Bila terikat dengan pelan diet, nak makan apa pun terbantut.
Selalunya begitulah persepsi yang timbul. Masuk bulan Ramadan, nafsu makan akan lebih teruji.
Lebih-lebih lagi bila ke bazar Ramadan ataupun menghadiri majlis berbuka puasa.
Ia pasti mendorong seseorang itu untuk makan lebih kerana ‘tewas’ dengan kelazatan menu yang terhidang di depan mata.
Baca 9 tip ringkas yang dikongsi oleh selebriti kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada nafsu makan semasa berbuka puasa.
“Chillex dan enjoy your “sekuih-dua”. Ingat, ia bukan soal kurus tapi untuk kehidupan yang lebih baik, sihat dan gembira.” -KEVIN ZAHRI
Ads
Berbuka Dengan Kurma
Kurma adalah sumber tenaga yang cepat (glukos) dan kompleks (serat) hebat.
Tapi INGAT, kurma tetap berkalori.
Protein dan Fiber
Mulakan hidangan pertama dengan pinggan yang ada sumber protein dan fiber yang mengenyangkan.
Kalori Dalam 700kcal
Tapi tak perlulah kira kalori ‘kaw-kaw‘. Chillex.
Ads
20 Minit Rules
Ia ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang. So take it easy, makan dan yakin rasa kenyang akan datang nanti.
Socialize Dengan “0 Kosong“
Apabila berbuka bersama rakan dan keluarga, cuba layan ‘social drinking‘ dengan air kosong atau air tidak berkalori.
Ads
Elak Berbuka Dengan Nafsu
Jangan dahulukan makanan yang menggembirakan (bergula ringkas).
Kenapa? Kerana ia tidak mengenyangkan.
Solat Maghrib
Tunaikan solat maghrib untuk berikan rehat dari fiesta makanan dan peluang untuk 20 minit Rule to kick in.
Jangan Sihat 100% ‘Don’t be a party pooper‘. Pastikan ada budget untuk kuih-muih “sikit” dan makanan yang menggembirakan anda.
Keep Calm dan Berbuka It’s totallyOK kalau sesi berbuka anda tidak sempurna dan “koyak“ once in a while. Kerana ia bukan soal kesempurnaan.
Selain terkenal dengan sejarah peradaban dan tempat tinggalan para penjajah zaman dahulukala, Melaka juga terkenal dengan masakannya yang pedas dan menyelerakan.
Salah satu juadah yang sering menjadi tarikan ketika melawat bandar bersejarah ini tidak lain tidak bukan tentulah hidangan Asam Pedas.
Resipi yang kami kongsikan kali ini memang asli sebab dihasilkan sendiri selebriti yang berdarah keturunan Melaka iaitu Asmidar.
Meniti usia 31 tahun, Asmidar yang merupakan bekas juara program nyanyian ‘Vokal Bukan Sekadar Rupa’ ini juga sering membantu bapanya berniaga makanan di Wangsa Maju.
Terima kasih Asmidar sebab sudi berkongsi resipi!
ASAM PEDAS MELAKA ASLI
Bahan-bahan:
4 ketul ikan parang
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering (dikisar)
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
3 batang serai (dititik)
1 sudu teh halba
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi
Terung
Air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak
Cara membuat:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili, belacan, kunyit dan lada hitam. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga kekuningan. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama serai. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
Apabila sudah garing, masukkan gula diikuti daun kesum dan bunga kantan. Kemudian, masukkan ikan. Kacau perlahan sebelum memasukkan air asam jawa mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Sesudah itu, masukkan bendi atau terung. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Biarkan ia mendidih sebelum dinikmati. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena Ramadan, tiga selebriti cantik ini iaitu Izara Aishah, Liyana Jasmay dan Azira Shafiza berkongsi juadah kegemaran mereka tiap kali tibanya bulan puasa. Jom, cuba resipi menyelerakan pilihan mereka bertiga.
IZARA AISHAH
Bagaimana perasaan dan persediaan anda, bakal menyambut Ramadan kali pertama?
Semestinya saya berasa sangat teruja dan gembira kerana tahun ini bakal menyambut Ramadan bersama suami, pertama kali menjadi isteri. Saya tidak sabar menanti detik itu. Kami merancang untuk berbuka puasa di luar kerana kelengkapan rumah belum lengkap sepenuhnya. Saya juga masih belajar banyak perkara termasuklah dalam soal memasak.
Tiga menu wajib kegemaran suami?
Menu wajib menjelang Ramadan, martabak cheese. Biasanya suami gemar menikmati hidangan air tangan ibunya dan juga saya. Antara lain menjadi kegemaran Nasi Tomato dan Nasi Daging.
LOMPAT TIKAM
Bahan-bahan A (bahagian bawah):
3 cawan air perahan daun pandan
½ sudu garam
1 cawan tepung beras
1 sudu makan air kapur
Pewarna hijau
Bahan-bahan B (bahagian atas):
4 cawan santan sederhana pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam atau secukup rasa
Bahan-bahan C (manisan):
3 keping gula nisan
2 helai daun pandan (disimpul)
2 cawan air
Cara Membuat:
Panaskan kuali, masukkan bancuhan air daun pandan, air kapur dan tepung beras. Masukkan garam dan sedikit pewarna hijau. Kacau selalu sehingga pekat dan berkilat. Tutup api lalu tuang ke loyang, sejukkan. Untuk lapisan atas, masukkan santan yang dibancuh dengan tepung beras ke dalam periuk. Masukkan garam, kacau sehingga berkilat. Tuang ke atas lapisan pertama tadi, ratakan dan sejukkan. Untuk manisan, panaskan air dalam periuk. Masukkan gula nisan dan daun pandan, masak sehingga gula nisan larut. Enak dihidangkan ketika sejuk.
