Sedang kita berjuang mencari kesaksamaan jantina, masih berlaku satu bentuk keganasan yang ramai pihak masih terlepas pandang, yakni perbuatan intip dan hendap (stalking). 

Sebelum ini, perbuatan intip dan hendap ditakrif sebagai bukan jenayah di Malaysia. Ini bererti, jika seseorang berulang-kali menghubungi anda, mengekori anda atau muncul di tempat-tempat yang sering anda kunjungi, pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa untuk melindungi, selagi tiada ‘sentuhan’ dilakukan.

IKLAN

Menurut sebuah kajian Universiti Sains Malaysia pada 2014, 9% wanita di Semenanjung Malaysia yang pernah berpasangan pernah juga mengalami keganasan daripada pasangan mereka. Ini bersamaan lebih 900,000 wanita.

Dalam laporan Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) pada 2013 yang mendokumenkan 34 kes keganasan rumah tangga, 26 peratus daripadanya melibatkan intip dan hendap.

Tegas Bela Mangsa Intip & Hendap, Datuk Mas Ermieyati Optimis RUU Anti-Hendap Bakal Selamatkan Wanita!

 

Angka ini konsisten dengan statistik di negara-negara lain: di Amerika Syarikat, sepertiga wanita yang mengalami keganasan turut mengalami intip dan hendap.

Berdasarkan angka tersebut, besar kemungkinan bahawa kira-kira 250,000 mangsa keganasan rumah tangga di Malaysia juga pernah diintip dan dihendap oleh pasangan yang bertindak ganas terhadap mereka (26-33 peratus daripada 900,000 wanita).

 

AKTA DIPINDA

Berkongsi mengenai RUU Anti Hendap di Konti Radio BERNAMA, Nona tertarik dengan perkongsian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Tegas Bela Mangsa Intip & Hendap, Datuk Mas Ermieyati Optimis RUU Anti-Hendap Bakal Selamatkan Wanita!

 

“Menakutkan bukan? Bayangkan aktiviti hendak berlaku pada diri kita atau adik beradik atau mana-mana ahli keluarga kita? Takkan kita hendak berdiam diri?

IKLAN

Sebab itu saya tekankan mengenai isu ini. Saya takkan jemu untuk bercakap sehingga RUU ini di kuatkuasakan supaya mangsa dapat dibela dan meneruskan kehidupan dengan baik. Saya juga minta anda semua untuk cakna dan lapor kepada pihak berkuasa.” Mas Ermieyati

Lapor BERNAMA, bukan sahaja menghendap secara fizikal, malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

Justeru Datuk Mas Ermieyati berkata adalah penting dan tepat pada masanya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya daripada yang mendatangkan kecederaan semata-mata.

“… kalau tidak ada satu undang-undang yang benar-benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang).”

IKLAN

Tegas Bela Mangsa Intip & Hendap, Datuk Mas Ermieyati Optimis RUU Anti-Hendap Bakal Selamatkan Wanita!

 

Beliau juga optimis rang undang-undang yang dijangka akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan diluluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.

Pada 4 Ogos lepas, pindaan Akta 574 bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah telah dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI