Ads

Awal Muharam 1448H: Masa Terbaik Perbaharui Azam & Tingkatkan Ketakwaan

Awal Muharram 1448H
Awal Muharram 1448H

Awal Muharam 1448H menjadi detik istimewa buat umat Islam di seluruh dunia untuk memperbaharui azam dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Kehadiran tahun baharu Hijrah bukan sekadar pertukaran tarikh dalam kalendar Islam, tetapi peluang terbaik untuk melakukan muhasabah diri, memperbaiki kelemahan dan memulakan lembaran baharu yang lebih baik dari sebelumnya.

Semangat Maal Hijrah mengingatkan kita kepada penghijrahan Rasulullah SAW yang penuh pengorbanan demi menegakkan syiar Islam. Justeru, setiap daripada kita juga diseru untuk melakukan penghijrahan dalam kehidupan seharian, sama ada daripada perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik, atau daripada amalan yang baik kepada amalan yang lebih sempurna.

Bagi mereka yang belum mendirikan solat, inilah masa terbaik untuk memasang tekad memulakan solat. Bagi yang sudah bersolat tetapi masih belum konsisten lima waktu, jadikan tahun ini sebagai titik perubahan untuk melengkapkan kewajipan tersebut. Manakala bagi yang telah menjaga solat lima waktu, tingkatkan pula kualiti ibadah dengan lebih khusyuk dan penuh penghayatan.

Hakikatnya, seorang Muslim sentiasa berusaha menjadikan kehidupannya lebih baik dari hari semalam. Hari ini perlu lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini, dan hari-hari yang mendatang lebih baik daripada sebelumnya.

Semakin dekat hubungan seseorang dengan Allah SWT, semakin tenang jiwanya dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Ketenangan yang dicari bukan datang daripada kemewahan atau kedudukan, tetapi daripada hati yang sentiasa mengingati dan bergantung harap kepada-Nya.

Amalan Sunat Sempena Awal Muharam 1448H

Bersempena ketibaan Maal Hijrah 1448H, umat Islam digalakkan membaca Doa Akhir Tahun sebanyak tiga kali pada penghujung waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah.

Amalan ini dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun lalu, di samping memohon keampunan atas segala kekurangan dan dosa yang telah dilakukan.

Membaca Doa Akhir Tahun

Awal Muharam 1448H: Masa Terbaik Perbaharui Azam & Tingkatkan Ketakwaan
Awal Muharram 1448H

“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Ads

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

Ads

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.”

Membaca Doa Awal Tahun

Selepas masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharam pula, disunatkan membaca Doa Awal Tahun sebanyak tiga kali sebagai harapan agar tahun baharu dipenuhi keberkatan, rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.

Awal Muharam 1448H: Masa Terbaik Perbaharui Azam & Tingkatkan Ketakwaan
Awal Muharram 1448H

“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”

Ads

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

Jelas Ibni Abbas, siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharram, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Semoga kedatangan Awal Muharam 1448H menjadi permulaan baharu yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT, memperbaiki amalan dan mengisi kehidupan dengan keberkatan yang berpanjangan.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H. Hijrah menuju kebaikan bermula dengan satu langkah kecil yang dilakukan secara istiqamah.

Sumber: HafizAmri

Artikel berkaitan:

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Wahid Senario Bahagia Di Sisi Isteri & 3 Anak Lelaki

Rumah Tangga Bahagia Wahid Senario, Usia Perkahwinan Cecah 24 Tahun &...

Meniti usia 51 tahun Wahid Senario kini menikmati kehidupan bahagia di samping isteri tercinta dan anak-anak tersayang. Sepanjang bergelar anak seni, pelawak ini jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum. Namun sedar akan kewujudan media sosial hari ini dia akur kehidupan ahli keluarganya turut menjadi perhatian khalayak.