Maya Karin memang ada gaya dan tarikan tersendiri. Sesiapa saja yang pernah bertentang mata dengan figura ini pasti terpikat dek kecantikan semula jadi Maya. Sering tampil tanpa secalit solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri.
Bakal menginjak usia 46 tahun, pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman.
Bapanya, Gottfried Roelcke berasal dari Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Malaysia.
Tak hairanlah, bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam ini cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!
Maya Karin Anak Seni Berbakat Besar
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun sebelum berhijrah ke Malaysia. Dia berkelulusan dalam bidang media dan pemasaran dari Lim Kok Wing University.
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001.
Ads
Terbaharu, Maya Karin tampil dalam filem Telaga Suriram. Lakonan mantap Maya sebelum ini mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Waris Jari Hantu, Majika, Ombak Rindu dan Munafik 2.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Selebriti ini bukan hanya dikurniakan wajah cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan perniagaan.
Ads
Maya Karin pernah terlibat dalam bidang hartanah dan berbakat dalam bidang masakan.
Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.
Ads
Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.
Aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, Maya kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai bidang.
Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum!
Maya juga sebelum ini mendedahkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.
Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke sesuatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Stunning! Itu yang bleh digambarkan pada penampilan pelakon dan model jelita Scha Al Yahya yang mem buat kemunculan sulung berjalan di karpet merah Venice Film Festival baru-baru ini.
Diterbangkan secara eksklusif oleh jenama solekan terkenal Armani Beauty, Scha memukau ribuan lensa antarabangsa menyarung persalinan berona putih ciptaan Alia Bastamam di samping solekan wajahnya mendapat sentuhan dari jurusolek terkenal Khir Khalid.
Untuk rekod, Festival Filem Venice merupakan festival filem yang tertua di dunia selain Festival Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin di mana pengajuran acara ini bertujuan bagi merai karyawan-karyawan filem serta menayangkan tayangan utama filem yang menjadi tumpuan dunia.
Menerusi perkongsian di Instagram, Scha tampil berkongsi beberapa kepingan foto penampilannya ketika menghadiri upacara Festival Filem Antarabangsa Venice Ke-80 daserta pertunjukan fesyen jenama, Giorgio Armani, di sana.
Dikhabarkan menghadiri festival filem Venice untuk filem Poor Things lakonan Emma Stone dan Mark Ruffalo, Scha turut mengenakan solekan bersama gincu berwarna merah sekali gus menaikkan lagi kejelitaan seri wajah ibu kepada dua orang cahaya mata di upacara itu.
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini juga tampil jelita ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama terkemuka, Giorgio Armani bersama suaminya, Awal Ashaari dan sempat merakam momen-momen mereka menerusi IG story.
Scha yang anggun menyarung persalinan berona kelabu yang dipercayai dari jenama Giorgino Armani itu turut mencuri tumpuan lensa media, sementara Awal pula dilihat lebih selesa menyarung persalinan all-black.
Bukan itu sahaja, pasangan itu juga sempat meraka foto mereka bersama beberapa selebriti antarabangsa seperti India Amarteifio yang terkenal menerusi drama bersiri Queen Charlotte dan Yoyo Cao. Fuh memang best jadi Scha Al Yahya ni kan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Marsha Milan bukan suatu yang asing lagi dalam dunia nyanyian. Mungkin ramai yang sudah tahu Marsha Milan lahir di Michigan, Amerika Syarikat dan membesar di Sabah.
Kemenangan pertama wanita cantik ini di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) telah membuka mata pencinta seni suara tanah air dan ramai yang mengagumi bakatnya.
Foto: Instagram @marshamilans
Pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini memenangi kategori Persembahan Terbaik dan Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik). Tahniah! buat ketiga-tiga anak seni ini.
Marsha Milan lahir di Berrien Spring, Michigan dan berketurunan Kadazan-Dusun. Wanita ini pernah meraih tempat keempat dalam pertandingan realiti Akademi Fantasia Musim 3 bukan sahaja berbakat dalam dunia nyanyian malah hebat dalam dunia lakonan.
Foto: Instagram @marshamilans
Penangan karakter Nurul Huda dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa benar-benar melekat di minda peminat drama Melayu tempatan. Masih terbayang watak wanita bertudung labuh tapi berniat jahat merampas suami orang (lakonan Uqasha Senrose dan Shukri Yahya) yang dijayakan oleh Marsha dengan begitu berkesan.
Selain itu, wanita yang berusia 36 tahun ini juga berbakat dalam dunia pengacaraan dan sering menjadi pilihan produksi sebagai pengacara sesebuah program. Antara program televisyen yang mendapatkan perkhidmatan Marsha Milan sebagai pengacara adalah progam televisyen Pesona Pengantin dan Teroka Lokal.
Foto: Instagram @marshamilans
Kini Marsha semakin bahagia bersama suaminya seorang usahawan yang berasal dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2015.
Ramai yang cemburu melihat kulit wajah Marsha yang cantik. “Saya jarang mengalami kulit break-out. Sejak berusia 30-an ini kulit saya menjadi kering. Mungkin sebab iti jerawat susah nak tumbuh.
Foto: Instagram @marshamilans
Tapi bila kulit wajah saya terlalu kering, saya perlukan produk yang boleh membantu melembapkan kulit – Super extra moist,” kata wanita yang lahir pada 6 Disember 1985 ini.
Foto: Instagram @marshamilans
Wanita ini rupanya ada 10 formula kekal cantik dan cergas;
1) Yoga – sekerap mungkin minimum 2 kali seminggu di rumah, dalam 1 jam sekali.
2) Setiap bulan facial atau sekali dua bulan.
3) Kurang minum manis.
4) Lebihkan sayuran.
5) Air putih minum 1 liter setiap hari.
6) Suplemen
7) Kenali kulit agar tahu guna produk penjagaan yang sesuai.
8) Wajib pakai pelindung tabir suria setiap kali keluar rumah.
9) Kurang makan makanan segera banyakkan makanan sihat.
10) Tidur cukup.
Seronok tengok bisnes yang diusahakan Muabellaz! Apa saja produk yang dijual pasti laris di pasaran. Siapa sangka Muabellaz atau mesra disapa Bellaz yang selama ini sinonim dengan dunia kecantikan dan kosmetik mampu meraih pulangan lumayan dalam bisnes makanan pula. Luar biasa penangan usahawan Kedah ini.
Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini menerusi media sosial miliknya melahirkan rasa syukur dengan sambutan penjualan kuih karipap dan aneka hidangan pencuci mulut yang diterima daripada peminat ketika menyertai Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru baru-baru ini.
Sepanjang dua hari penganjuran acara tersebut sejak 10 hingga 12 November, peminat sanggup beratur panjang setiap hari demi untuk merasai air tangan ibu empat anak tersebut. Selain mendapatkan produk kecantikan Bellaz Beauty.
Dalam festival jualan makanan tersebut, Bellaz menjual kuih karipap air tangannya dan suami iaitu Karipap Cinta, Wara Dadih Lemak, Premium Cheesekut Eica dan banyak lagi.
Kagum dengan semangat suami isteri ini yang rajin berniaga dan membuat kuih sendiri!
Daripada perkongsian video pengasas Bellaz Beauty ini, kelihatan suami tercinta iaitu Anuar Ahmad yang sedang asyik membuat karipap. Kemas saja pembuatan karipap mereka.
“Bellaz nak habaq siapa yang dah beli Karipap Cinta Bellaz. Jangan makan waktu panas takut melecup mulut eh tunggu dia betul-betul sejuk lepas tu hampa tokak pergh nikmat crunchy dia tu memang padu dan nak goreng api jangan kuat tau.
Karipap ni sedap dimakan dihidangkan dengan air kopi O atau teh panas. Resipi ibu mentua Bellaz. Alhamdulilah permintaan terlalu tinggi.”
Terbaharu, Bellaz dan suami akan mengeluarkan satu lagi produk kuih air tangan mereka iaitu Cucur Badak.
“Coq Badak sayang Mat Nuart ni. Kulit di luar rangup dalam lembut. Inti berasa manis manis secukup rasa. Menu terbaru ye. Lepas ni walaupun limit tetap dapat dua bekas insyaAllah.
Karipap Cinta dengan Coq Badak sayang. Macam biasa inti bini buat, kulit rangup lembut Mat Nuart buat.”