Sebelumnya, personaliti dan pengacara Televisyen ini tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal.

Tidak menggunakan cara ekstrem tetapi lebih senang memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya.

IKLAN

Diet Ekstrem Memenatkan, Selalunya GAGAL!

Tak Perlu ‘Stress’, Dayah Bakar Kongsi Cara Wanita ‘Hilangkan’ 20 KG Lemak Dengan Rejim Mudah Ini Tak Perlu ‘Stress’, Dayah Bakar Kongsi Cara Wanita ‘Hilangkan’ 20 KG Lemak Dengan Rejim Mudah Ini

“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.

“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku.

“Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang  malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.

Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.

Kurangkan ‘Sugar Intake’, Bersenam Dengan Piloxing

Tak Perlu ‘Stress’, Dayah Bakar Kongsi Cara Wanita ‘Hilangkan’ 20 KG Lemak Dengan Rejim Mudah Ini Tak Perlu ‘Stress’, Dayah Bakar Kongsi Cara Wanita ‘Hilangkan’ 20 KG Lemak Dengan Rejim Mudah Ini“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.

“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.

IKLAN

“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.

Tak Perlu ‘Stress’, Dayah Bakar Kongsi Cara Wanita ‘Hilangkan’ 20 KG Lemak Dengan Rejim Mudah Ini

“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.

IKLAN

“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise.

“Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI