Penyanyi, Noh Salleh selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa, petang semalam.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Ads
Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa Fatin menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran. Difahamkan juga, pasangan ini dijangka diijabkabulkan pada 23 September 2023.
Wanita pilihannya itu bernama Fatin Athira Mustapa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
Ads
Terdahulu, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai pada bulan Ogos tahun lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.
Ads
Tahniah NONA ucapkan. Semoga perhubungan ini diredhai dan terus ke jinjang pelamin.
Sumber: Berita Harian, Utusan TV
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Populariti kumpulan Blackpink dan ahli-ahlinya memang tidak dapat disangkalkan lagi. Dan baru-baru ini, Fakulti Sains Universiti Chiang Mai, Thailand telah menemukan spesies baru tumbuhan bunga yang belum pernah ditemukan sebelumnya di dunia bertindak menamakannya sempena nama pesohor itu.
Semua orang tahu salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa memang cukup popular dan sangat menjadi kebanggaan negara kelahirannya Thailand.
Tumbuhan tersebut diberi nama Friesodielsia lalisae atau Bunga Lalisa dan telah ditemui di kawasan Selatan Narathiwat.
Bangkok Post juga melaporkan nama Bunga Lalisa diberikan oleh para peneliti untuk menghormati idol Kpop kelahiran Thailand dengan nama sebenar Lalisa Manoban.
“Friesodielsia lalisae atau Bunga Lalisa dinamakan sempena menghormati Lalisa Manoban, seorang rapper, penyanyi dan penari Thailand yang terkenal.
“Dia menjadi motivasi dan telah menginspirasi penulis Anissara Damthongdee untuk mengatasi kekangan sepanjang menghabiskan pengajian PhD-nya,” bunyi laporan penelitian rasmi yang dikeluarkan.
Bunga Lalisa masuk keluarga tanaman Annonaceae yang terdiri dari pohon, semak atau liana. Para peneliti menekankan Bunga Lalisa harus dikelompokkan sebagai tumbuhan yang jarang ditemui dan terancam pupus.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain sambutan Aidilfitri yang menjadi bualan di semua laman media sosial, pertandingan sukan popular bola sepat Piala Dunia FIFA 2018 turut menjadi topik hangat di media sosial sekarang.
Piala Dunia FIFA atau selalunya disebut sebagai Piala Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Selain itu, Piala Dunia juga dinantikan oleh peminat sukan popular ini setiap empat tahun sejak 1930. Kejohanan yang sudah masuk kali ke-21 ini menyaksikan 32 pasukan termasuk Rusia yang layak secara automatik sebagai tuan rumah, berentap untuk menjulang trofi Piala Dunia yang menjadi rebutan. Kejohanan ini sudah berlangsung pada 14 Jun yang lalu dan bakal berakhir pada 15 July nanti.
Jangan terkejut, ada juga artis yang sanggup beraya di Rusia hanya kerana ingin menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung di stadium seperti Janna Nick dan Alvin Chong. Tidak semua yang minat akan perlawanan bola sepak ini terutamanya perempuan. Betul tak? Peminat suka bola sepak ini selalunya dimonopoli oleh kaum lelaki. Kalau ada perempuan yang minat bola pun mesti tak ramai.
Tapi, mana-mana perempuan mesti kenal Christiano Ronaldo dan David Beckham. Betul tak? But don’t worry girls, kalau tak minat tengok bola sepak, boleh ‘cuci mata’ tengok pemain-pemain bola sepak yang hot dan kacak ni.
1. ALISSON BECKER
Umur: 25 Negara: Brazil Nombor Jersi: 1
2. JAMES RODRIGUEZ
Umur: 26 Negara: Colombia Nombor Jersi: 10
3. LIONEL MESSI
Umur: 30 Negara: Argentina Nombor Jersi: 10
4. MOHAMED SALAH
Umur: 25 Negara: Egypt Nombor Jersi: 10
5. MATS HUMMELS
Umur: 29 Negara: German Nombor Jersi: 5
6. ANDRE SILVA
Umur: 22 Negara: Portugal Nombor Jersi: 9
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan band popular, Indonesia, Padi Reborn dalam sebuah konsert khas sempena meraikan ulang tahun ke-25 kelmarin sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat kumpulan ini.
Kehadiran mereka bagi meraikan ulang tahun jubli perak bersama peminat, Sobatpadi dan penggemar muzik di Malaysia direalisasikan dengan persembahan bertenaga Piyu, Fadly, Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram).
Sebelum menggunakan nama Padi Reborn, lima pemuzik ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan menggunakan nama Padi pada 1997. Album Lain Dunia dipasarkan setahun kemudian meledak, mengutip lebih 800 ribu unit jualan dan menyemarakkan nama Padi sebagai antara kumpulan terbaik di Indonesia.
Para peminat dihiburkan dengan lagu-lagu hit kumpulan ini antaranya termasuklah Bayangkanlah, Sang Penghibur, Sesuatu Yang Indah, Menanti Sebuah Jawaban dan beberapa lagi lagu yang menjadi lagu hit sepanjang zaman kumpulan popular Indonesia ini.
Kemunculan Ratu Jazz, Dato’ Sheila Majid berkongsi pentas bersama Padi Reborn sememangnya ditunggu-tunggu oleh para peminat apatah lagi untuk menyaksikan paduan vokal penyanyi yang membawakan elemen Jazz serta vokal Fadly yang lebih kepada rock.
Ternyata pemilihan lagu Kasih Tak Sampai yang dinyanyikan secara duet memberi nafas baharu buat lagu yang dicipta pada tahun 2001. Tidak keterlaluan jika penulis katakan lagu “berhantu” itu nampak ‘hidup’ apabila kekuatan vokal Dato Sheila Majid bergandingan dengan Fadly.
Tidak lengkap persembahan Ratu Jazz jika tidak meminta Padi Reborn mempersembahkan lagu popular Antara Anyer dan Jakarta. Lagu popular Dato’ Sheila Majid yang diterbitkan pada tahun 1986 ini sememangnya amat popular baik di Indonesia dan Malaysia. Segenap ruang Zepp Kuala Lumpur menyanyikan lagi tersebut yang diberi sentuhan rock.
Persembahan diteruskan dengan lagu Warna dari album pertama Dato’ Sheila Majid. Penampilan Dato’ Sheila Majid yang santai dengan gabungan blouse hitam dan skirt jeans turut mencuri tumpuan kerana ia sekaligus menampakkan dirinya lebih muda dan ranggi, sesuai dengan persembahan yang diadakan pada malam ini! Lontaran vokal penyanyi yang berusia 57 tahun ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi!
Sebanyak 23 buah lagu didendangkan oleh Padi Reborn termasuklah enam lagu yang dipersembahkan secara akustik yang padu dan membuai emosi! Menutup tirai persembahan dengan lagu Hitam dan Begitu Indah, sudah semestinya perjalanan pulan SobatPadi usai konsert pada malam tersebut disulami perasaan indah dan dibuai pelbagai emosi puas dapat menyaksikan kumpulan ini kembali beraksi di Kuala Lumpur setelah membuat konsert skala kecil sekitar 2018 yang lalu.
Lebih istimewa, pihak penganjur, Qew Communications Sdn. Bhd. berhasrat menderma sebahagian daripada hasil penjualan tiket kepada persatuan bukan kerajaan kanak-kanak asnaf.
Menurut Pengarahnya, Datin Rahizahwati Yahya, niat murni tersebut mula tercetus selepas melihat sambutan hangat daripada peminat setia Padi di sini. Katanya lagi, setiap RM1 daripada penjualan tiket tersebut akan kami salurkan kepada rumah kebajikan terbabit.
Foto Kredit: Razak Latif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.