Tak Payah Pening Kepala Cari Keperluan Si Comel, Semuanya Ada Di Sini!

Tidak kira yang sudah bergelar ibu mahupun bakal bergelar ibu tidak lama lagi, ini ada berita baik untuk anda! Selain mencari pusat perubatan terbaik, produk penjagaan diri dan bayi selepas bersalin, servis berpantang dan macam-macam keperluan lain… barang kelengkapan si comel pun wajib ada dalam senarai kaum ibu.

Mulai esok hingga 4 Ogos ini, bakal berlangsungnya Pa&Ma Baby Fiesta 2019… ekspo yang paling dinanti-nantikan seluruh kaum ibu. Mana tidaknya, bukan sahaja menawarkan pelbagai rangkaian produk bayi from head to toe bahkan tawaran harga juga berpatutan! Katakan saja apa yang anda dan suami mahu dan semuanya ada di bawah satu bumbung.

Lebih menarik, buat julung kalinya NU Ideaktiv Sdn Bhd melalui jenama Pa&Ma akan melancarkan ‘Moms to be’ program keahlian semua dalam satu untuk ibu dan bakal ibu. Pastikan anda tidak ketinggalan menyertai program eksklusif ini yang akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Ogos 2019 mulai pukul 11 pagi di Shah Alam Convention Centre SACC.

Majlis Pelancaran ‘Moms to be’ merupakan acara kemuncak Pa&Ma Baby Fiesta 2019, ekspo bayi pertama anjuran NU Ideaktiv. Anda yang berminat untuk turut serta dalam program ini boleh menghubungi 013-3770752 (Huda) atau emel marketing@ideaktiv.com.

IKLAN
Share