
Dari raut wajah dan perkongsiannya di media sosial, jelas terpancar sinar bahagia yang sedang melingkari kehidupan Raja Farah. Semuanya sejak kehadiran cahaya mata kedua yang selamat dilahirkan pada 7 April lalu secara normal dengan berat 3.45 kilogram. Menerusi foto yang dimuatnaik isteri kepada Iskandar Ismail tersebut kelihatan Raja Farah ceria mendukung bayi comel mereka di samping anak sulungnya dan suami tercinta.
Mengakui sangat teruja menjalani tempoh berpantang, Raja Farah Raja Aziz cukup berhati-hati mengumumkan berita kehamilan keduanya kepada umum memandangkan dia telah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.
Menyimpan hasrat untuk mempunyai anak perempuan setelah dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Imran Iskandar, dia dan suami bagaimanapun tetap bersyukur dengan anak lelaki kedua mereka.
“Alhamdulillah, we are now 4. Syukur alhamdulillah… we are so happy to announce the arrival of our 2nd son. Alhamdulllah… everything went well.”
Biarpun sibuk menguruskan anak yang baru lahir namun ibu berusia 31 tahun ini tetap tidak melupakan anak sulungnya. Kongsi Raja Farah lagi, “Kesian Abang Imran… nak manja-manja dengan mama, but in the same time mama tengah breastfeed adik.
But Imran has been a very good boy. He is so independent now… cranky & tantrum seeking for attention tu memang ada. Tapi most of the time, dia akan buat hal sendiri je.
Ya Allah, aku rasa bersyukur sangat dengan semua rezeki & kebahagiaan yang kau kurniakan ini. Alhamdulillah. Terasa hidup terlalu sempurna bila anak dah dua ni. Tapi husband nak baby girl ni. Mama belum boleh rest lah gayanya.”
Memang macam itulah perangai mak-mak. Sakit bersalin terus hilang dan lupa bila sudah dukung dan peluk anak. Moga Raja Farah sekeluarga terus diberikan kebahagiaan dan buat bakal ibu dan mereka yang masih menanti untuk menimang cahaya mata… semoga Allah SWT memperkenankan doa kita semua.
Kredit: Instagram Raja Farah
“Bukan Anak Pilihan Hati, Tapi Ibunya Yang KuPinang Sebagai Isteri!” Mr. XY

‘You kata you sayangkan I… Tapi at last you kebas my mother… Ape cite?’
‘Itu dulu Erina… sebelum I jumpa mother you! Please understand me…’ jawab Akmal.
Kali pertama Erina memperkenalkan ibunya padaku, kelu lidah tidak berkata. Degupan jantung semakin pantas, kaku seketika dibuatnya. Kala ibunya bersuara, tutur kata berlapis penuh kelembutan. Keanggunan menyerlah, sifat keibuan cukup membuat kuteruja. Raut wajahnya yang bersih, membuatkan hatiku tenang kala bersamanya.
Inikah namanya cinta pandang pertama? Perasaan yang timbul itu bukanlah kerana nafsu… Ikhlas kukatakan… hati ini terpaut dengan personaliti dan kelembutan jiwa yang ada padanya.
Salahkah aku untuk mencintai wanita yang lebih berusia daripadaku? Ibunya di usia 42 tahun… anak baru sahaja melangkah usia 22 tahun dan aku bukanlah terlalu muda sudah melewati usia 31 tahun. Beza usia antara kami, 11 tahun.
Bagiku tidak ada salahnya bukan… Kesilapannya hanya kerana pada awalnya aku melayan perasaan kasih sayang terhadap anaknya Erina tetapi di hujung perhubungan itu aku merasakan diri ini lebih serasi dan mencintai ibunya.
Mengenali Marissa, ibu Erina membuatkan aku benar-benar menjadi seorang lelaki sejati. Rasa bertanggungjawab dan kematangan dalam hidup, membuatkan aku cukup dihargai. Inilah wanita yang mungkin selama ini dicari dan aku rasakan sifat-sifat yang ada pada Marissa tentu sahaja setiap lelaki sentiasa mendambakannya. Mungkin kerana kematangan usia dan pengalaman yang ditempuhinya setelah kematian suami, membuatkan Marissa memiliki segalanya.
Bila difahami sebenar-benarnya tentang diri ini, aku suka wanita yang berdikari, berkarisma, lemah lembut, penyayang dan menyerlah aura keanggunannya. Seperti aku katakan tadi, hubungan yang terjalin ini bukanlah berlandaskan nafsu…
Cita rasa lelaki kadang-kadang mungkin berbeza, samalah keadaannya bila wanita muda gilakan lelaki berusia. Mungkin sahaja mereka inginkan lelaki berusia kerana kematangan mereka, mempunyai sifat bertanggungjawab selain dari wang ringgit!
Pada awalnya, semuanya agak canggung. Merissa tentu sahaja enggan menerima aku. Ibu mana yang sanggup melihat anak gadisnya berendam air mata. Tetapi di waktu yang sama, Merissa juga tidak menafikan perasaannya padaku. Itu paling penting! Bukan mudah untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaannya menerima aku.
Sejauh mana dia berlari merentasi awan biru, aku kejar bayangnya kerana aku yakin Merissa adalah wanita yang diciptakan untukku. Mungkin aku bukan jodoh pertamanya tetapi bagiku dialah jodoh suri hidupku selamanya… Aku lelaki yang harus kau yakini menerimamu seadanya!
Erina tidak ada cacat celanya… Manja keanak-anakan, cantik muda remaja dan seksi. Tetapi aku tidak tahu mengapa perasaan ini semakin tawar terus pada gadis muda itu dan memilih ibunya sebagai kekasih hati. Aku faham jika keadaan ini sukar diterima oleh Erina, namun aku percaya dalam usianya muda pasti sahaja dia masih mempunyai banyak peluang membuka mata lebih luas untuk menemui insan yang lebih baik dari aku.
Biarkan Erina mencari keinginan dirinya sebenar, seperti aku dahulu yang tidak tahu arah jua mencari pasangan paling serasi dalam hidup… Bila suatu hari Erina tersedar, barulah dia akan tahu makna cinta sebenar dan insyaAllah dapat menerima aku seadanya. Aku hanya mampu berterusan berdoa agar semuanya sempurna seperti yang aku inginkan…
Ibuku, pada awalnya membantah tentu sahaja kecewa dengan pilihan aku. Tetapi sekeras hati ibu, akhirnya lembut jua. Ibu lebih memahami anak lelakinya ini. Setelah diterangkan dengan jelas mengapa Merissa menjadi pilihan hati dan ibu pula memberi nasihat berguna pada aku… Alhamdulillah keluarga tidak lagi membantah. Itulah keistimewaan ibuku dan aku amat menyayangi serta menyanjungnya. Dan kerana itu jugalah aku mengagumi Merissa kerana sebahagian dari watak ibu ada persamaan dalam dirinya.
Bila restu sudah diterima dari keluarga, aku sudah tidak peduli lagi apa yang mungkin diperkatakan oleh mulut orang luar. Bagi aku restu ayah dan ibu itu sudah cukup untuk membuahkan kebahagiaan dalam membina rumah tangga bersama.
Aku yakin Merissa adalah jodohku. Dan bakal menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik seperti mana dia membesarkan Erisa dengan sempurna. Mungkin di tahap usianya aku tidak mengimpikan anak berderet, namun usaha itu pasti ada. Jika ada rezeki, alhamdulillah. Semuanya ketentuan Allah. Aku juga berjanji untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab, matang dan mampu membimbingnya dunia serta akhirat…
Menyingkap Intuisi Jiwa Muslimah, Beratkah PERANAN Yang Perlu Digalas Oleh Wanita Moden?

Di sekitar awal penciptaan manusia iaitu Adam telah menceritakan sememangnya manusia memerlukan teman. Oleh kerana itu, Allah SWT menciptakan Hawa sebagai pelengkap kepada kekurangan dan kesepian dalam hidup seorang Adam sebagai isterinya. Sebagai tujuan yang lebih tinggi iaitu bagi meramaikan umat, untuk melakar sejarah kebudayaan yang lebih menarik.
Meskipun begitu, dalam kebanyakan kisah di dalam al-Quran, khususnya apabila kita melihat perjalanan cerita penciptaan Hawa itu sendiri memperlihatkan tentang kepentingan peranannya yang berfungsi sebagai isteri dan menjadi peneman hidup kepada Adam.
Adapun kisah peranan wanita lain adalah ketika perjalanan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW yang kita kenali iaitu memelihara Rasulullah SAW iaitu Aminah; ibu kandung baginda, yang menyusuinya; Halima As-Sa’diyah dan yang menjadi pengasuh baginda iaitu Ummu Aiman r.a. daripada Habsyah.
Rasulullah SAW telah bersabda, “Bahawa dia adalah ibuku setelah ibuku sendiri.” Kemudian, muncul pula Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan membantu baginda, Siti Aisyah, Ummu Salamah dan lain-lainnya daripada Ummahatul Mu’minin iaitu ibu daripada kaum Mukmin, juga isteri-isteri nabi serta isteri-isteri para sahabat Rasulullah SAW.
Sedari pada zaman kewujudan Adam lagi sehinggalah pada zaman kehidupan Rasulullah SAW, kaum wanita telah dilihat berperanan penting bagi sama-sama berjuang menegakkan agama Islam dan saling melengkapi kaum Adam.
Dahulu dan meskipun sekarang, wanita sering dianggap sinonim dengan dapur dan anak atau lebih kepada keperihalan rumah tangga semata-mata. Pun begitu, peranan mereka sudah banyak berubah terutama kini memegang profesion penting seperti peguam, doktor, jurutera, guru dan mencapai taraf pendidikan yang setanding dengan kaum lelaki.
Dewasa ini, peranan wanita cukup meluas sehingga meliputi pelbagai bidang terutama berhubungan dengan dirinya sendiri yang diselaraskan dengan Islam. Hal ini tentunya menjurus kepada perihal segi akidah seseorang wanita itu, akhlak dan jalan penyelesaian masalah yang tidak menyimpang daripada apa yang sudah digariskan oleh Islam.
Kaum Muslimah telah dilihat melalui satu fasa perubahan yang baharu di mana kaum wanita Islam juga mempunyai kerjaya yang tinggi sebagaimana dimiliki oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita yang dilihat pada masa kini lebih terjerumus kepada cara hidup kebaratan yang meniru secara membuta-tuli.
Fesyen wanita Islam hari ini telah melalui pelbagai peringkat yang rata-ratanya banyak melanggar hukum-hakam agama. Misalnya, pakaian yang terlalu melekat pada batang tubuh sehingga menampakkan bentuk tubuh lalu menjadikan alasan fesyen adalah sebahagian daripada trend masa kini.
Seharusnya, mereka perlu menjalani dan memelihara akhlak dan perilaku mereka bersesuaian dengan yang dikehendaki oleh Islam. Kaum Muslimah tidak boleh semena-mena terpengaruh dengan sikap dan perilaku wanita bukan Islam.
Hal ini kerana, atur cara hidup mereka adalah bebas dan tidak terikat kepada perkara halal dan haram, mahupun baik atau buruk serta berbeza sama sekali dengan pemikiran dan peraturan-peraturan sebagaimana yang digariskan dalam panduan Islam.
Kepentingan kaum wanita adalah sama taranya dengan kaum lelaki kerana diawal kewujudannya, kaum Hawa diciptakan adalah bagi saling melengkapi antara Adam dan Hawa.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda, bahawa: “Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, “Aku ikut saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jahat.
Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahawa jika orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya dan jika orang-orang melakukan kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakannya.”
SEIMBANG
Keseimbangan tanggungjawab yang dipikul kaum wanita berbanding lelaki ada perbezaannya. Namun begitu, di dalam al-Quran telah ditetapkan tentang kesemua perintah ditujukan kepada kedua pihak iaitu lelaki dan wanita, terkecuali yang tertentu bagi salah satu daripada keduanya, iaitu kewajipan bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah dengan menjalankan apa yang diwajibkan kepadanya.
Perlu diketahui tentang tanggungjawab sebagai seorang anak, seandainya kedua orang tuanya menyimpang daripada batas-batas agama, maka dengan cara yang baik serta sopan, seharusnya dia mengajak kedua orang tuanya kembali ke jalan yang betul iaitu yang menjadi tujuan agama, di samping dia tetap menghormati kedua orang tuanya.
Selain itu, sentiasa menjaga nama baik dan maruah diri, agama serta keluarga. Sementara itu, wajib bagi setiap isteri membantu suaminya dalam menjalani perintah agama, selain mencari rezeki yang halal serta menerima dan mensyukuri apa yang dimiliki.
Wajib pula bagi setiap ibu untuk mendidik anak-anaknya supaya taat kepada Allah SWT dengan menjauhi segala larangan-Nya dan menjalankan segala perintah-Nya serta sentiasa taat kepada kedua orang tuanya.
Kewajipan bagi wanita seagama Islam adalah dengan ingat-mengingati sesama sendiri untuk sama-sama membersihkan akidah dan tauhidnya daripada terus dipengaruhi segala apa yang bertentangan dengan garis panduan Islam.
Dengan wujudnya tindakan-tindakan di luar Islam yang mengancam sebahagian kaum Muslimin terhadap wanita yang kurang prihatin, maka hal inilah yang akan menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban barat dan fahaman-fahamannya.
Selain daripada kerjaya atau profesion yang menjadi saingan kepada kaum lelaki hari ini, wanita Muslim seharusnya dibekali dengan keseimbangan ilmu di antara agama dan duniawi serta perlu arif tentang adab atau batas-batas perhubungan dengan kaum lelaki, hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga seperti hal perkahwinan, tanggungjawab suami dan isteri, perhubungan ibu bapa dan anak-anak serta perhubungan dengan saudara yang lain serta peraturan hidup seharian daripada segi pemakanan, berpakaian, pembelajaran, pekerjaan dan sebagainya.
Paling utama sekali, wanita Muslim perlu mempersiapkan diri mereka dari segi rohani, mental dan fizikal ke tahap yang sebaik mungkin supaya mereka dapat menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. KR
Tak Lagi Senyum Buat Video Masakan, Ekspresi Sedih Cef Burak Untuk Palestin Bikin Ramai Sayu!

Jika selama ini ramai yang terpesona dengan gaya masakan unik dan ekspresi Cef Burak Ozdemir yang sering mengukir senyuman sepanjang menghasilkan video masakan, kini hilangnya seri dan ‘kemanisan’ itu.
Semuanya gara-gara insiden dan keadaan huru-hara yang sedang melanda penduduk di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Sebagai individu berpengaruh dan terkenal dengan masakan amalnya untuk golongan kurang berkemampuan, penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat jenayah perang rejim Zionis Israel cukup memberi kesan besar terhadap kehidupan cef kelahiran Turki ini.



Ramai peminat mula menyedari perubahan Cef Burak kebelakangan ini apatah lagi dia turut dilihat enggan bergembira dan tersenyum ketika membuat content di media sosial.
Ini merupakan cara usahawan lelaki berusia 28 tahun berkenaan menunjukkan tanda sokongan dan solidariti kepada saudara Islam di sana.
Dalam perkongsian video masakan baru-baru ini juga jelas kelihatan wajah sedih Cef Burak. Reaksi tersebut nyata mengundang pertanyaan dan perhatian peminat.




Yang pasti, ia bukanlah kali pertama dia muncul dengan penampilan seumpama itu dalam video masakannya.
Malah ketika Turkiye dilanda gempa bumi pada Februari lalu, Cef Burak turut bertindak sama.



Sehingga ke hari ini, dia sudah pun mempunyai lebih 54 juta pengikut di media sosial. Personaliti ceria dan bakat Cef Burak menyediakan hidangan dalam portion besar turut mendapat perhatian personaliti terkenal dunia seperti Khabib Nurmagomedov, Cristiano Ronaldo dan pengasas Huda Beauty, Huda Kattan.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/tak-peduli-jika-diboikot-pemilik-huda-beauty-keturunan-iraq-ini-lantang-bela-nasib-palestin/