Tak perlu pening-pening kira zakat fitrah anda ikut negeri tempat bekerja, ada caranya yang sangat mudah, tepat dan praktikal guna kalkulator yang disediakan ini.

Zakat fitrah merupakan zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
Kira Zakat Fitrah Anda Ikut Negeri Tempat Bekerja, Caranya Mudah, Tepat & Praktikal Guna Kalkulator Ini
Kalkulator Zakat Fitrah

Waktu Pembayaran

Bagi memastikan ia ditunaikan dengan tepat, terdapat beberapa waktu yang perlu diketahui oleh setiap Muslim.

Waktu yang harus bagi pembayaran zakat fitrah adalah sepanjang bulan Ramadan, sementara waktu wajib adalah selepas terbenam matahari pada malam Aidilfitri.

Namun, waktu yang paling afdal untuk membayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Aidilfitri bagi memastikan ia sampai kepada golongan yang memerlukan sebelum mereka menyambut Hari Raya.

Pembayaran zakat selepas solat sunat Aidilfitri adalah makruh, manakala ia menjadi haram jika dilakukan selepas terbenam matahari pada 1 Syawal tanpa uzur syarie.

Jumlahnya diukur berdasarkan jumlah satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan kira-kira 2.7 kilogram beras atau makanan ruji yang biasa dimakan oleh masyarakat setempat.

Kira Zakat Fitrah Anda Ikut Negeri Tempat Bekerja, Caranya Mudah, Tepat & Praktikal Guna Kalkulator Ini
Kalkulator Zakat Fitrah

Kadar zakat ini berbeza mengikut negeri dan harga beras yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Sebagai contoh, kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan adalah RM7, RM15, dan RM22, bergantung kepada jenis beras yang digunakan oleh pembayar zakat.

Ads

Di Malaysia, pembayaran zakat fitrah dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Pembayaran zakat ini boleh dilakukan dalam bentuk beras atau wang tunai, bergantung kepada amalan di negeri masing-masing.

Biasanya, pembayaran boleh dilakukan di masjid, surau, dan kaunter zakat yang disediakan. Selain itu, banyak negeri kini menawarkan kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian melalui portal zakat negeri, aplikasi perbankan, atau e-dompet.

 

Kalkulator Zakat Fitrah

Bagi memudahkan umat Islam mengira jumlah zakat fitrah yang perlu dibayar, Astro Awani menyediakan Kalkulator Zakat Fitrah melalui inisiatif Salam Ramadan.

Kira Zakat Fitrah Anda Ikut Negeri Tempat Bekerja, Caranya Mudah, Tepat & Praktikal Guna Kalkulator Ini

Ads

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengira zakat fitrah dengan menggunakan kalkulator ini:

(1) Layari Laman Sesawang

Pertama, layari laman sesawang pulse.astroawani.com/ramadan.

(2) Pilih Negeri

Di bahagian negeri, pilih negeri anda. Sebagai contoh, pilih Wilayah Persekutuan.

(3) Pilih Kemampuan Zakat

Ads

Pilih kadar zakat berdasarkan kemampuan anda. Sebagai contoh, untuk Wilayah Persekutuan, terdapat tiga pilihan kadar zakat: RM7, RM15, dan RM22.

Kira Zakat Fitrah Anda Ikut Negeri Tempat Bekerja, Caranya Mudah, Tepat & Praktikal Guna Kalkulator Ini
Kalkulator Zakat Fitrah

(4) Masukkan Jumlah Tanggungan

Isikan jumlah tanggungan anda di ruang kosong yang disediakan.

(5) Klik ‘Kira Zakat Saya’

Akhir sekali, klik butang ‘KIRA ZAKAT SAYA’ untuk mendapatkan jumlah bayaran zakat yang perlu dikeluarkan.

Setelah mengikuti langkah-langkah ini, jumlah bayaran yang perlu dikeluarkan akan terpapar di skrin.

Buat anda yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya dan Labuan) boleh terus membuat bayaran zakat secara di atas talian melalui pautan yang disediakan!

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat berpuasa!

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/berhijab-waktu-bersalin-ramai-puji-penampilan-maryam-you-narae-di-hospital/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI