
Bersandarkan prestasi cemerlang dan populariti Emma Raducanu, tidak hairanlah ratu tenis nombor 1 Britain ini mendapat perhatian label ternama dunia, Uniqlo! Dia yang pernah mencipta sensasi menjadi pemain tenis termuda menang gelaran Grand Slam selepas menjuarai Terbuka US 2021 disunting menjadi Duta Jenama Global terbaharu Uniqlo baru-baru ini.
Emma Raducanu Duta Jenama Global Uniqlo

View this post on Instagram
Pelantikan Emma itu diumumkan di platform media sosial rasmi Uniqlo Ambassadors pada 24 Februari lepas. Atlet ini akan memperjuangkan falsafah LifeWear Uniqlo yang komited mengejar kecemerlangan, memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dan memperkasakan generasi akan datang.
Bintang sukan kebanggaan Britain ini tidak hanya mempunyai rupa paras cantik malah seorang yang mesra dan sering menguntum senyuman. Bahkan, setiap kali Emma Raducanu beraksi di gelanggang, penampilannya raih perhatian penonton.
Pada 14 Jun lepas, Emma melangkah ke final WTA 500 HSBC Championships Queen’s Cup namun tewas kepada pemain Croatia, Donna Vekic.

Menelusuri kehidupan Emma Raducanu, namanya menjadi bualan peminat sukan tenis apabila bergelar Juara Kejohanan Tenis US Open 2021 pada usia 18 tahun.
Hasil kemenangan US Open tersebut, dia membawa pulang wang kemenangan bernilai USD2.5 juta atau kira-kira RM10.2 juta.
Rentetan kejayaan luar biasa pada usia muda, dia menjadi pemain tenis wanita termuda menggantikan rekod Maria Sharapova yang memegang gelaran itu pada tahun 2015.
Bukan itu saja, Emma Raducanu turut menerima pingat Member of the British Empire (MBE) daripada Raja Charles lll pada November 2022.

Bagaimana pun, dia berdepan saat sukar apabila mengalami kecederaan di bahagia kedua-dua pergelangan tangan dan buku lali kiri hingga terpaksa menjalani pembedahan. Rentetan itu, kedudukan ranking Emma turut terjejas.
Kehidupan Emma Raducanu
Tidak sekadar bergelar atlet berjaya, wanita berusia 23 tahun ini juga seorang pelajar pintar. Pada April 2021 dia menamatkan pengajian di Newstead Wood School dan meraih keputusan cemerlang di peringkat A Levels.
Emma Raducanu dilahirkan pada 13 November 2002 di Toronto, Canada. Memetik laporan Express UK, bapanya iaitu Ian Raducanu berasal dari Bucharest, Romania.

Sementara ibunya, Meizhai Dong atau dikenali sebagai Renee ialah wanita keturunan Shenyang, China. Kedua-dua ibu bapa Emma bekerja dalam bidang kewangan. Dia juga merupakan anak tunggal kepada pasangan tersebut.
Portal Tatler mendedahkan sejak kecil Emma sudah menunjukkan minat dalam pelbagai bidang sukan termasuklah menunggang kuda, berenang, luncur ski, go-kart, motor cross dan ping pong.

Tidak cukup itu, Emma juga pernah mengikuti kelas tarian balet. Bagaimana pun minat Emma dalam sukan tenis mula bercambah selepas ibu bapanya memperkenal sukan tersebut seawal umur Emma lima tahun.
Pada 22 Oktober 2021, jenama fesyen mewah Dior mengumumkan Emma Raducanu sebagai duta mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