LIYANA JASMAY
Empat hidangan kegemaran Liyana ketika di bulan Ramdan?
Setiap kali tibanya Ramadan, antara menu yang amat saya tunggu-tunggu disediakan oleh ibu antaranya termasuklah kari ikan, ayam masak kicap, ayam masak kurma dan kari daging.
Adakah anda memeasak sendiri juadah untuk berbuka puasa?
Sebagai isteri, saya menyediakan sendiri juadah bersahur dan berbuka untuk suami. Saya amat bertuah kerana suami seorang yang tidak cerewet soal makanan. Jadi, dia akan makan apa sahaja yang saya sediakan. Tetapi kami suami isteri amat mementingkan hidangan yang seimbang dan berkhasiat terutamanya di bulan Ramadan. Pemilihan hidangan yang tepat mampu membekalkan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Kami juga kurang makan nasi tetapi mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian.
KETUPAT DAUN PALAS
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
1 1/2 santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Gula secukup rasa
Cara membuat:
Kukus pulut hingga naik wap. Kacau sekali sekala. Sementara itu, masak santan dengan api yang perlahan. Masukkan simpulan daun pandan, garam dan secubit gula. Masak sehingga mendidih dan tutup api. Keluarkan pulut dari pengukus. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga pulut kelihatan kembang dan lembut. Kukus sehingga pulut masak. Bungkus ke dalam daun palas. Kemudian kukus lagi sehingga masak.
AZIRA SHAFINAZ
Boleh berkongsi empat makanan kegemaran apabila tibanya Ramadan?
Setiap kali tibanya Ramadan, Azira akan cari menu kegemaran antaranya termasuklah otak-otak, tepung pelita, popia basah dan tau foo fa. Hidangan ini menjadi kegemaran Azira dan ada di antaranya hanya mudah diperoleh apabila tibanya Ramadan seperti kuih tepung pelita.
Kenangan Ramadan yang tidak dapat Azira lupakan?
Setiap kali berpuasa, arwah nenek Azira akan menyediakan hidangan istimewa iaitu martabak daging. Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga menyambut Ramadan tanpa arwah yang meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sememangnya Ramadan tahun ini tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Kami sekeluarga pasti akan merindui keenakan martabak daging hasil air tangan nenek.
BINGKA UBI KAYU
Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu|disagat
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
1 cawan santan
Sedikit mentega
Beberapa titik pewarna kuning
Cara membuat:
Sagat ubi dan campur dengan air. Kemudian tapis, biarkan ubi seketika agar lebihan air dapat dibuang. Campurkan sagu bersama ubi. Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna. Tuang adunan santan. Sapukan loyang dengan mentega dan panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan masukan beberapa sudu mentega. Bakar selama satu jam di dalam ketuhar sehingga masak.
Untuk pelbagai hidangan berbuka, jangan lupa dapatkan Majalah NONA Mei 2018 di pasaran!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap hari tak cukup sempurna hidangan di meja tanpa ada side dishes yang ringkas tetapi mengenyangkan. Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan lauk yang ‘berat’, bolehlah pinjamkan sedikit waktu untuk menyediakan resipi yang senang dan berkhasiat.
Perkongsian daripada Puan Noor Atika Mahamood di laman Facebooknya cukup jelas. Bila buat sendiri, kita pandai-pandailah adjust rasa dan isi tauhu pun boleh dipenuhkan dengan seberapa banyak daging yang kita mahu. Jom kita mulakan!
TAUHU BEGEDIL DAGING TAK KEDEKUT
Bahan-bahan:
8 biji kentang bersaiz sederhana
20 biji tauhu pok
1 pokok daun sup
½ cawan bawang goreng segera
1 cawan daging kisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit garam
Sedikit lada sulah dan lada hitam (mengikut citarasa)
Cara membuat:
Tumis bawang besar sehingga naik bau kemudian masukkan daging kisar.
2.Tumis sehingga daging kisar masak atau empuk.
3. Lenyekkan kentang yang sudah digoreng.
4. Masukkan daging kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk lada sulah dan lada hitam. Gaul sehingga sekata.
5. Masukkan isi begedil yang sudah siap ke dalam tauhu. Tauhu digunting silang pada bahagian atas. Isikan dengan padat dan susun di atas pinggan.
Untuk menggoreng tauhu begedil, ini adalah bancuhan telur.
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu tepung jagung
Campurkan kesemua bahan dengan sebati.
Celup tauhu begedil di dalam campuran telur dan goreng.
Setelah siap digoreng, bolehlah dijamu ketika berbuka puasa nanti.
Tambah Puan Noor Atika Mahamood lagi, untuk lebih sedap bolehlah dimakan Bersama sambal kicap. Ini adalah resipinya:
Bahan-bahan sos/sambal kicap :
– Kicap manis
– 3 ulas bawang putih
– 5 biji cili padi (mengikut kepedasan cili masing-masing)
– 2 sudu gula melaka dicincang
– 1 sudu tepung jagung dibancuh sedikit air
– Sedikit garam
– Sedikit perahan jus lemon atau limau
– Bijan yang disangai sebagai hiasan
Kredit Info dan Gambar: Facebook Noor Atika Mahamood
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!