Bercakap tentang pakaian ke pejabat. Mesti anda selalu ada masalah untuk memilih pakaian ke pejabat setiap hari, bukan? Susah nak buat pilihan, sama ada seluar atau skirt, blouse atau dress. Tak boleh salah pilih, kalau tidak habis mood nak bekerja satu hari kerana pakaian yang dipilih tidak selesa atau buat anda rasa tidak yakin . Lebih-lebih lagi kepada mereka yang harus berjumpa dengan ramai orang untuk berurusan.

Cara pemakaian dan penampilan seseorang dipejabat selalunya menjadi perhatian majikan, rakan sekerja dan ada juga menjadi faktor seseorang dapat pergi jauh dalam bidang pekerjaan mereka. Tiada siapa dapat menafikan penampilan di tempat kerja memainkan peranan sangat besar kerana dengan penampilan yang menarik apabila bekerja membuatkan orang sekeliling terutamanya client akan berasa selesa untuk duduk berurusan semeja.

IKLAN

Tampil Profesional Ke Pejabat, Ini Yang Perlu & Tidak Perlu. Silap-Silap Boleh Naik Pangkat Tau!

Memilih pakaian ke pejabat nampak seperti remeh dan tidak penting. Tapi sebenarnya masih ramai lagi yang tersasar lagi dalam pemilihan pakaian ke pejabat dan ini boleh menjejaskan penampilan terutamanya jika anda seorang yang berpengaruh di pejabat. Sebagai seorang boss anda harus menunjukkan contoh yang baik supaya menjadi ikutan pekerja yang lain.

Jom baca tip fesyen untuk ke pejabat dan kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita supaya anda tidak melakukan kesilapan yang sama.

 

MAKE UP

Mengenakan solekan yang nipis dan tidak terlalu tebal apabila anda berkerja. Jangan sesekali menggunakan pembayang mata yang berwarna terang seperti biru dan merah. Pastikan juga solekan anda sesuai dengan pakaian yang dipilih.Tidak mahu lah nampak seperti mahu ke party atau fashion show. Jika anda tidak pasti warna yang mana untuk digunakan, pilih warna matte atau nude color untuk memastikan anda sentiasa kelihatan kemas dan profesional. Elak menggunakan warna berkilat dan gayakan rambut anda dengan kemas seperti buat bun kemas.

Tampil Profesional Ke Pejabat, Ini Yang Perlu & Tidak Perlu. Silap-Silap Boleh Naik Pangkat Tau!

 

PAKAIAN YANG SESUAI

Jika terdapat fesyen atau trend baru tidak salah untuk anda mencuba. Mana tahu boleh jadi ikon fesyen dalam kalangan rakan sekerja? Namun berhati-hati, jangan sesekali memakai pakaian yang boleh menampakkan lurah dada kerana ia boleh menjejaskan imej profesional anda. Berpakaian seksi boleh dianggap tidak sesuai untuk persekitaran profesional dan boleh menghantar mesej yang salah kepada boss, client mahupun orang bawahan anda. Tak salah nak berfesyen, tapi pejabat bukan tempat yang sesuai untuk anda bergaya seksi.

Tampil Profesional Ke Pejabat, Ini Yang Perlu & Tidak Perlu. Silap-Silap Boleh Naik Pangkat Tau!

IKLAN

 

PILIHAN KASUT

Pilihan kasut sama penting dengan pilihan baju anda. Buat wanita, jangan memakai heels terlalu tinggi sehingga menyebabkan anda sukar untuk berjalan. Kasut terbaik adalah jenis kulit bertutup, selain melindungi kaki, anda akan kelihatan sentiasa kemas. Please, elakkan memakai sandal atau flip-flop. Jika tidak selesa memakai kasut tumit tinggi, cuba pakai flat shoes.

Tampil Profesional Ke Pejabat, Ini Yang Perlu & Tidak Perlu. Silap-Silap Boleh Naik Pangkat Tau!

 

IKLAN

WANGIAN

Tidak dinafikan bau yang wangi boleh meningkatkan daya keyakinan seseorang individu. Namun, bau wangian yang terlalu kuat juga boleh membuatkan orang di sekeliling anda berasa tidak selesa.

 

AKSESORI

Tampil ringkas dengan pemilihan aksesori yang bersesuaian dan tak perlu sarat sangat. Cukup dengan hanya mengenakan jam tangan pun sudah nampak kemas dan elegan.

Tampil Profesional Ke Pejabat, Ini Yang Perlu & Tidak Perlu. Silap-Silap Boleh Naik Pangkat Tau!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI