Tengah Hamil 7 Bulan, AZRINAZ Kejutkan Peminat Dengan Foto Berbadan Dua!

Dalam diam, rupa-rupanya Azrinaz Mazhar Hakim sedang hamil anak kedua. Menerusi perkongsiannya di Instagram semalam ramai yang menzahirkan rasa gembira dan teruja, tidak kurang juga terkejut melihat gambar terbaharu personaliti TV ini. Anggun mengenakan busana putih dengan turban rona senada, Azrinaz dalam nada teruja berkongsi perkembangan diri kepada peminat.

Patutlah jarang muat naik gambar terbaharu… sedang mengandung rupanya. Pandai Azrinaz ‘simpan’ rahsia!

Kongsinya, “This is NOT a throwback. What you see in this picture is happening now. Pink or blue, what to adore, here we go with my ‘number four’! I am currently 7 months plus, to be exact 30 weeks of pregnancy. Alhamdulillah syukur. Allah is blessing me and my husband by giving me another chance to carry another life again at this age.”

Walau meniti usia 42 tahun namun figura ini dikenali sebagai seorang wanita aktif yang mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam.

Tambah Azrinaz lagi, “I don’t expect to be so close a-gap after Areesya Malaykha, but why wait when I can do it now. So here you go! Dear families and friends, please pray for my baby and mommy a smooth delivery, InsyaAllah.”

Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan bayi perempuan comel yang diberi nama Areesya Malaykha pada 15 September 2019 jam 10.20 pagi dengan berat 2.75 kilogram.

Areesya Malaykha merupakan anak ketiga Azrinaz. Sebelum ini bekas pengacara tersebut menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Tahniah diucapkan kepada Azrinaz atas perkhabaran berita ini dan Nona mendoakan agar Azrinaz diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan bersalin kelak.

 

 

Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

IKLAN
Share