Label Teh Firdaus kian menempa nama dalam industri fesyen tanah air dengan ilham kreatif dalam mentafsirkan karya agung buat setiap helaian yang dihasilkan. Walaupun masih hijau dalam industri fesyen tempatan, jenama yang diungguli oleh seorang jejaka kelahiran Kedah, Muhammad Firdaus Bin Awang Teh mula mendapat tempat buat penggemar fesyen sekaligus menjadikan namanya kian bersinar. Jenama Teh Firdaus yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu semakin meniti gerbang kejayaan dek kerana sentuhan magis yang dihasilkan sebaris dengan pereka handalam tempatan.
BAGAIMANA LABEL TEH FIRDAUS BOLEH TERCETUS?
Saya merupakan bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Awam di SM Teknik Sp2. Tetapi minat yang mendalam terhadap aliran seni membuatkan saya menukar bidang pengajian setelah menamatkan pengajian di sekolah menengah. Selepas menamatkan pengajian di UiTM, saya pernah bekerja dengan beberapa pereka fesyen tempatan untuk menimba pengalaman. Dari situlah titik permulaan pembabitan saya dalam bidang fesyen. Label Teh Firdaus adalah hasil gabungan nama ayah dimana saya meletakkan nama bapa di depan dan nama saya di belakang. Saya mula bergiat aktif dan menerima tempahan selepas menamatkan pengajian di UiTM.
APAKAH SIGNATURE REKAAN THE FIRDAUS?
Signature rekaan saya adalah simple,effortless dan feminin. Pada pandangan saya, dengan tampil ringkas dan bersahaja akan memperlihatkan seseorang wanita itu lebih classy and not trying to hard to be different! Selain itu, Kekuatan rekaan saya adalah beautiful workmanship,intricate handbeaded detailing,and good silks as the main material.
SIAPAKAH TULANG BELAKANG ANDA UNTUK MENCEBURI BIDANG INI?
Ads
Sudah tentu ahli keluarga dan rakan terdekat! Mereka semua adalah pendorong utama dan pemberi semangat kepada saya sepanjang pembabitan dalam bidang ini. Saya bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga dan sahabat yang cukup memahami karier saya. Jika tiada mereka, mungkin saya tidak akan berada di tahap sekarang.
APAKAH TREND FESYEN 2019?
Ads
Sejujurnya, saya bukan seorang pereka yang terlalu mengikuti trend semasa. Namun apa yang boleh saya katakan di sini , antara trend yang akan menjadi ikutan pada tahun ini adalah yang extravagant, more prints, fringe, percikan rona pastel and nude shades and of course lace!
APAKAH CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMASTIKAN JENAMA ANDA BERTAHAN HINGGA KINI?
Banyak cabaran dan dugaan untuk memastikan jenama saya bertahan dan diterima. Antaranya persaigan yang sihat antara rakan pereka dan juga bagaimana saya menguruskan jenama Teh Firdaus itu sendiri.
PENDAPAT ANDA MENGENAI INDUSTRI FESYEN TEMPATAN MASA KINI DAN PERSAINGAN YANG DIHADAPI DENGAN KEHADIRAN PEREKA-PEREKA BAHARU?
Ads
Industri fesyen di Malaysia semakin rancak dengan hadirnya ramai pereka-pereka muda tempatan yang hadir bak tumbuhnya cendawan selepas hujan. That is very good for our industry! Bagi saya persaingan adalah bagus. Namun ia harus bersifat sihat dan tiada istilah iri hati sesama sendiri. Sebagai pereka, kita harus bangun dan bangkit bersama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik.
BAGAIMANAKAH ANDA MELIHAT JENAMA ANDA PADA LIMA TAHUN AKAN DATANG?
Pastinya saya ingin ingin berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Saya mengimpikan untuk sentiasa menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan menghasilkan lebih banyak rekaan yang boleh diterima oleh semua golongan masyarakat. Dalam pada masa yang sama, saya ingin meningkatkan kualiti hasil kerja saya dan memastikan label saya bertahan lama.
BERIKAN TIP PENTING DALAM BERFESYEN MENGIKUT PANDANGAN ANDA…
Bagi saya, seseorang individu itu perlu faham dengan bentuk fizikal dan personaliti diri sendiri terlebih dahulu. Jangan terlalu mencuba untuk nampak cantik dan fashionable. Apa yang boleh saya katakan di sini, jadilah diri sendiri dan Always be effortless!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita Malaysia terus bangkit mengharumkan nama di persada antarabangsa. Terbaharu, jurutera Prof Ir Dr. Leong Wai Yie menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah daripada Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Kejuruteraan Sedunia (WFEO) di Paris, Perancis.
Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sains Semula Jadi, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu Shamila Nair-Bedouelle.
Kini Prof Ir Dr. Leong Wai Yie merupakan Pengarah di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan, Universiti Perdana. Beliau juga adalah profesor dalam Kejuruteraan Perubatan di universiti tersebut.
Upacara Penyampaian Anugerah
Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrikal (Kepujian) dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia pada tahun 2005.
