Baru-baru ini, NONA ada melaporkan personaliti media sosial dan pelakon Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya 28 November lepas. Tahniah diucapkan!
Dalam pada itu, selain dari majlis penyatuan kedua-dua pasangan sama cantik sama sama padan ini turut mendapat perhatian adalah busana pengantin yang disarung Syifa pada hari bahagianya. Syifa kelihatan manis dan anggun menyarung persalinan khas hasil sentuhan magis pereka fesyen terkenal AMAZÉ. Untuk pengetahuan, AMAZE pernah mereka busana pengantin buat selebriti tanah air yang lain seperti Adam Lee dan Sweet Qismina serta Syamel dan Ernie Zakrie.
Ads
Menerusi perkongsian di Instagram, AMAZÉ berkongsi tentang rekaan gaun moden yang direkanya iitu. Digayakan dengan cape, persalinan yang tampak mewah namun masih mengekalkan ciri sopan dan berlitup itu ini sememangnya menarik perhatian para wanita kerana ia turut diserikan lagi dengan lingkaran permata daripada Swarovski.
“Memukau pandangan dalam rona perang ‘sand’, dalam balutan renda sarat manikam abstrak juga lingkaran permata Swarovski. Layah penuh biasan permata melengkapi gaya mempelai ini,” kongsinya lagi.
Ads
Wakil AMAZÉ turut menambah, pihaknya juga amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan barisan ‘glam team’ berpengalaman yang bertungkus lumus menjadikan penampilan Syifa pada malam tersebut sangat luar biasa. “Glam team’nya juga bukan biasa-biasa. Rias wajah ala Timur Tengah kombinasi sentuhan @bellahudd dan @iansham, dan begaan hijab berseni oleh @_ekajamaludin.
Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan. NONA mendoakan semoga ikatan dibina kekal ke Jannah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih kerap berjumpa, lebih mesra bercerita. Ya, kemajuan teknologi tidak seharusnya menjarakkan komunikasi tapi mendekatkan manusia. Biar jauh di mata, tapi kehebatan digital mampu membawa anak yang jauh, bagai disamping ibu bapanya.
Nona teruja melihat kehebatan telefon pintar terbaharu, HUAWEI P40 Pro+. Bukan puji sebarang puji, tapi model hebat ini langsung tidak mengecewakan. Bukan cantik pada panel luaran semata-mata tapi fungsinya memang buat kami terpesona!
Bertubuh ringan dengan rekaan modern sleek, HUAWEI P40 Pro+ pasti lebih kemas dalam genggaman. Ia juga tahan lasak dan anti-calar, jadi tak perlu bimbang bila disimpan dalam beg tangan.
Sejak pelancaran telefon pintar HUAWEI P40 di Malaysia, model hebat ini tidak pernah mengecewakan peminatnya.
Kaki foto tentu sekali teruja dengan kehebatan kamera yang terdapat pada telefon ini. Ia dilengkapi sistem kamera Ultra Vision Penta yang menawarkan hasil foto terbaik seperti seorang profesional.
Dikuasakan lagi dengan prosessor terbaru Kirin 990 5G dan pelbagai software hebat HUAWEI, pastinya telefon pintar P40 Pro+ ini menggegarkan dunia digital negara.
Nona paling suka feature 5G ready pada model ni, bayangkan belum ramai lagi yang mengalami kelajuan 5G dalam genggaman!
3 CIRI HEBAT
(1) Sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta
Peminat fotografi boleh menjadikan HUAWEI P40 Pro+ sebagai alternatif kamera utama dengan fungsi kamera Penta di belakang. Sistem kamera belakang berlensa Penta ini merangkumi time-of-flight depth sensor dan efek bokeh yang dipermajui.
Kamera Penta ini juga merupakan jaguh utama dalam kelas telefon pintar berkamera yang pernah dihasilkan. Fungsi Ultra Wide Cine 40MP, Ultra Vision Wide 50MP, 10x Telefoto Optikal 8MP Periscope, 3x Telefoto Optikal 8MP, 100X Kamera Telefoto Optikal menerusi lensa periscope dan ToF membuatkan kualiti gambar sama ada autofokus, potret mahupun video yang diambil menyerlah hebat.
Semua ini digabungkan dalam satu telefon pintar hebat. Anda pasti kagum dengan video 4K yang sungguh jelas dengan framerates hingga 60fps serta prestasi rakaman di bawah cahaya suram (low light) membuatkan model P40 Pro+ terbaik untuk imej anda.
Ditambah fungsi kecerdasan buatan (AI) HUAWEI AI Golden Snap, anda tak perlu lagi menahan geram dengan ‘gangguan’ dalam imej, seperti orang yang lalu lalang atau pantulan refleksi cermin. Memang mengagumkan!
(2) Sambungan Telus Pada Peranti HUAWEI Dengan One-Tap Share
Bayangkan dengan hanya satu sentuhan, anda mampu mentransformasi HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI Matebook menjadi ‘satu’ peranti dengan multiscreen collaboration. Bekerja dengan satu skrin! Mudahnya memindahkan fail, foto, video atau dokumen di antara dua peranti HUAWEI dengan fungsi ni!
Kelebihan Multi-Device Control Panels menawarkan platform lebih canggih apabila anda boleh melihat peranti berdekatan yang sesuai dihubungkan.
Contohnya jika anda sedang mendengar muzik melalui HUAWEI Music dan terdapat pengguna HUAWEI Sound X berdekatan, ia akan memaklumkan tentangnya supaya anda dapat ‘berhubung’ dengan smart speaker tersebut bagi mendengar kualiti audio terbaik. Satu tap saja untuk gunakan HUAWEI Sound X!
HUAWEI MeeTime pula adalah app panggilan video pertama di dunia yang menyokong ciri rakaman 1080p Full HD antara pengguna HUAWEI. Ia mengintegrasikan setiap software dan hardware HUAWEI untuk pengalaman panggilan video yang berkualiti tinggi.
(3) Petal Search Widget Untuk Akses Jutaan Apps
Berazam untuk memberi hanya yang terbaik untuk penggunanya, HUAWEI P40 Pro+ didatangkan dengan Petal Search Widget – Find Apps. Ini merupakan widget yang membantu anda mencari apps, kandungan atau berita yang diperlukan secara mudah.
Direka oleh HUAWEI, kemudahan ini memberikan akses kepada pengguna untuk memuat turun apps seperti yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Bagaimana caranya?
Langkah 1 Untuk mencari apps yang diperlukan dalam peranti P40 anda, gunakan Petal Search Widget untuk membantu. Cuma klik bar ‘Find Apps’ pada homescreen anda untuk menggunakan.
Langkah 2 AppPetal Search Widget akan memaparkan apps terbaik yang mungkin ingin dimuat turun. Anda hanya perlu menaik nama apps yang dicari dalam bar carian.
Langkah 3 AppPetal Search Widget akan memaparkan hasil carian paling relevan. Ia juga akan mencadangkan apps yang sesuai dalam HUAWEI AppGallery, muat turun melalui link rasmi, versi web atau dari store pihak ketiga.
Nah, inilah 3 bukti HUAWEI P40 Pro+ jaguh dalam kelasnya. Dengan adanye One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah. Jom tonton video ni untuk informasi HUAWEI Together 2020.
Jadi dah sedia untuk rasai kehebatan teknologi telefon pintar sehebat HUAWEI P40 Pro+ ni?
Nona dah tak sabar!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Produk Jamu Mak Dara diketahui dan diamalkan untuk tujuan menjaga kesihatan tubuh badan. Diakui produk Jamu Mak Dara pernah mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam penerimaan kaum wanita sebagai alternatif mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat.
Pun begitu, kita telah dikhabarkan dengan berita duka hari ini apabila pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.00 malam Ahad.
Berita duka itu disahkan oleh anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, iaitu SM Gadaffi Syed Ali.
Jelas Gadaffi atau mesra disapa Abib, arwah terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk ‘pergi’, namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahnya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.
Sedih dengan berita pemergian ibu tercinta, Abib yang sememangnya rapat dengan ibunya dan bersama-sama meneruskan empayar JMD bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi. Baginya, dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
Sumber: Keluarga
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru saja melangkah usia 56 tahun pada 23 April lalu, pesona aktres filem dan K-drama Kim Hee Ae terus menjadi igauan wanita usia pertengahan di Korea selepas 37 tahun menceburi industri seni.
Berdebar-debar rasanya saat menonton siri K-drama terbaharu Netflix, Queenmaker yang dibintangi artis senior Korea Selatan, Kim Hee Ae ni.
Kisah dua orang wanita berkerjaya yang sanggup meninggalkan kehidupan lamanya demi mencipta dunia yang lebih adil dan jujur. Cerita politik dan air mata!
Namun pujian harus diberikan kepada pendukung watak utamanya. Berkat pengalaman selama lebih 3 dekad serta bakat dimiliki Kim Hee Ae, lakonan mantapnya memang membuai perasaan dari satu episod ke satu episod.
Bakat Kim Hee Ae mula berkembang sebagai model pada tahun 1983. Rezeki beliau terus mendapat perhatian sebagai watak utama melalui pelbagai drama antaranya Beyond the Mountains pada 1991 dan Sons and Daughters pada 1992 yang memberikannya kemenangan pertama dalam Daesang.
Raut wajah dan bentuk tubuhnya yang langsing membuatkan wanita yang sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan di Korea ini nampak jauh lebih muda dari usia yang sebenar.
Kalau bercerita tentang kecantikan pelakon wanita Korea, pasti ramai meramalkan mereka telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan muda.
Namun, tidak semua aktres Korea yang melakukan pembedahan plastik termasuk heroin drama rantaian The World Of The Married ini. Ini terbukti apabila Kim Hee Ae sering menjadi pilihan sebagai ‘wajah’ untuk tujuan komersial produk kecantikan di Korea.
Wanita yang berasal dari Bandar Jeju ini merupakan lulusan dari Chung-Ang University (B.A. in Theater and Film; M.A. in Communication and Journalism). Mula melibatkan diri dalam dunia lakonan ketika masih menuntut di kolej lagi.
Suami kepada pelakon ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat terkenal di Korea. Kim Hee-ae telah telah berkahwin dengan Lee Chan-jin pada tahun 1996 dan dikurniakan 2 orang anak lelaki.
Khabarnya wanita yang mempunyai ketinggian 163cm dan berat 49kg ini merupakan seorang ‘Supermom’ apabila mampu menyeimbangkan tugas sebagai seorang ibu kepada dua anak, isteri dan pelakon terkenal.
Selain daripada berlakon, namanya juga gah di arena fesyen di Korea Selatan. Beliau diangkat sebagai ikon fesyen di Korea terutama sekali untuk wanita pertengahan usia. Malah beliau ada ramai pengikut daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Diam-diam ubi berisi. Kim Hee Ae juga sebenarnya memiliki kehidupan yang bahagia, gemar melancong dan memilih menjaga privasi keluarganya daripada tatapan umum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...