followers. Tulis Wincci, “Nak tanya, puasa tahun ini esok atau lusa ya?”
Entri itu nyata mendapat reaksi pelbagai pihak. Rata-rata peminat dan followers Wincci ‘menghujani’ ruangan komen dengan memberikan kata-kata positif. Malah, ketika ditanya sama ada dia akan mengulangi amalan berpuasa seperti tahun-tahun sebelumnya… aktres ini turut membalas jawapan tersebut dengan emoticon senyum.


Walau bukan beragama Islam tapi kemampuan Wincci mengikut amalan umat Islam berpuasa di bulan Ramadan ini wajar diberi pujian. Iyalah, bukan senang bagi mereka yang berbeza agama dan budaya mempraktikkan gaya hidup Islam. Namun kerana semangat kekitaan sebagai rakyat Malaysia, Wincci sanggup ‘meraikannya’ bersama.
Teringat lagi pengalamannya berpuasa di Sepanyol ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik sekitar dua tahun lalu. Ketika ditanya peminat sama ada dirinya Muslim kerana turut berpuasa, Wincci dengan tenang membalas komen tersebut dengan menyatakan ‘Nope, I’m Malaysian’ dan memuatnaik kapsyen ‘Saya anak Malaysia tanpa kira kaum, bangsa dan agama.’ Difahamkan, sepanjang berada di sana Wincci perlu menjalani tempoh puasa yang panjang iaitu selama 16 jam.

Bergelar model, pelakon dan penyanyi, Wincci dilaporkan mula berpuasa sejak tahun 2012. Bukan sekadar berpuasa di bulan Ramadan, dia juga tidak ketinggalan melaksanakan Puasa Enam!
Yang pasti, insan bernama Dr Soo Wincci ini tidak pernah lelah menyuntik inspirasi kepada masyarakat. Selain memiliki peribadi yang baik, dia juga wanita yang pintar dan berjiwa besar. Julai tahun lalu, namanya terpahat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mencipta dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.
Dalam tempoh 15 tahun, Wincci menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (2007), Sarjana Pengurusan Perniagaan (2008), Doktor Falsafah (PhD) dalam Perniagaan (2016), Sarjana Muzik (2018) dan Ijazah Pasca Sarjana Fellowship dari Berklee Valencia, Sepanyol. Bukan calang-calang! Dengan kejayaan seumpama ini, pada pandangan penulis Wincci sudah layak diangkat sebagai ikon.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Jejaka kelahiran Turki yang memiliki ketinggian 5 kaki 5 inci dan berusia 27 tahun ini sangat terkenal dengan video masakan menu Timur Tengahnya yang dihasilkan dalam skala besar. Setakat artikel ini ditulis, Chef Burak mempunyai 22.4 juta pengikut di Instagram. Hebat betul auranya!
Pun begitu menerusi beberapa video terbarunya, Chef Burak tampil berbeza kerana senyumannya yang selama ini menjadi daya penarik telah ‘hilang’. Sehingga membuatkan para pengikutnya berasa janggal dan tertanya-tanya.
Chef Burak tidak melontarkan senyuman ketika memasak, sebaliknya berwajah serius sebagai tanda solidaritinya terhadap rakyat Palestin. Dalam satu video ringkas, Chef Burak turut melontarkan suara kemanusiaannya sebagai tanda protes terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Yahudi terhadap penduduk Gaza.
Salah satu videonya yang memaparkan makanan yang dihasilkan diwarna mengikut bendera Palestin iaitu hitam, merah, putih serta hijau. Video tersebut meraih lebih 3 juta tanda suka.

5. Selain terkenal dengan kepakarannya dalam masakan, Chef Burak juga seorang dermawan dan peramah. Bukan hanya terhadap sesama insan bahkan Chef Burak gemar memberi sumbangan kepada shelter untuk anjing dan kucing liar.





















