Tak Percaya Dah Anak 6, Datin Jaja Che Wan Cantik & Ramping Akui Patuh Amalan Berpantang!

Datin Jaja Che Wan memang seorang wanita yang cantik! Bayangkan, walau sudah pun mempunyai enam anak yang jarak usia rapat tapi ibu jelita ini masih mampu mengekalkan bentuk tubuh ideal. Pendek kata, persis anak dara! Tidak hairanlah ramai wanita menjadikan Datin Jaja sebagai inspirasi.

Berusia 42 tahun, adik kepada selebriti Rozita Che Wan ini sangat menitikberatkan soal penampilan dan penjagaan diri. Tidak hairanlah dia sering kelihatan cantik bergaya dan membuatkan orang ramai ingin menolehnya berkali-kali.

Tidak lokek berkongsi petua kecantikan, pemilik nama Rohaiza Che Wan ini memberitahu Nona dia patuh mengikuti amalan berpantang selepas bersalin seperti yang disarankan ibunda tersayang.

Kredit Instagram @jcw_81
Kredit Instagram @jcw_81
Kredit Instagram @jcw_81
Kredit Instagram @jcw_81

“Sebenarnya saya tidak mempunyai rahsia kecantikan yang khusus. Namun, apa yang boleh saya kongsi adalah amalan ketika berpantang selepas melahirkan anak. Saya jenis seorang yang kuat berpantang selepas melahirkan anak.

Lebih-lebih lagi apabila jarak umur anak-anak saya sangat rapat. Oleh itu penjagaan amalan berpantang sangat penting.

Kredit Instagram @rozitachewan1
Kredit Instagram @rozitachewan1

Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang-larang yang mak ajar ketika berpantang. Pemakanan sangat penting ketika berpantang, saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam.

Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab saya menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun. Mungkin menyusukan anak ini merupakan ‘perancang keluarga’ saya sementelah saya tidak mengamalkan apa-apa jenis perancang keluarga.”

Kredit Instagram @jcw_81
Kredit Instagram @jcw_81
Kredit Instagram @jcw_81
Kredit Instagram @jcw_81
Kredit Instagram @jcw_81

Tahun ini Datin Jaja bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14. Berkahwin dengan Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, Muhammad Fareez Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal dan Muhammad Al Fateh.

IKLAN
Share