Selain itu, Prof Ir Dr. Leong Wai Yie juga pernah menerbitkan 6 siri buku dan lebih 100 kertas kajian yang mengetengahkan topik inovasi dalam elektronik dan kejuruteraan biomedik.
Menurut Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET), anugerah ‘Gree Women in Engineering Award’ yang bermula pada 2018 bertujuan mengiktiraf jurutera wanita yang cemerlang.
Antara pencapaian cemerlang Prof Ir Dr. Leong Wai Yie ialah menubuhkan program bimbingan wanita dalam kejuruteraan untuk lebih 1,000 jurutera wanita.
Prof Ir Dr. Leong Wai Yie juga telah menjalankan lebih 500 ceramah, seminar dan persidangan untuk mengajar serta menyokong wanita dalam bidang ini.
UCAPAN TAHNIAH
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap kejayaan Prof Ir Dr. Leong Wai Yie.
“Pencapaian cemerlang beliau sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.
Ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia,” menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Khamis, 21 April 2022.
Ucapan tahniah daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Aging dan Raja Permaisuri Agong
Baginda berdua juga berharap agar pencapaian Prof Ir Dr. Leong Wai Yie menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing sama ada dalam negara mahupun di persada dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orangnya bukan saja tinggi lampai tapi memiliki rupa paras cantik dan kulit putih kemerahan. MasyaAllah, cantiknya ciptaan Tuhan. Pertama kali bertemu Ayana Jihye Moon, memang terpegun dengan kecantikan personaliti kelahiran Korea Selatan ini.
Dilahirkan pada 28 Disember 1995, Ayana menarik perhatian masyarakat di Malaysia dan Indonesia ekoran perjalanan hidupnya sebagai mualaf. Dia dikhabarkan tertarik dengan Islam sejak berusia tujuh tahun dan kemudian memutuskan untuk memeluk Islam ketika berumur 16 tahun dan masih menetap di Korea Selatan bersama keluarga.
Bagaimana pun, penghijrahan Ayana mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua ibu bapa. Apatah lagi, komuniti Islam yang kecil di Korea Selatan dan kekangan peluang pekerjaan apabila dia berhijab memberi cabaran besar kepada jelitawan berusia 26 tahun ini.
Dalam temu bual Nona bersama Ayana tidak lama dahulu, wanita cantik ini mendedahkan, “Nama seperti Aishah atau Khadijah sudah menjadi pilihan ramai dan Ayana ialah nama Islam yang dipilih sendiri oleh saya kerana tertarik dengan nama tersebut yang membawa maksud bertuah.
Pada mulanya saya tidak begitu serius untuk memeluk Islam kerana saya hanya mahu ada pengetahuan tentang Islam. Namun, apabila saya mula bertemu dengan rakan-rakan beragama Islam yang baik, saya tertarik dengan agama ini dan mahu merasai sendiri pengalaman bergelar seorang Muslim.
Pada awalnya ibu dan ayah tidak setuju dengan keputusan saya untuk peluk Islam. Keadaan ini adalah normal di sana kerana tidak semua rakyat Korea sukakan orang Islam termasuk ahli keluarga sendiri. Tapi sampai sekarang saya sentiasa menghubungi keluarga untuk bertanya khabar dan masih melawat mereka di Korea,” ujar Ayana yang merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik.
Di samping ibu tersayang
Sementara itu, memetik kenyataan Ayana kepada portal Popbela.com, “Sebelum pergi ke Malaysia, saya harus lakukan banyak pekerjaan sampingan di Korea Selatan seperti menjadi guru Matematik, menjual ikan kering di pasar dan bekerja sampingan di restoran kecil. Alhamdulillah saya dapat biasiswa penuh kerana saya adalah siswa teladan.”
Ayana memilih Malaysia pada tahun 2017 kerana mempunyai kenalan di sini. Pada tahun 2018, dia berhijrah pula ke Indonesia untuk bercuti dan seterusnya menjadi model.
Bersandarkan bakat dan rupa paras cantik yang dimiliki, Ayana turut bergelar personaliti YouTube dan menjadi duta bagi produk kecantikan di Indonesia. Dia juga menulis sebuah buku mengenai perjalanannya menuju Islam yang bertajuk Journey to Islam.
Tidak hairanlah Ayana menarik perhatian ramai masyarakat kerana personalitinya yang santai, mesra dan gemar tersenyum. Terpikat dengan kulit wajah mulus Ayana, ini amalan kecantikan yang dipraktikkan.
“Sebenarnya saya tidak ada rutin kecantikan khas untuk diamalkan Cuma saya akan bersihkan make up sebelum tidur dan pastikan muka saya bersih daripada sebarang kotoran. Selain itu, saya juga akan sapu krim pelindung matahari setiap hari sebelum keluar rumah kerana ia mampu melindungi kulit wajah.”
Kredit foto: Instagram Ayana Jihye Moon
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.
Terdahulu sebuah lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan, apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.
Yuna Terharu, Akhirnya Berjaya Lebar Sayap Seni Di Negara Orang
Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.
Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.
Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.
Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuan dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.
Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.
Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.
Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.