Hari ini, 19 September mencatatkan detik bersejarah buar semua penduduk UK dan warga dunia di mana mendiang Ratu Elizabeth II akan disemadikan di dalam Bilik Kebal Diraja di Gereja St. George selepas tempoh 10 hari berkabung secara rasminya tamat semalam.
Upacara persemadian akan dilakukan pada pukul 11.00 pagi (waktu tempatan) hari ini (kira-kira pukul 6 petang waktu Malaysia). Istiadat penghormatan terakhir akan berlangsung di Westminster Abbey di London yang merupakan gereja bersejarah pernah menabalkan Raja dan Ratu Britain.
Ads
Majlis itu dijangka berakhir sebelum waktu tengah hari dengan semua penduduk di seluruh negara diarahkan bertafakur dan senyap selama dua minit selepas itu. Siaran langsung akan disiarkan oleh BBC Television dan disediakan dalam platform penstriman BBC iPlayer serta liputan dalam portal berita BBC dan BBC Radio sepanjang hari.
Ads
Ads
Rangkaian lain turut dipancarkan secara langsung serta tayangan skrin gergasi di tempat awam dan seluruh kawasan di UK. Acara persemadian akan disiarkan di Hyde Park, London termasuk beberapa lokasi lain di Sheffield, Birmingham, Carlisle, Edinburgh, Coleraine, Bedford, Bradford, Coventry, Exeter, Leeds, Manchester dan Newcastle. Sebanyak 125 pawagam di seluruh UK juga akan menyiarkan siaran secara langsung.
(Sumber: Utusan)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu pening-pening kira zakat fitrah anda ikut negeri tempat bekerja, ada caranya yang sangat mudah, tepat dan praktikal guna kalkulator yang disediakan ini.
Zakat fitrah merupakan zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Waktu Pembayaran
Bagi memastikan ia ditunaikan dengan tepat, terdapat beberapa waktu yang perlu diketahui oleh setiap Muslim.
Waktu yang harus bagi pembayaran zakat fitrah adalah sepanjang bulan Ramadan, sementara waktu wajib adalah selepas terbenam matahari pada malam Aidilfitri.
Namun, waktu yang paling afdal untuk membayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Aidilfitri bagi memastikan ia sampai kepada golongan yang memerlukan sebelum mereka menyambut Hari Raya.
Pembayaran zakat selepas solat sunat Aidilfitri adalah makruh, manakala ia menjadi haram jika dilakukan selepas terbenam matahari pada 1 Syawal tanpa uzur syarie.
Jumlahnya diukur berdasarkan jumlah satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan kira-kira 2.7 kilogram beras atau makanan ruji yang biasa dimakan oleh masyarakat setempat.
Kadar zakat ini berbeza mengikut negeri dan harga beras yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Sebagai contoh, kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan adalah RM7, RM15, dan RM22, bergantung kepada jenis beras yang digunakan oleh pembayar zakat.
Di Malaysia, pembayaran zakat fitrah dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Pembayaran zakat ini boleh dilakukan dalam bentuk beras atau wang tunai, bergantung kepada amalan di negeri masing-masing.
Biasanya, pembayaran boleh dilakukan di masjid, surau, dan kaunter zakat yang disediakan. Selain itu, banyak negeri kini menawarkan kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian melalui portal zakat negeri, aplikasi perbankan, atau e-dompet.
Kalkulator Zakat Fitrah
Bagi memudahkan umat Islam mengira jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar, Astro Awani menyediakan Kalkulator Zakat Fitrah melalui inisiatif Salam Ramadan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengira zakat fitrah dengan menggunakan kalkulator ini:
Di bahagian negeri, pilih negeri anda. Sebagai contoh, pilih Wilayah Persekutuan.
(3) Pilih Kemampuan Zakat
Pilih kadar zakat berdasarkan kemampuan anda. Sebagai contoh, untuk Wilayah Persekutuan, terdapat tiga pilihan kadar zakat: RM7, RM15, dan RM22.
(4) Masukkan Jumlah Tanggungan
Isikan jumlah tanggungan anda di ruang kosong yang disediakan.
(5) Klik ‘Kira Zakat Saya’
Akhir sekali, klik butang ‘KIRA ZAKAT SAYA’ untuk mendapatkan jumlah bayaran zakat yang perlu dikeluarkan.
Setelah mengikuti langkah-langkah ini, jumlah bayaran yang perlu dikeluarkan akan terpapar di skrin.
Buat anda yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya dan Labuan) boleh terus membuat bayaran zakat secara di atas talian melalui pautan yang disediakan!
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat berpuasa!
Siapa yang tak kenal dengan pempengaruh terkenal, Maryam Younarae atau Maryam Durian Kimchii yang kini dilihat semakin anggun dan berseri wajahnya selepad nekad berhijrah menutup aurat sekitar awal bulan ini.
Dan baru-baru ini, Maryam ada berkongsikan gambar momen bersama ibunya yang hadir menziarahi dia dan suami di Malaysia.
Menerusi perkongsian itu, Maryam dilihat membawa ibunya menziarah masjid untuk menunaikan solat subuh serta menghadiahkan wanita itu telekung.
Menurut isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu, dia cukup terharu apabila ibu tercintanya itu menyuarakan hasratnya untuk membawa pulang telekung itu ke Korea Selatan kerana ingin perlahan-perlahan belajar solat ketika di sana.
“Ibu ikut saya pergi solat Subuh di Masjid pagi tadi, Alhamdulilah dan Insya-Allah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya”.
Maryam juga dilihat turut meluahkan rasa sedih ketika mahu menghantar ibunya pulang ke Korea Selatan selepas beberapa hari berada di Malaysia.
Ibu kepada seorang anak dan juga isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim itu menyatakan setelah hampir tiga tahun berkelana di Malaysia dia sangat merindui kasih sayang dari ibunya. Lantas, kehadiran ibunya ke Malaysia sedikit sebanyak mengubati kerinduannya.
“Di Malaysia, saya sendirian tanpa keluarga sejak 3 tahun yang lalu dan saya banyak mengharungi hidup saya sebagai seorang ibu kepada anak saya. Sepanjang tempoh itu, saya banyak menghabiskan masa membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak lebih daripada diri saya sendiri sehinggalah ibu datang melawat.”
Melihat pada ruangan komen hantaran berkenaan, ramai pengikut serta warga maya yang teruja dengan niat ibu kepada Maryam dan mendoakan semoga pintu hati ibunya terbuka untuk menganuti agama Islam.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekuatan seorang wanita sememangnya luar biasa. Dalam keadaan sukar macam mana sekalipun mereka mampu mengawal situasi dengan baik dan pastinya dengan ‘bantuan’ Dia Yang Satu! Benarlah, Allah menciptakan wanita dengan cukup istimewa. Luaran sahaja nampak lembut tapi dalaman mereka tersimpan seribu satu rahsia.
Melihat ketabahan Dayah Bakar mengharungi saat kelahiran tanpa ketiadaan suami di sisi membuktikan betapa kuatnya insan bergelar ibu ini. Nona percaya ramai wanita rasa kagum dengan semangat Dayah.
Detik 2.23 petang tanggal 17 Ogos lepas, cahaya mata sulung yang paling dinanti-nantikan Dayah dan suami tercinta selamat lahir ke dunia. Namun, momen kelahiran bayi lelaki comel tersebut tidak dapat disaksikan suami Dayah yang juga pegawai tentera berpangkat kapten iaitu Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat pulang ke tanah air kerana wabak Covid-19.
Pun begitu, kedua-dua pasangan romantis ini saling memahami dan kerap berinteraksi di antara satu sama lain. Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar selamat melahirkan anak sulung secara pembedahan dan ditemani ahli keluarga tersayang.
Berkongsi khabar gembira bersama peminat di Instagram, Dayah turut memuatnaik gambar jari si comel memegang erat jemarinya. “Allahuakbar alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi. Both mommy and baby doing fine. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out. Macam mimpi. Indescribable feeling, MashaAllah.”
https://www.instagram.com/p/CD93Y2PpyHl/
Genap seminggu kelahiran, Dayah mengumumkan pula nama si comel tersebut yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri bin Muhammad Hanif. Sedap nama! Jelas Dayah, Achbar bermaksud dihormati, Muhammad pula membawa makna yang terpuji dan Fahri ialah kebanggaanku. “Nama pilihan Baba. Apa Baba suka, ibu turutkan. Tapi, nama Fahri tu memang pilihan tepat hati Ibu.”
Pada 29 Jun lepas, Dayah dan Hanif menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Walau tidak lagi berpeluang untuk bertemu tapi Hanif tetap mengingati tarikh keramat itu dan menghantar pemberian istimewa kepada isteri tercinta sempena meraikan ulang tahun hari bersejarah mereka. Moga Dayah terus kuat menjalani tempoh berpantang dan dapat segera dipertemukan dengan suami tercinta di samping anak tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.