Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Lancar Buku Masakan PERKEP

Memasak sememangnya menjadi antara tugas wajib seorang wanita apatah lagi apabila bergelar isteri dan ibu. Sejak kebelakangan ini, pelbagai medium boleh digunakan untuk mencari resipi baharu, namun kehadiran senaskah buku resipi tetap menjadi simpanan atau koleksi wajib bagi setiap wanita.

Baru-baru ini, Persatuan Keluarga Polis atau PERKEP cawangan Selangor telah menganjurkan  Majlis Hi-Tea Sepetang Bersama DYMM Permaisuri Selangor bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor anggun mengenakan sepasang baju kurung berona hijau serta mengenakan aksesori mutiara sebagai pelangkap gayanya.

Majlis tersebut turut diserikan dengan  pelancaran buku Resepi Serumpun Selera PERKEP Selangor yang telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Buku masakan tersebut menghimpunkan resipi daripada ahli-ahli PERKEP Selangor yang mempunyai pelbagai latar belakang dan budaya.


Turut Hadir di majlis tersebut ialah  YBhg. Datin Baidzura binti Su @ Busu selaku Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Naib Pengerusi PERKEP Selangor, YDH Dato’ Sasikala Devi a/p Subramaniam yang juga Timbalan Ketua Polis Selangor.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli biro-biro PERKEP Kontinjen Selangor, Pengerusi PERKEP Daerah Selangor dan AJK-AJK PERKEP Kontinjen Selangor dan juga beberapa tetamu jemputan serta bekas-bekas Pengerusi PERKEP Selangor.

 

 

 

IKLAN
Share