Masih terngiang lagi kata-kata Sari Yanti saat pertemuan kami dahulu, “Alhamdulillah saya ingatkan susah nak mengandung lagi setelah membuang tiub fallopian sebab tiub fallopian tinggal satu sahaja,” tutur selebriti cantik ini yang terpaksa membuang sebelah tiub fallopian akibat mengandung luar rahim ketika mengandungkan Dariya Inara dahulu.
IKLAN
Foto: Instagram @sariyanti
Namun, rezeki tak pernah salah alamat apabila Sari Yanti baharu saja mengumumkan bakal menimang cahaya mata lagi. Tahniah Sari Yanti dan suami, Jep Sepahtu atas anugerah ini. Ketika bertanya khabar pelakon yang pernah berlakon dalam filem aksi perlumbaan kereta Impak Maksima ini ternyata nada gembira terdengar melalui suaranya.
Foto: Instagram @sariyanti
Bercerita tentang kandungannya ini, “Bagi saya setiap kandungan itu berbeza. Of course, setiap kandungan adalah berbeza sebab kita pun semakin tua bukan semakin muda. Jadi, memanglah terasa agak penat tambahan pula saya memang jaga anak-anak sendiri tanpa pembantu.
Foto: Instagram @sariyanti
Saya memang agak sibuk lagi-lagi Khidir masih kecil lagi. Tapi, alhamdulillah masih sihat dan bertenaga buat kerja rumah dan tak adalah sampai terbaring tak boleh buat kerja rumah. Morning sickness tu, macam muntah-muntah tu biasalah.
Foto: Instagram @sariyanti
Cumanya sebab mungkin kali ini sibuk menguruskan anak-anak terutama Khidir sebab dia kecil lagi. Macam tak sempat nak rasa penat tu sebab sibuk sangat tau tau saja dah bertukar hari,” tutur isteri juruhebah terkenal ini.
IKLAN
Foto: Instagram @sariyanti
Menurut ibu kepada empat orang anak ini, kehidupannya kini lebih tertumpu kepada keluarga. “Bagi saya kehidupan saya tetap sama sebagai seorang suri rumahtangga dan menjaga keperluan suami dan anak-anak seperti masak dan kemas rumah. Saya memang jarang keluar rumah, beli barang dapur pun biasanya Jep yang akan beli.
Kalau ditanya apa perbezaan ketika PKP ini, bagi saya tiada perbezaan. Cuma yang dapat saya rasa bila tak dapat balik kampung kerana kalau bukan PKP setiap minggu saya akan balik kampung,” ujar Sari Yanti yang bahagia dengan kehidupannya kini.
Sempat mengusik wanita yang berusia 36 tahun ini mahu mengusahakan perniagaan makanan lantaran membuka order Sambel Jawa di media sosialnya. “Sebenarnya bukan nak berniaga pun saya suka-suka sahaja ketika itu buka tempahan Sambel Jawa tu. Tak ada niat pun nak buat betul-betul,” tutur Sari Yanti sambil tertawa.
Bukan 20an, 30an mahupun 40an tapi usia sebenar Puan Sri Shariffa Sabrina mencecah 59 tahun. Tapi kalau tengok kepada fizikal dan rupa paras, tidak langsung mencerminkan usia tersebut. Memang awet muda! Paling mengagumkan, stamina Puan Sri Sabrina pun tidak ubah seperti anak muda. Lasak dan aktif!
Ditemui ketika sesi fotografi bersama Nona kira-kira tiga tahun lalu, Puan Sri Sabrina yang merupakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) tetap ‘kaya’ dengan sikap ramah dan rendah diri. Peribadinya masih sama seperti kali pertama mengenali figura wanita hebat ini.
Juga disifatkan seorang yang lantang menyuarakan pendapat dan berjiwa besar, pertemuan kami ketika itu lebih berkisar tentang kecantikan dan gaya hidup sihat yang diamalkan ibu kepada lima orang anak berkenaan.
Terkejut dengar petua sihat dan ramping yang diamalkan beliau. Sebagai personaliti ternama dan langsing seperti anak dara, pasti ramai yang beranggapan ibu aktif ini sanggup berhabis wang untuk memiliki susuk tubuh menawan. Realitinya, terang pemilik nama Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil ini sejak umur 15 tahun lagi beliau sudah mula tidak makan nasi!
Gemar berkongsi kebaikan dengan masyarakat, Puan Sri Sabrina turut mendedahkan perwatakan sebenar beliau yang meminati aktiviti lasak dan mencintai senaman. “Dah lebih dua tahun saya buat exercise di Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam.
Setiap hari dari pukul 7.45 pagi kami akan berkumpul di sana dan lakukan senaman seperti Qi Gong. Memang ramai yang datang dan salah satu manfaat senaman ini ialah dapat kuruskan badan, melegakan lenguh badan dan macam-macam lagi.
Jujurnya saya tidak begitu menggemari zumba tapi saya suka menari. Boleh dikatakan semua jenis tarianlah. Paling saya suka, modern dance,” jelas pemilik Tanah Aina Cafe dan Tanah Aina Resort ini.
Jika kebanyakan wanita bersikap skeptikal bila diajukan soal berat badan, namun tidak bagi Puan Sri Sabrina. Enggan berselindung, dia lantas melontar bicara. “Berat saya sekarang 55 kg. Tinggi pula 5 kaki 5 inci. Zaman anak dara dulu berat badan cuma 50 kg je.”
Puan Sri Shariffa SabrinaDi samping suamiDi samping suamiAnak Puan Sri Shariffa SabrinaBersama cucu tersayang
“Puan Sri jenis tak kuat makan ke?” celah penulis. “Eh, saya suka makan. Cuma tak makan nasi itu je. Sebenarnya sejak umur 15 tahun sampailah sekarang saya dah tak makan
nasi. Saya gantikan nasi tu dengan pengambilan roti dan ubi… macam ubi keledek dan ubi kayu.
Memandangkan umur sekarang.. maknanya dah lebih 40 tahun saya tak makan nasi. Bagus kalau makan ubi ni sebab di Afrika contohnya, ia adalah negara di dunia yang paling kurang rakyatnya hidap kanser sebab mereka makan makanan dari sumber bawah tanah.”
Disebabkan kecintaannya terhadap dunia kecergasan dan sukan, Puan Sri Sabrina turut membuka pusat kecergasan Tanah Aina Fitness Centre di Shah Alam khas buat kaum wanita mengadakan aktiviti dan rutin senaman bersama-sama.
Kredit Foto: Instagram & Facebook Puan Sri Sabrina
Tabahnya hati wanita bernama Hasmawatie ini! Mana tidaknya, pada usia perkahwinan hampir mencecah 20 tahun dia diuji apabila ditakdirkan berpisah dengan bekas suami, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK).
Merasai peritnya sebuah perpisahan namun ibu seorang anak ini masih mampu mengukir senyuman dan cekal lalui liku hidup mendatang.
Benarlah orang kata, jiwa dan semangat orang perempuan ini sangat luar biasa. Meskipun luaran nampak tenang, hanya Allah tahu apa yang terpendam di sanubari mereka.
Jiwa kental Hasmawatie atau lebih dikenali sebagai Watie ini meraih perhatian ramai kebelakangan ini. Pada saat bekas suami menikmati bahagia rumah tangga dengan isteri baharu, Watie kekal positif menerima takdir Tuhan.
Yang pasti, Watie bukan calang-calang wanita. Dia seorang yang berpendidikan tinggi dan graduan MBA dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Orang tengah fikir saya ni suri rumah ke? Tidak… saya lulusan MBA, UPM. Sayalah bersama-sama vegarian yang bermula dari bawah dari company ada 5 orang sekarang menjadi 23 orang.
Saya merupakan bekas CEO Vega Hermosa yang dilucutkan jawatan tetapi saya masih lagi menjadi director dan pemilik bersama. Saya dalam proses tuntutan untuk semua perkara. Mohon doakan agar dipermudahkan urusan saya.”
Credit Facebook Atielia De SamsCredit Facebook Atielia De Sams
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya iaitu Atielia De Sams, Watie ada berkongsi momen ketika berada di perkarangan Mahkamah Syariah. Cukup positif Watie menempuh fasa baharu dalam hidupnya hari ini.
“Tarikh keramat 19 Ogos 2022 jam 9.30 pagi di Mahkamah Syariah Bangi. Alhamdulillah. Jujurnya saya tak mampu nak luahkan dengan kata-kata. Terasa selesai satu bebanan dan trauma menghadapi kemelut dan drama bertubi-tubi.
Takkan mampu untuk tahan dan dipertahankan lagi episod duka sejarah hitam dalam tempoh 1 tahun 4 bulan untuk kali ketiga.
Usia perkahwinan yang menginjak hampir 20 tahun dan perhubungan selama 22 tahun bukan satu jarak yang singkat. Lama. Sudah terlerai ikatan suci ini.
Siapa yang tidak ralat. Namun Allah SWT yang pegang hati kita. Biar yang tahu sahaja tahu kisah hitam saya. Yang penting saya tak mampu nak menoleh ke belakang lagi. Cukup berakhir sampai sini.”
Credit Facebook Atielia De SamsCredit Facebook Atielia De SamsCredit Facebook Atielia De Sams
Kongsinya lagi, “Di kesempatan ini saya mohon ampun dan maaf selama ini buat semua rakan dan taulan di FB ini dan terima kasih buat sahabat handai dan semua ahli keluarga yang sentiasa ada bersama saya.
Hanya Allah yang mampu balas untuk doa dan kata-kata semangat kalian. Hanya satu yang saya pinta doakan saya dan Haykal kuat dan sentiasa dipermudahkan semua urusan kami.
Andai umur masih panjang maka jauh lagi perjalanan hidup kami. Banyak lagi cerita suka dan duka. Doakan kami semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amiin.”
Hasil perkongsian hidup Watie bersama bekas suami yang merupakan pakar pelaburan saham itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dikenali sebagai Haykal.
Semoga Watie terus tabah melalui hidup di samping anak tersayang kelak. Nona percaya pasti ada hikmah di sebalik dugaan hidup berkenaan.
Syukur ke hadrat Ilahi, bagi yang sedang membaca perkongsian ini, kita sebagai hamba-Nya sempat merasa malam nisfu Syaaban, malam dosa-dosa diampunkan selagi tidak syirik dan bermusuhan.
Bulan ini laporan amalan kita akan diangkat oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, adalah lebih baik kita mengakhiri laporan amalan tahunan kita dengan memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan kepada-Nya.
Bermaksud malam pertengahan bulan Syaaban, terdapat kelebihan yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah pada malam nisfu Syaaban (nisf bermakna separuh dalam bahasa Arab).
Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang sahih.
Di samping itu, terdapat beberapa hadis yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Syaaban. Antaranya daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal.” (Riwayat al-Tirmizi)
CARILAH RAHMAT
(1) Allah mengampuni dosa hambanya
Pada malam nisfu Syaaban, Allah akan mengampuni dosa hamba-hambanya kecuali mereka yang bertelingkah dan bermusuhan antara satu sama yang lain.
Ini berdasarkan hadis Baginda Rasulullah: Sesungguhnya Allah melihat pada malam Nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan. – [HR Ibn Majah 1380].
Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempunyai sifat dengki dan Allah akan membiarkan mereka ini sehingga mereka meninggal sifat tersebut.
Sifat dengki ini juga boleh digolongkan dalam golongan orang yang bermusuhan. Terdapat sebuah hadis yang melarang kita daripada sifat dengki ini.
Daripada Anas bin Malik, bahawa Baginda Nabi bersabda maksudnya: Janganlah saling memarahi, saling mendengki, saling membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. – [HR Bukhari 5612].
(2) Doa akan dimakbulkan Allah
Sememangnya seseorang itu pasti tercari-cari bilakah waktu yang mustajab apabila seseorang itu berdoa. Ini kerana, apabila kita berdoa kita mahukan apa yang kita mohon itu dimakbulkan Allah.
Tahukah kita bahawa pada malam Nisfu Syaaban doa akan dimakbulkan Allah? Rasulullah bersabda: Apabila malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), maka solatlah di malam harinya dan berpuasalah di siang harinya. Sesungguhnya Allah turun ke langit bumi pada saat itu ketika matahari terbenam, kemudian Dia berfirman: “Adakah orang yang meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya? Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya rezeki? Adakah orang yang mendapat ujian maka Aku akan menyembuhkannya? Adakah yang begini, dan adakah yang begini… hingga terbit fajar. – [HR Ibn Majah 1378].
Telah berkata Imam al-Syafie: Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha (hari raya korban), malam al-Fitri (hari raya puasa), malam awal bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban. – (al-Um, 1/264).
Rugilah mereka yang sudah berada pada malam Nisfu Syaaban tetapi masih lagi alpa dan sibuk dengan urusan dunia sehingga melupai akan kelebihan ini.
Ditambah pula bagi mereka yang sentiasa bermusuhan di antara satu sama lain sehinggakan orang yang bermusuhan bukan sahaja rugi pada malam nisfu Syaaban bahkan mereka akan sentiasa rugi.
Ini berdasarkan hadis Baginda Rasulullah: Sesungguhnya pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis maka diampunkan setiap hamba yang tidak syirik kepada Allah dengan sesuatu kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya saling bermusuhan. Lalu dikatakan: Tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai. – [HR Muslim 4652].
Menghidupkan bulan Syaaban termasuk Nisfu Syaaban yang jatuh pada 7 Mac 2023 dengan ibadat seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.
Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah, meningkatkan ketakwaan dan melakukan amalan-amalan yang dituntut.
FIQAH HADIS
Antara fiqah hadis yang boleh diambil dan difahami:
Terdapat hadis lain yang menyatakan bahawa Allah SWT turun pada setiap satu pertiga malam. Namun, di dalam hadis ini menunjukkan bahawa Allah SWT turun pada malam nisfu Syaaban sepanjang malam sebagaimana dikhabarkan oleh Nabi SAW. Malam bermula selepas terbenamnya matahari.
Kita dituntut pada malam ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon ampun dan yang berdoa kepada-Nya. Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu pada malam nisfu Syaaban adalah mustajab.
Di dalam hadis ini juga menunjukkan keampunan Allah SWT amat luas. Antaranya firman Allah SWT yang menceritakan akan Allah SWT itu bersifat dengan pengampun. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. (Nuh:10)