
Siapa yang tidak mengenali model, penyanyi, pelakon dan usahawan berjaya, Fazura. Apa saja yang tidak mampu dibuat oleh isteri kepada pelakon Fattah Amin ini. Dan kini, Fazura melangkah setapak lagi dengan membuka syarikat produksinya sendiri, iaitu Fazura Pictures.
Menurut Fazura, ini adalah langkah baginya untuk kekal relevan dalam industri memandangkan banyak tawaran lakonan yang diterimanya tidak menepati cita rasa lantas menjadi faktor pelakon dan usahawan tersebut memilih untuk bergerak sendiri.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata, melalui syarikat produksinya itu membolehkan dia menghasilkan lebih banyak karya mengikut kehendaknya dan turut sama berlakon dalam karya yang dihasilkan.
“Tawaran berlakon ada cuma tidak menepati cita rasa saya. Kebanyakan ‘story line’ yang diberikan sebelum ini banyak kisah penyondol, dua perempuan berebut seorang lelaki dan ia membosankan.
“Saya mahu memartabatkan maruah wanita melalui karya dihasilkan selain mahu menerbitkan drama berkualiti,” katanya.
Fazura berkata, dengan penubuhan Fazura Pictures ia menjadi misi utamanya untuk menghasilkan lebih banyak karya berbeza daripada sebelum ini.
“Pada masa sama, saya juga boleh berlakon dengan karya saya hendak dan selepas ini bermacam-macam yang sudah dirancang. Tak kisah genre macam mana dan banyak genre saya hendak buat termasuk filem seram.

“Bagaimanapun, karya yang dihasilkan hendaklah memberi manfaat kepada masyarakat kerana banyak yang kita lihat dalam televisyen sekarang adalah cerita mengarut. Sejujurnya banyak cerita yang mengarut sebab tidak ada mesej yang disampaikan,” katanya.
Menurut Fazura lagi, dia yang sekarang aktif menjadi penerbit turut berhasrat untuk bergelar pengarah, namun masih belajar dalam bidang pengarahan.
“Setakat ini ada dua karya sulung Fazura Pictures iaitu mengenai kempen raya menerusi filem pendek di Youtube bertajuk Adinda dan Kakak Kita ke Jakarta,” katanya.
Sumber: Harian Metro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




KEKUATAN
Memang tak semua orang terjentik hati untuk buat begitu tapi bila ianya sampai dan banyak dugaan yang Allah bagi pada kita seperti dalam rumahtangga, berniaga, kelakuan anak-anak, ahli keluarga dan sebagainya kita akan mula terfikir di mana silapnya. Hati jadi tak tenang.

Semangat tu datang dari anak-anak dan ahli keluarga juga. Saya pernah merasa susah dari kecil sampai dewasa, jatuh bangun beberapa kali. Kereta berbulan-bulan tak bayar sampai kena tarik. Dengan susu anak tak cukup, lepas tu dengan nak sekolah lagi. Saya dah lalui semua tu. Inilah pencetus semangat saya untuk buat kebajikan.
Saya juga merupakan penaung sekolah tahfiz di Kepong. Selalunya kami sering terima bantuan tetapi sejak PKP sekolah pun tak buka, saya bersama pihak tahfiz dan mudir mendapat dana sama ada daripada rakan-rakan atau jiran-jiran kami beli barang-barang keperluan asas dan bungkus. Kami pula yang memberi. Ketika mula-mula buka tahfiz tu banyak yang memberi. Dari tahfiz tu mana barang-barang asas tu kami bungkus dan berikan bantuan.
Dari situlah saya bermula dengan bergerak sendiri dan dibantu anak-anak. Alternatif kami sendiri. Buat Live di Instagram, Facebook bersama followers sambil ajak mereka sama-sama membantu ikut kemampuan masing-masing.
Momen paling terkesan, kisah seorang ibu tunggal anak 5. Kecil-kecil lagi anaknya. Rumah pula kosong tanpa perabot, televisyen dan sebagainya. Dengan keadaannya yang tak terurus, keperluan anak-anak seperti susu pun tiada buatkan saya rasa sangat sedih. Bila dia lihat barang di tangan saya matanya dah berair. Bagi saya dia bersyukur sebelum kita memberi. Mata dan wajahnya memberitahu bahawa dia sangat susah dan memerlukan. Momen ini beri saya semangat yang lebih kuat untuk membantu. Senyuman mereka tu dah memberi kepuasan buat saya.
Selain itu, nak jentik hati orang-orang yang belum sedar bahawa banyak orang susah untuk dibantu. Sedikit pun tak mengapa asalkan terjentik hati tu. Jangan kita rasa tak cukup untuk memberi. Insha-Allah akan ada saja rezekinya nanti. Kita beri orang senang hati, kita pun senang. Rasa bersyukur sangat.”
Menurut perkongsian Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sokongan padu daripada para pelanggan serta SitiZen (ejen BeauSiti) yang sah selama 2 tahun amat dihargai. Baginya, kepuasan pelanggan amat penting bagi memastikan produk mampu bersaing di pasaran seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Sempena ulang tahun ke-2, BeauSiti tampil dengan pelbagai tawaran dan diskaun menarik bermula pada 1-30 September 2021. Menerusi kempen “Stronger2gether” sambutan ulang tahun disiarkan secara virtual di Facebook Live. Ganjaran berganda bakal diberikan sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan padu mereka.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga menyatakan, salah satu cara untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin dos pertama dan kedua. Promosi ini berlangsung pada 16-30 September 2021 hanya di laman web BeauSiti tertakluk kepada terma dan syarat.
Harapan Dato’ Sri Siti Nurhaliza agar dapat menghasilkan produk BeauSiti bukan sahaja buat wanita dan kanak-kanak bahkan golongan lelaki serta kategori barang keperluan rumah. Beliau juga berhasrat untuk mengembangkan pasaran produk BeauSiti di luar negara serta negara Islam menjelang tahun 2026.




