Rumah tangga pasangan diraja YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bertambah berseri sejak kehadiran seorang putera yang dilahirkan pada 17 Julai 2023 yang lalu.
Hujung minggu lalu, YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Akikah, Tahnik dan Cukur Jambul Anakanda Tengku Muhammad Johan Petra bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertempat di Istana Kota Lama.
Turut sama berangkat Paduka Bonda YMM Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid serta diiringi YM Tengku Aniza binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid.
Turut sama hadir YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Kelantan, YM Tengku Kaya Perkasa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YM Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, YDH CP Dato’ Ketua Polis Kelantan, Kerabat-Kerabat D’Raja Kelantan, Dif-Dif kenamaan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Majlis Tahnik dan Doa diketuai oleh YB SS Dato’ Kaya Perba, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan manakala bacaan selawat oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hairul Azizi bin Makhtar, Imam Tua Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Ads
Meskipun baharu dua minggu melahirkan cahaya mata pertama, penampilan YTM Che Puan Mahkota Kelantan yang mengenakan abaya rona biru lembut begitu mempersona dan menyerlahkan. Meskipun sedang dalam proses berpantang, wajah keibuan YTM Che Puan Mahkota Kelantan terserlah dalam aura tersendiri.
Ads
Pasangan diraja ini sepakat memilih nama Tengku Muhammad Johan Petra bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra untuk anakanda sulung yang selamat diputerakan pada tanggal 17 Julai 2023 yang lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang terkenal dengan sikapnya yang suka menyantuni rakyat jelata. Jika sebelum ini, para petugas hadapan (FRONTLINERS) dapat menikmati sendiri air tangan Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan menyajikan hidangan istimewanya kepada petugas di hospital.
Foto: Facebook Istana Negara
Kini sekali lagi Raja Permaisuri Agong menabur budi apabila berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan Facebook rasminya memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan.
Foto: Facebook Istana Negara
“Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.
Foto: Facebook Noor Hisham AbdullahFoto: Facebook Noor Hisham Abdullah
Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan tersebut.
Foto: Facebook Noor Hisham Abdullah
Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” coret Datuk Dr Noor Hisham.
Foto: Facebook Istana Negara
Semoga rantaian pandemik COVID-19 ini dapat diputuskan dengan segara dan kita dapat melakukan aktiviti harian seperti sediakala. Buat masa ini, mari kita patuh dengan seruan kerajaan dengan #dudukDiRumah atau #StayAtHome bersama keluarga. Ambil peluang merapatkan hubungan sesama keluarga. Jika ada yang mengalami kesusahan, bantu mereka mengikut kemampuan masing-masing.
Foto: Facebook Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertempat di JW Marriot Kuala Lumpur, Mood Republik Awards & Gala Night 2018 yang diadakan pertengahan Mac lepas cukup meriah. Majlis tersebut diadakan untuk menghargai usahawan elit dan berjaya terutamanya bumiputera Malaysia. Bertemakan Moulin Rouge, ballroom yang dihias indah dengan dekorasi serba merah cukup memukau. Kehadiran usahawan Malaysia dan selebriti terkenal tanah air dalam persalinan anggun dapat disaksikan pada malam tersebut.
Selain itu, senarai social media influencers dari dunia Facebook, Instagram, Youtube serta Twitter dari kelompok ” A ” turut hadir bagi memeriahkan majlis gilang-gemilang itu. Apa yang paling membanggakan, kesemua mereka adalah alumni usahawan Mood Republik. Pendek kata, ia merupakan event yang cukup glamor, berprestij dan mempunyai nilai versatil serta paling ditunggu-tunggu untuk meraikan para usahawan terbaik Malaysia.
Antara anugerah yang diberikan di majlis tersebut termasuklah Best New Entrepreneur, Young Entrepreneur of the Year, Start Up Entrepreneur of the Year, Rookie Business of the Year, Most Rapid Growth Entrepreneur, Best Man Entrepreneur of the Year, Best Woman Entrepreneur of the Year, Best Online Entrepreneur of the Year, Brand Experience of the Year, Best Celeb-preneur of the Year, Most Excelent Business Personality of the Year, The Most Innovative Entrepreneur of the Year, Marketer of the Year, Growing Business of the Year, Best Loyal Brand Entrepreneur dan Great Mood Republic Awards.
Tetamu yang hadir disajikan dengan persembahan memukau dari selebriti terkemuka tanah air. Gandingan mantap Erni dan Syamel mendendangkan lagu yang menjuarai anugerah vokal terbaik di AJL 32 ‘Aku Cinta’ nyata mencuri tumpuan ramai malam itu. Bahang kehangatan Mood Republik Awards & Gala Night 2018 makin dirasai apabila kelibat selebriti senior muncul di pentas utama. Lontaran suara dan persembahan mengasyikkan Anuar Zain, Ruffedge dan Ziana Zain pastinya menjadi momen terindah buat tetamu yang hadir.
Intai kemeriahan majlis gilang-gemilang ini yang berlangsung pada pertengahan Mac lalu.
Jurusolek terkenal Alha Alha menerima anugerah “ Most Rapid Growth Entrepreneur of the year”Jurusolek yang kian meningkat naik, Bella menerima anugerah “ Start Up Entrepreneur Of The Year” pada malam tersebutBella Ammara menerima anugerah “Best Online Company Of The Year”Pelakon kecil molek, Mawar Rashid menerima anugerah “ Best New Entrepereneur”Pasangan sejoli, Fattah Amin dan Fazura juga hadir di majlis yang dianjurkan oleh Mood RepublikAnuar Zain mendendangkan 3 buah lagu popularnya pada malam ituPersembahan vokal mantap dari gandingan serasi Erni dan Syamel dengan lagu “Aku Cinta”Ziana Zain muncul cukup memukau dengan persalinan serba hitamIfa Raziah merupakan salah seorang hos yang mengacaran majlis gilang-gemilang ituKehadiran Dato’ Seri Vida nyata memeriahkan suasana majlis
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di London pada 4 Mei 2023 bagi lawatan khas ke London, United Kingdom sehingga 14 mei 2023.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Luton, London pada 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi waktu Malaysia).
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut wakil Istana Buckingham, Deputy Lord Lieutenant Elizabeth Slack, Wakil Khas Foreign Secretary David Gordon-MacLeod dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakri Jaafar serta isteri, Datin Nor Aini Abdul Rahman.
Lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom di Westminster Abbey pada Sabtu ini (6 Mei).
Seri Paduka berdua turut dijadualkan menghadiri majlis resepsi dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham, esok (5 Mei).
Menurut catatan itu, kali terakhir Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Istana Buckingham ialah pada 12 Oktober tahun lepas sempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III.
Kunjungan hormat tersebut bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London dari 10 hingga 16 Oktober 2022.
Kredit Foto: IG Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.