Tidak kira yang sudah bergelar ibu mahupun bakal bergelar ibu tidak lama lagi, ini ada berita baik untuk anda! Selain mencari pusat perubatan terbaik, produk penjagaan diri dan bayi selepas bersalin, servis berpantang dan macam-macam keperluan lain… barang kelengkapan si comel pun wajib ada dalam senarai kaum ibu.
Mulai esok hingga 4 Ogos ini, bakal berlangsungnya Pa&Ma Baby Fiesta 2019… ekspo yang paling dinanti-nantikan seluruh kaum ibu. Mana tidaknya, bukan sahaja menawarkan pelbagai rangkaian produk bayi from head to toe bahkan tawaran harga juga berpatutan! Katakan saja apa yang anda dan suami mahu dan semuanya ada di bawah satu bumbung.
Ads
Ads
Lebih menarik, buat julung kalinya NU Ideaktiv Sdn Bhd melalui jenama Pa&Ma akan melancarkan ‘Moms to be’ program keahlian semua dalam satu untuk ibu dan bakal ibu. Pastikan anda tidak ketinggalan menyertai program eksklusif ini yang akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Ogos 2019 mulai pukul 11 pagi di Shah Alam Convention Centre SACC.
Ads
Majlis Pelancaran ‘Moms to be’ merupakan acara kemuncak Pa&Ma Baby Fiesta 2019, ekspo bayi pertama anjuran NU Ideaktiv. Anda yang berminat untuk turut serta dalam program ini boleh menghubungi 013-3770752 (Huda) atau emel marketing@ideaktiv.com.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebentar tadi kita mendengar suara Khairy Jamaluddin berkumandang di stestes radio Hot FM. Yang pasti ramai teruja mendengar suara KJ di corong radio bukan? Umum tahu, Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bagi mengendalikan segmen Bekpes Hot bermula hari ini.
Menerusi sumber OhBulan! KJ bersyukur kerana pertama kali kerjasama dengan Johan dan AG berjalan dengan lancar. “Chemistry dengan AG dan Johan ada tapi mungkin akan lebih lancar pada minggu akan datang. Kita masih mencari rentak dan chemistry yang terbaik. Pengalaman saya hari ini alhamdulillah memang bersahaja dan ada persefahaman yang baik.”
Bagaimanapun, kata KJ, disebabkan dia masih mempunyai tuntutan kerja yang lain, dia hanya akan ‘on air’ pada hari Isnin sahaja.
“Saya tak datang buat setiap hari. Seminggu sekali pada hari Isnin jam 8 hingga 9 pagi, di mana saya akan bagi kupasan mengenai isu semasa termasuk politik dalam minggu tersebut. Breakfast show kita nak jadikan sebagai satu show yang menyampaikan maklumat yang berfaedah.”
Jelas KJ lagi, antara sebab kenapa beliau bersetuju adalah beliau masih lagi mempunyai cita-cita dan perancangan dalam bidang politik malah beliau tidak mahu dirinya dilupakan begitu saja. Maka tawaran HOT FM ini merupakan salah satu strateginya untuk kekal diingati dan terus membawa misi politiknya, iaitu terus membantu rakyat.
Ditanya persiapan yang dilakukan, KJ, 47, berkata dia hanya mendengar radio kerana baginya platform itu terbaik untuk memperoleh maklumat dan info tepat.
“Persiapan saya nak jadi penyampai radio dengan mantapkan suara. Saya banyak dengar radio saja sebab radio ini satu medium yang saya rasa masih lagi penting. Ada yang kata radio ini tak penting lagi tapi bagi saya radio ini penting sebab radio ini sebenarnya kita dapat pendengar yang captive, maksudnya dia tak boleh nak pergi mana.
Tak ada perbezaan sangat sebab orang politik pun bercakap. Jadi sekarang ini, saya tengan mencari pengalaman menjadi ahli politik untuk membawa isu-isu yang agak berat tapi dengan cara lebih muda difahami.
Saya terbuka dan sudah terbiasa dengan ujian dan kecaman. Sudah pasti, sebagai penyampai radio akan ada cakap saya bagus dan sebaliknya. Dari masa ke semasa, saya akan perbaiki,” akhiri KJ.
Meninjau ruangan komen pula, didapati ramai warga maya teruja mendengar celoteh KJ dan memuji beliau.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan sememangnya momen yang sangat mengujakan bagi semua wanita. Lebih-lebih lagi bila pertama kali merasai kurniaan tersebut. Kalau boleh, tiap hari nak catat perkembangan bayi dalam perut.
Dalam keghairahan menyambut ‘orang baru’, jangan abaikan kesihatan diri. Sebab waktu mengandung inilah ramai wanita yang mengalami pelbagai masalah kesihatan. Bengkak kaki, kejang urat, pening kepala, kurang darah dan bermacam-macam lagi. Salah satu gejala yang sering dijangkiti ibu hamil adalah kencing kotor.
Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
Sumber:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Lazimnya, kencing kotor boleh dirawat dengan pengambilan air barli, kelapa dan jus kranberi. Ada kajian yang menunjukkan khasiat yang terkandung dalam buah kranberi boleh mencegah L.Coli daripada sel-sel di sekitar dinding saluran kencing dan jangkitan. Buah ini juga sangat baik dinikmati wanita hamil kerana vitamin C yang tinggi di dalamnya. Selain itu, pastikan minum air putih secukupnya untuk mengelak jangkitan kencing kotor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik usia perkahwinan penyanyi bersuara lunak, Haziq Rosebi dan isteri tercinta iaitu Maisarah Mohd Sidki sudah pun menjangkau sedekad! Tanggal 11 September lepas genap 10 tahun pelantun lagu Lemak Manis berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-10, pemilik nama Hazwan Haziq Rosebi meluahkan rasa syukur dan titip ucapan buat suri hati kesayangan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Haziq memuat naik foto di samping Maisarah.
Ujarnya dalam nada berseloroh, “10 years of together gether. Still can’t believe I get to annoy you forever.”
Jelas terserlah sense of humor penyanyi berusia 37 tahun ini. 10 tahun nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya pasangan suami isteri ini sudah melalui pelbagai kisah suka duka sepanjang melayari bahtera perkahwinan.
Sekaligus menjadikan mereka lebih matang menempuh alam rumah tangga.
Haziq Rosebi dan Maisarah sah bergelar suami isteri pada 11 September 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Yusuf Zidane yang kini berumur sembilan tahun dan Naa’il Zidane, enam tahun.
Haziq memulakan karier dalam industri seni selepas menjadi peserta program realiti popular Akademi Fantasia musim keempat.
Kemampuannya mendendangkan kembali lagu genre klasik ‘Lemak Manis’ nyanyian asal Roslan Madun membawa tuah kepada Haziq seterusnya melonjakkan populariti Haziq.
Malah, dia juga cukup sinonim dengan nyanyian asli dan bertemakan irama Malaysia sehingga kini. Di samping menerima banyak undangan persembahan sama ada di majlis perkahwinan mahupun program hiburan melibatkan tetamu kenamaan termasuk VVIP.
Atas karier seni yang kian meningkat naik, Haziq Rosebi menerima Anugerah Ikon Seni Pengkalan Batu pada tahun ini.
Selain itu, dia juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2023. Antara rakan artis yang turut menggenggam ijazah bersamanya termasuklah Raja Mukhriz, Tomok dan Pekin.
Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin menyambut ulang tahun kelahiran ke-62 dengan ucapan penuh kasih daripada anak kesayangannya, Dr Ruhila. Titipan menyentuh hati itu mengundang perhatian ramai dan mencerminkan hubungan erat antara ibu dan anak.