Inspirasi

Tawaran Berlakon Makin Kurang, Syanie Hisham Tak Putus Asa & Ligat Berniaga Cari Rezeki!

Kehidupan diibaratkan seperti roda yang berputar. Ada ketika di atas dan ada masa pula di bawah. Sekitar 30 tahun lalu nama Syanie Hisham dikenali ramai dalam industri seni. Namun kini bakatnya jarang dilihat di kaca televisyen.

Pun begitu, dia akur menerima pasang surut kehidupan.

Meniti usia 50 tahun, Syanie pernah mendedahkan hanya menerima satu atau dua tawaran lakonan sepanjang setahun.

Apatah lagi sejak dia berhijab selepas mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu.

Kredit Instagram @syanie.hisham_
Kredit Instagram @syanie.hisham_
Kredit Instagram @syanie.hisham_

Bagaimana pun bintang filem Lagi-Lagi Senario ini tidak menyalahkan sesiapa dan sedar kehendak syarikat produksi masa kini.

Selain memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk mewarnai dunia lakonan tanah air.

Enggan mengalah, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham ligat menjana pendapatan dengan berniaga.

Syanie yang merupakan bekas peserta program Masterchef Selebriti dikhabar mengusahakan perniagaan bersama suami tercinta iaitu Zahril Hafiz Mohammed Nor.

Kredit Instagram @syanie.hisham_
Kredit Instagram syanie.hisham_
Kredit Instagram @syanie.hisham_

Dalam satu posting yang dikongsikan peminat Syanie di media sosial, memaparkan pelakon dan pelawak ini berniaga dalam satu festival makanan dengan menjual twisted pizza.

Biarpun sudah lama tidak berlakon tetapi wajah Syanie terpahat di ingatan peminat dan melayan mereka dengan mesra.

Menerusi perkongsian Syanie di Instagram miliknya, jelas menunjukkan figura ini seorang yang cekal mendepani ujian hidup.

Kredit Instagram @syanie.hisham_
Kredit Instagram @syanie.hisham_

“Cooking, business, and acting is my passion and what I enjoy doing. It’s also how I earn my living. Nothing is easy, things happen. Life goes on!”

Artikel https://www.nona.my/jelita-sihat-usia-60an-aznah-hamid-enggan-kejar-populariti-tak-malu-berniaga-asal-halal/

Syanie mendirikan rumah tangga dengan Zahril pada pada 19 Februari 2021 dan ia merupakah perkahwinan ketiganya.

 

IKLAN
Share