Bukan main gembira lagi si bakal ibu apabila mendapat tahu mengenai kehamilan pertamanya. Pengalaman pertama sememangnya menjadi perkara penting buat setiap bakal ibu. Inilah masanya untuk belajar setiap peringkat sehingga kepada tumbesaran mereka.

Ads

Apa yang dimakan, nutrisi yang diambil dan vitamin yang sesuai untuk tumbesaran sempurna anak-anak digali untuk diketahui kepentingannya.

Namun sering kali bakal ibu lupa akan satu perkara…tendangan janin. Setiap tendangan seolah-olah memberi makna penting dan tersendiri. Amat penting untuk bakal ibu mengira detik tendangan itu agar anda tahu dan boleh melihat perkembangannya.

(a) Mengapa kiraan tendangan bayi penting?

Gerakan atau tendangan janin adalah salah satu method untuk mengetahui tahap kesihatan janin. Tidak kira walau di mana sekalipun, bakal ibu boleh melakukannya. Setiap kali ‘penghuni’ di dalam melakukan tendangan, setiap kali itu juga ikatan di antara ibu dan anak terjalin erat.

(b) Adakah setiap ibu hamil perlu menghitung tendangan janin?

Ads

Tentu sekali! Bermula usia kandungan 28 minggu sehingga si kecil dilahirkan. Aktiviti ini amat penting terutamanya kepada ibu hamil yang berisiko tinggi seperti penghidap diabetes mahupun hipertensi. Ibu hamil dalam golongan ini cenderung mendapat bayi yang kecil. namun, seandainya si ibu sihat, kiraan tendangan janin sangat penting juga dilakukan.

(c) Saat janin mulai aktif

Ads
  • Janin mula bergerak saat berusia tujuh hingga lapan minggu.
  • Ia dapat dikesan melalui pemeriksaan ultrabunyi.
  • Sebahagian ibu, mereka mula merasai pergerakan janin pada usia kandungan 16 hingga 24 minggu, bergantung pada ketebalan lemak dan posisi plasenta.
  • Apabila posisi plasenta berada di rahim hadapan atau si ibu mempunyai lemak tebal, pergerakan janin kurang dapat dirasai.
  • Ibu yang baru kali pertama hamil biasanya lebih lambat berbanding si ibu dengan kelahiran kedua.

(d) Saat janin bergerak kuat atau lemah

  1. Kuat atau lemah pergerakan janin bergantung pada aktiviti si ibu.
  2. Gerakan bayi memusing atau tendangan kakinya akan dirasakan sebagai tendangan kuat oleh ibu.
  3. Manakala, gerakan jari jemari bayi dirasakan gerakan yang lemah.
  4. Pada umumnya, janin bergerak lebih aktif sekitar jam sembilan malam hingga satu pagi.
  5. Air ketuban juga mempengaruhi kuat atau lemahnya tendangan bayi.
  6. Paling penting bukan kuat atau lemah pergerakan itu tetapi berapa kerap berlakunya pergerakan.

(e) Saat anda perlu mula risau

  • Apabila dalam masa dua jam, janin tidak menunjukkan apa-apa pergerakan.
  • Si ibu dinasihatkan makan terlebih dahulu dan lihat perkembangan gerakan.
  • Ibu juga boleh mengambil minuman manis atau jus untuk merangsang janin aktif kembali.
  • Anda juga boleh melakukan aktiviti ringan seperti berjalan.
  • Ibu juga boleh tidur dengan posisi mengiring ke kiri untuk memperbaiki aliran darah ke janin.

(f) Saat tendangan janin berkurangan

  1. Pada kehamilan trimester ketiga.
  2. Ruang untuk pergerakan janin mula terbatas kerana si kecil semakin membesar.
  3. Janin sudah tidak melakukan pergerakan memusing.
  4. Ibu yang sibuk bekerja ada kalanya tidak merasai perbezaan atau mengira pergerakan bayi. Janin yang tiba-tiba berkurangan adalah tanda-tanda masalah pada janin misalnya janin kurang oksigen atau nutrisi.
  5. Anda dinasihatkan untuk bertemu doktor bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI