Menghasilkan pencuci muka di rumah merupakan satu alternatif terbaik untuk anda tampil cantik tanpa perlu bimbang dengan kesan sampingannya. Ini kerana pencuci muka adalah elemen penting dalam rutin penjagaan kecantikan.
Sedia maklum, kulit terdiri daripada jenis normal/kombinasi, kering, sensitif dan berminyak. Ramai yang tak tahu jenis kulit sehingga keliru nak pilih pencuci muka yang mana satu sesuai. Akibatnya, kulit bermasalah dan akan tumbuhnya jerawat.
Berikut beberapa jenis pencuci muka yang boleh anda hasilkan sendiri di rumah mengikut jenis kulit. Lebih mudah, murah, selamat serta efektif.
KULIT KERING
Campurkan 2 sudu besar susu segar bersama 1 sudu besar madu. Lumurkan pada kulit muka sambil diurut-urut lembut selama dua minit. Kemudian cuci muka sehingga bersih dengan air sejuk.
Manfaat: Madu sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kerana mampu membuang sel kulit mati. Madu juga pelembap semula jadi yang membantu menjadikan kulit muka lebih lembut dan halus.
Ads
KULIT NORMAL/KOMBINASI
Campurkan 2 sudu besar pati tomato, 1 sudu besar susu segar dan 1 sudu besar jus lemon. Lumurkan pada kulit muka kemudian bilas selama 10 minit.
Ads
Manfaat: Susu segar merupakan pencuci muka terbaik. Sementara likopen yang terkandung dalam tomato berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sel kulit daripada rosak akibat radikel bebas. Bukan saja membersih malah campuran tomato, susu segar dan lemon memberi menjadikan kulit lembap secara natural.
Simpan campuran ini ke dalam peti sejuk jika masih berbaki.
KULIT BERMINYAK/SENSITIF
Ads
Campurkan madu dan lemon secukupnya lalu dilumurkan pada kulit muka menggunakan kapas. Biarkan mengering kemudian cuci muka dengan air bersih.
Manfaat: Cara ini menjadikan pH kulit lebih seimbang dan mengurangkan kadar minyak pada kulit muka. Madu melembapkan kulit. Campuran mdau dan lemon turut mengecilkan pori-pori.
KULIT NORMAL
Campurkan 2 sudu besar yogurt dan pisang yang telah ditumbuk. Lumurkan pada kulit muka dan biarkan mengering. Kemudian basuh muka dengan air suam.
Manfaat: Campuran ini membantu memelihara kulit, mengencangkan pori-pori dan mengurangkan noda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan saja wajah cantik Ratu Suthida jadi perhatian bahkan beg tangan yang dijinjit juga menarik tumpuan rakyat dunia.
Membawa budaya dan kemegahan pakaian rasmi Thailand ke persada dunia, penampilan Permaisuri Thailand ketika menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles lll memang memikat pandangan.
Ceria di samping suami, Raja dan Permaisuri Thailand ini berada di Westminster Abbey, London pada 4 hingga 7 Mei lalu bagi menyaksikan istiadat penuh gilang-gemilang Britain.
Seperti kebanyakan ratu dan permaisuri pelbagai negara, kelibat Ratu Suthida tidak terkecuali menjadi tumpuan lensa.
Lebih-lebih lagi apabila first lady negara Gajah Putih itu dilihat hanya membawa satu beg tangan kecil berwarna hitam dan menarik serta bukan berjenama mewah antarabangsa.
Berdasarkan laporan The Straits Times, Ratu Suthida membawa beg anyaman buatan tangan diperbuat daripada tumbuhan menjalar dikenali sebagai beg tangan Yan Lipao.
Lipao adalah pokok paku-pakis menjalar yang lazimnya ditemukan di hutan hujan dan boleh didapati di wilayah Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.
Menariknya, ia material sesuai untuk dianyam sebagai beg kerana struktur yang kuat.
Beg Yan Lipao semakin popular di dunia selepas Ratu Suthida sering mempromosikannya bagi meningkatkan pendapatan penduduk di selatan Thailand.
Selain beg tangan itu, rupa paras menawan dan jelitanya juga menjadi tumpuan. Sering mengukir senyuman manis kepada khalayak, gaya klasik Ratu Suthida menyerlahkan sisi anggun penuh elegan dirinya.
Wanita dan tudung berpisah tiada. Apa sahaja berkenaan tudung pasti mendapat perhatian. Suami pula asyik menjeling setiap kali isteri membeli tudung. Tudung yang dah penuh dua almari masih dikatakan tak cukup tudung nak pakai dan tak boleh nak matchy-matchy dengan baju atau bersama suami dan anak-anak.
Kehidupan kita memang pelbagai, begitu juga dalam pemilihan tudung. Ada Muslimah yang selesa dengan tudung yang berjenama tidak kurang juga yang memilih tudung mengikut kemampuan ekonomi rumah tangga. namun, yang paling ketara dalam pemilihan tudung adalah jenis-jenis tudung mengikut keselesaan pemakai. Apakah jenis-jenis tudung yang popular dan menjadi pilihan Muslimah moden kini?
1.Tudung Bawal
Tudung bawal ini dahulu digelar kepada sehelai selendang daripada fabrik kain kasa. Berbentuk segi empat sama dan biasanya akan dipakai dalam bentuk segi tiga. Kini, tudung bawal kembali popular dan lebih dikenali sebagai tudung square tetapi tidak datang dalam fabrik kain kasa semata-mata. Terdapat banyak jenis material yang digunakan sekarang dan disuntik pula dengan motif yang menarik perhatian. Teknik memakai tudung square juga sudah pelbagai mengikut kreativiti masing-masing.
Kredit gambar: Waarna
Kredit tutorial: Ariani
2.Selendang Panjang
Muslimah yang memakai selendang panjang ini biasanya wanita yang kreatif dan sabar. Bak kata orang, campak sana campak sini dah siap. Jika dahulu cara pemakaian selendang panjang menggunakan banyak pin atau jarum peniti, namun perkembangan stail tudung yang lebih santai meminimumkan jumlah jarum dan pin yang digunakan. Sebenarnya pemakaian selendang panjang lebih mudah kerana boleh di bega mengikut bentuk muka masing-masing. Kekurangan wajah juga boleh disembunyikan dengan cara pemakaian selendang panjang yang betul. Orang kata pakai selendang panjang boleh nampak muda, betul ke?
Kredit gambar: aere
Kredit tutorial: Ariani
3.Tudung Instant
Tudung instant ini lahir apabila ramai wanita mengeluh kerana tidak pandai memintal selendang panjang. Melihat trend ketika itu yang rata-rata dipelopori gadis remaja membuat ramai yang ‘iri hati’ dan mahu bergaya dengan selendang panjang juga. Tidak dapat dipastikan siapakah yang mula-mula mereka tudung instant ini telah membuat hati wanita yang mahu memakai gaya selendang panjang berbunga-bunga. Tudung yang sudah siap berjahit dan hanya disarungkan ke muka dan dikemaskan mengikut keselesaan telah menjadi trend. Tetap bergaya namun cara pemakaian yang mudah telah memikat hati semua Muslimah moden.
Kredit gambar: Naelofar
Kredit tutorial: Ariani
4.Tudung Syria
Tudung jenis ini sudah agak sepi dalam gaya pemakaian tudung kini namun tetap mempunyai peminat yang tersendiri. Hanya sarungkan ke wajah dan sudah boleh keluar rumah. Gaya yang sangat ringkas dan kini hanya dipakai terutamanya oleh kanak-kanak. Tudung jenis juga mudah untuk dijaga dan boleh dicampakkan ke dalam mesin basuh.
Kredit gambar: Tudung People
5.Tudung awning
Gaya tudung ini telah menjadi fenomena hebat suatu ketika dahulu. Terdapat pelbagai corak dan tudung bertingkat-tingkat sangat in ketika itu. Tudung gaya ini lebih mudah digayakan kerana hanya perlu menyarung ke wajah. Gaya tudung awning yang keras secara beransur-ansur berubah menjadi lebih nipis dan selesa mengikut bentuk muka. Namun, apabila ramai wanita yang menitikberatkan gaya hidup sihat haya tudung syria telah kembali popular sebagai tudung untuk bersenam. Banyak juga jenama tudung yang telah mengeluarkan tudung untuk wanita bersenam termasuk jenama sukan antarabangsa, Nike!
Kredit gambar: Tudung Nur kasih
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Julia Farhana Marin selamat bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember lalu. Selebriti cantik ini memuat naik beberapa foto sekitar majlis pernikahan mereka di laman Instagram hari ini selepas seminggu bergelar pasangan suami isteri.
Menurutnya, majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dah hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja. Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Assalamualaikum everyone,
I would like to share I am officially a wife to @drchehafiz and these are unofficial photos of our solemnization day with both sides of the family but mostly just the two of us for this announcement. We would like to apologize to everyone for the late announcement, to friends, our media friends and everyone who were not aware of our wedding because we wanted a very private gathering with only family members. Our sincerest apologies.
My husband and I would like to humbly request for everyone’s kind doas as we embark on this journey as a married couple. Thank you everybody.
Nanti bila official photos are ready we will share ☺️
Ditanya detik perkenalan mereka, Julia berkata, dia mengenali bakal suaminya yang juga duda anak satu itu menerusi ibunya.
“Ibu sudah lama kenal dan memang berkenan menjadikannya sebagai menantu. Saya pula sebenarnya, belum merancang untuk menamatkan zaman solo kerana gembira dengan kehidupan yang sibuk berlakon dan menyambung pelajaran.
“Tetapi, setelah mengenalinya, dia sebenarnya okey, selain berbudi bahasa, baik hati, matang dan senang dibawa berbincang. Bagi saya, dia calon yang sesuai untuk dijadikan suami.
“Bukan mudah untuk mendapat pasangan yang benar-benar faham kesibukan saya. Apatah lagi, saya masih dalam fasa permulaan membina kerjaya. Tetapi, apabila mengenalinya, saya bersetuju dengan pilihan ibu,” katanya memetik Utusan.
Pasangan pengantin baharu juga dikatakan sedang berbulan madu di Indonesia sebaik sahaja selesai majlis akad nikah baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.