Selepas karier penyampai radio atau DJ melonjakkan nama Linda, selebriti ini pernah mengasah potensi diri dengan mencuba bakat sebagai pengacara dan pelakon. Tidak cukup dengan kerjaya dalam  bidang seni, Linda Onn mengorak langkah lebih berani dengan menceburi dunia perniagaan pula.

Mula mengusahakan restoran My Mom’s Chicken Rice, Linda menambah portfolio kerjayanya hari ini sebagai pengusaha minyak wangi. Hebat!

IKLAN

Sekitar tahun 2018 Linda mendedahkan kejayaan sebagai penerbit drama TV. Difahamkan syarikat yang diusahakan Linda berjaya dipilih untuk menerbitkan telemovie di sebuah stesen televisyen berjudul Kopi Susu Cik Janda.

Ketika diberi peluang menerbitkan telemovie tersebut, Linda baru sahaja 9 bulan menimang cahaya mata. Walau tidak menang tangan menguruskan keluarga, bisnes, kerjaya sebagai DJ dan tanggungjawab sebagai ibu, Linda optimis mengejar cita-cita.

Kalau jiwa tak kental dan tak bijak bab pengurusan masa, pasti semua yang diimpikan Linda tak mampu jadi kenyataan macam sekarang.

Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi! Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi! Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi!

Berpengalaman lebih 20 tahun sebagai DJ, Linda atau nama penuhnya Rozlindah Onn meninggalkan kerjaya berkenaan di Kool FM pada Ogos 2020. Dia sebelum ini pernah berkhidmat di Era FM, Sinar FM dan Suria FM.

Mengakui minat sebagai DJ tetap tersemat kemas dalam diri, Linda bagaimana pun kini tampil bersama rakan sejawatannya iaitu Halim Othman dan Kudsia Kahar dalam program Tiga Talk.

Berkongsi minatnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Linda menerusi media sosial mendedahkan dia mula berjinak-jinak mendalami pembuatan minyak wangi.

Siapa sangka bermula dengan hobi dan niat mengisi masa terluang waktu PKP telah membuka peluang kepada usahawan berusia 44 tahun ini untuk menceburi bisnes minyak wangi berasaskan kayu gaharu atau lebih dikenali sebagai Oud.

Kongsi Linda, “Inilah hobi Linda yang selama ni Linda tak pernah share kepada umum iaitu buat minyak wangi. Perfume Linda ni, oud adalah bahan yang wajib ada. Minyak oud asli ni sangat mahal. Beribu RM harga dia. Linda rasa puas bila Linda dapat buat sendiri dan hasilkan bau yang Linda suka… bau mahal.”

Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi! Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi! Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi!

Kerap memuat naik video ketika tekun menghasilkan aroma minyak wangi ilham sendiri, Linda nekad menjual minyak wangi buatannya selepas mendapat permintaan tinggi daripada peminat. Lebih istimewa, pembuatan minyak wangi keluaran Linda di bawah jenama Anaricca ini adalah 100 peratus resipinya sendiri dan homemade.

IKLAN

Tidak menunggu lama, Linda sudah mempunyai dropship dan agent untuk penjualan minyak wangi Anaricca.

“Alhamdulillah agent banyak order dan top up perfume. Dari hari ke hari, agent pun makin bertambah dan agresif. Linda nak ulang lagi ya. Yang perfume oud Linda ni bukan dari kilang, bukan import dari Arab ke apa ke. Tapi asli Linda yang cipta sendiri. Omputeh kata from scratch.

Pati oud asli Linda beli di sebuah kilang oud Malaysia dan untuk Trat Oud, dari Thai-Cambodia, Linda beli dari pemilik ladang gaharu tu sendiri. Yang import cuma wangian lain macam jasmine, cedarwood, rosemary… kebanyakan dari France.

InshaAllah jangan risau tentang keaslian pati oud dalam OUD Dominus dan OUD Magnum. Bukan oud sintetik. Kalau oud sintetik, confirm boleh bagi murah.”

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi! Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi! Kerjaya DJ Lonjak Nama LINDA ONN, Kini Bergelar Pemilik Restoran & Pengusaha Minyak Wangi!

Linda mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Johor iaitu Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ungku Zara dan berusia tiga tahun.

Syabas buat Linda kerana berjaya menyerlahkan kemampuan sebenar wanita kepada khalayak. Moga kejayaan Linda menjadi suntikan semangat buat kaum wanita lain untuk sama-sama melakar impian.

 

Kredit foto: Instagram Linda Onn

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI