Turki telah kembali. Di bawah sayap pemimpin Presiden Recep Tayyip Erdogan, beliau dengan tegasnya mengubah Hagia Sophia kembali menjadi rumah ibadah umat Islam seperti yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh atau Sultan Mehmed II, tahun 1453 lampau.
Bayangkan kiri kanan Turki meradang dengan keputusan Mahkamah membatalkan status bangunan itu sebagai muzium. Pemimpin agama lain juga membidas tapi Erdogan lantang menjawab…
‘Itu urusan Turki… Bukan urusan kalian’
Setelah sekian lama Hagia Sophia dijadikan muzium oleh pemerintah sekular Turki, akhirnya kini azan kembali berkumandang menandakan kemenangan Islam di bumi Istanbul.
Ads
Ketika laungan azan pertama berkumandang Sabtu lepas, kelihatan ramai umat Islam Turki berkumpul di perkarangan masjid sambil melaungkan takbir ‘Allahuakbar!’ berkali-kali.
Suasana ini seolah-olah satu kemenangan besar yang diraikan oleh umat Islam di sana.
Ads
Walaupun Hagia Sophia yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu merupakan bekas sebuah gereja Ortodoks, namun ia telah ditukar menjadi masjid selepas penaklukan empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453.
Sayang sekali pada 1934, ia telah ditukar menjadi muzium dan mula menjadi tempat tumpuan pelancong yang utama di Istanbul. Sejak itu umat Islam Turki bagai tenggelam ‘punca’ malah mereka pernah digelar sebagai ‘negara sakit di Eropah’.
Ads
Kemenangan Hagia Sophia juga membuktikan ketegasan Erdogan dalam tindakannya memperjuangkan hak Islam.
Tarikh 10 Julai 2020 melakar sejarah kemenangan Islam di TurkiAkhirnya umat Islam dibenarkan bersolat di Masjid Hagia Sophia, Istanbul
Mungkin selepas wabak COVID-19 reda dan kita dibenarkan bercuti semula, destinasi Istanbul, Turki seharusnya dalam senarai wajib dilawati. Teringin nak bersolat di bangunan bersejarah tu, katanya interior masjid memang cantik dan penuh dengan kisah mengasyikkan.
Anda pernah berkunjung ke Hagia Sophia?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersiap sedia untuk menikmati hidangan lazat rangkaian kafe gaya hidup tempatan, Secret Recipe telah berganding bahu dengan selebriti pujaan ramai rakyat Malaysia, Mira Filzah yang juga merupakan duta jenama Secret Recipe melancarkan pilihan sajian yang menambat selera dan tudung yang menambat hati pada musim ini.
Kali ini, Secret Recipe memperkenalkan BurgerMira, menu bermusim terbaharu Secret Recipe yang diilhamkan daripada kerjasama tersendiri yang menjadi inspirasi kepada koleksi tudung terkini Mira – Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection.
Para pelanggan kini boleh menjamu selera dengan BurgerMira, salah satu sajian kegemaran Mira. Untuk memberikan pilihan menu yang sentiasa segar dan menarik, Secret Recipe telah menyediakan lima BurgerMira yang sungguh lazat, dalam pilihan daging ayam atau daging.
Dengan sentuhan cita rasa tempatan, burger yang menyelerakan ini ialah sajian yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga menyenangkan hati dengan sedikit cetusan nostalgia.
Pilihan pertama ialah Special Kerabu Burger (Burger Kerabu Istimewa) dengan pilihan daging ayam atau daging. Hidangan ini mengandungi lapisan timun Jepun, bawang merah dan daun ketumbar yang disusun di atas ayam goreng garing keemasan atau dua kepingan daging yang dimasak empuk dan keju cheddar di antaranya. Ditambah pula dengan sos cili kantan, keseimbangan rasa manis dan perisa beraroma yang sempurna tercapai setiap kali burger dinikmati.
Sementara itu, Sambal Meletop Burger(Burger Sambal Meletop) mengandungi goreng garing keemasan serta timun Jepun, bawang merah dan sos Sambal Meletop unik Secret Recipe yang penuh berperisa dan pasti membuka selera khususnya bagi mereka yang suka makan pedas!
Hidangan tambahan terakhir dalam menu ialah Zesty Herb Burger yang berintikan ayam goreng garing sehingga keemasan atau kepingan daging empuk yang diselit di antara dua keping keju cheddar. Burger ini ditambah pula dengan daun salad romaine,
kubis merah, bawang merah dan sos herba istimewa resipi tersendiri dengan rasa yang memikat selera.
Semua pilihan burger ini dihidangkan bersama kentang goreng rangup serta minuman menyegarkan yang pasti menghilangkan dahaga – Pepsi Laici atau Pepsi Wild Mint. Jangan lupa untuk memesan dua sajian sampingan terlaris Secret Recipe – Spicy Tomato Drumette atau Classic Drumette bersama burger. Kedua-duanya dihidangkan dalam set tiga ketul.
“Kami teruja untuk melancarkan menu bermusim baharu yang membawakan cita rasa lazat yang digemari ramai sepanjang zaman yang bukan sahaja menyerlahkan tradisi kulinari Malaysia, tetapi juga nikmat rasa digemari rakyat Malaysia. Kerjasama dengan bintang pujaan ramai, Mira Filzah, sememangnya satu gandingan serasi yang istimewa di hati kami, kerana hasil Kerjasama ini, kami dapat membawakan kelazatan dan keanggunan cita rasa menerusi sajian burger kami dan juga koleksi tudung Mira yang sangat menarik.
Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection
Dengan kerjasama Secret Recipe, Mira, yang juga seorang model dan usahawan, buat julung kalinya membawakan koleksi berilhamkan ramuan dan rempah yang biasa digunakan dalam masakan kepada para peminatnya. Sebagaimana ramuan tersebut menambah perisa yang nyata kepada sajian, tudung-tudung Mira juga telah direka khas untuk menyerlahkan penampilan si pemakai.
Menawarkan enam warna berbeza, para peminat boleh memilih tudung kegemaran masing-masing – Ginger (Halia), Ginger Flower (Bunga Kantan), Candlenut (Buah Keras), Chili (Cili), Butterfly Pea (Bunga Telang) dan Black Pepper (Lada Hitam). Tudung-tudung tersebut diperbuat daripada Satin Florencia bermutu tinggi dan bersaiz 115sm X 115sm.
Koleksi edisi terhad ini boleh dibeli hanya di www.mirafilzah.com pada harga RM99 setiap satu. Para peminat akan menerima tudung mereka dalam bungkusan cantik yang ditandakan dengan logo Mira Filzah dan Secret Recipe.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal menerajui negara apabila tiba masanya nanti dan merupakan aset negara yang perlu diberi perhatian penuh teliti. Memupuk sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak merupakan inisiatif yang perlu diteruskan sebagai pemangkin semangat juang mereka untuk menempuhi masa hadapan.
Scott’s Bright dengan kerjasama Aquaria KLCC telah melancarkan program Scott’s Bright Little Explorer. Program ini adalah untuk menyemai sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak dan menggalakkan mereka menikmati pengalaman bawah laut dan mempelajari lebih lanjut tentang lautan, hidupan laut dan pemuliharaan lautan.
Program Scott’s Bright Little Explorers di Aquaria KLCC ini memberi peluang kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun mengambil bahagian dalam program bermalam di Aquaria KLCC yang dinamakan ‘Tidur Bersama Jerung’.
Acara bermalam itu membolehkan peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pendidikan, termasuk sesi memberi makan kepada jerung, memerang laut dan ikan pirana, bertemu penyelam Aquaria KLCC dan juga lebih mengenali dunia bawah laut.
Menurut Ketua Jabatan Pemasaran dan Jualan, Aquaria KLCC, Daryl Foong, menerusi pengalaman berharga ini, dapat mendorong kanak-kanak untuk menceburi bidang sains dan juga biologi marin.
Malah tambah Pengarah Pemasaran Kawasan, Kesihatan Oral dan Nutrisi, Asia Tenggara, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare, Venaig Jegou, manusia baru meneroka tidak lebih daripada 5% daripada seluruh kawasan lautan Aquaria KLCC mampu mencetuskan keinginan kanak-kanak untuk belajar secara lebih terperinci tentang dunia bawah laut dan penghuninya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak pelancaran Nurflix pada Julai 2020, Nurflix kekal komited untuk mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia.
Selain daripada katalog filem, drama dan hiburan seperti mana kebiasaan di platform penstriman yang lain, Nurflix turut mewujudkan katalong-katalong penting untuk tontonan masyarakat Muslim di Malaysia khususnya seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah, pengajian Al Quran, hadis dan sebagainya.
Majlis Pelancaran The Journey Of Humankind dan siri animasi Musa Kalamullah anjuran aplikasi Nurflix telah disempurnakan hari ini dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat antaranya termasuklah Pengerusi Nurflix, Tan Sri Syed Zainal b Syed Mohd Tahir, Syah Mohamed, Ketua Pegawai Esekutif Nurflix serta Mushrif Nurflix, Habib Ali Zaenal Abidin.
Antara selebriti yang turut sama menyumbangkan suara untuk siri animasi tersebut termasuklah Dato Tuan Asmawi (Firaun), Dai Syed (Firaun muda), Hana Ismail (Permaisuri Asiah), Ustazah Asni Mansor (Yukabid), Heliza Helmi (Maryam), Irma Hasmie (Safura) dan Hazwani Helmi.
Siri pertama akan mula ditayangkan baru-baru ini, 27 Januari 2023 merangkumi 13 episod untuk musim pertama yang akan diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu. Nurflix turut bekerjasama dengan ATA Animation sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa.
Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari kitab Qisas Al Anbiya. Lebih istimewa, pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.
Selain Heliza, Dai’ Syed, Hana Ismail, Hazwani Helmi dan Irma Hasmie turut sama menjadi pelakon suara dalam siri animasi Nabi Musa A.S Kalimullah yang akan ditayangkan dalam platform Nurflix bermula minggu lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.