Gaya Hidup

“Terasa Hidup Terlalu SEMPURNA Bila Anak Dah Dua,” Suami RAJA FARAH Teringin Anak Perempuan Pula!

Dari raut wajah dan perkongsiannya di media sosial, jelas terpancar sinar bahagia yang sedang melingkari kehidupan Raja Farah. Semuanya sejak kehadiran cahaya mata kedua yang selamat dilahirkan pada 7 April lalu secara normal dengan berat 3.45 kilogram. Menerusi foto yang dimuatnaik isteri kepada Iskandar Ismail tersebut kelihatan Raja Farah ceria mendukung bayi comel mereka di samping anak sulungnya dan suami tercinta.

Mengakui sangat teruja menjalani tempoh berpantang, Raja Farah Raja Aziz cukup berhati-hati mengumumkan berita kehamilan keduanya kepada umum memandangkan dia telah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

Menyimpan hasrat untuk mempunyai anak perempuan setelah dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Imran Iskandar, dia dan suami bagaimanapun tetap bersyukur dengan anak lelaki kedua mereka.

“Alhamdulillah, we are now 4. Syukur alhamdulillah… we are so happy to announce the arrival of our 2nd son. Alhamdulllah… everything went well.”

Biarpun sibuk menguruskan anak yang baru lahir namun ibu berusia 31 tahun ini tetap tidak melupakan anak sulungnya. Kongsi Raja Farah lagi, “Kesian Abang Imran… nak manja-manja dengan mama, but in the same time mama

tengah breastfeed adik.

But Imran has been a very good boy. He is so independent now… cranky & tantrum seeking for attention tu memang ada. Tapi most of the time, dia akan buat hal sendiri je.

Ya Allah, aku rasa bersyukur sangat dengan semua rezeki & kebahagiaan yang kau kurniakan ini. Alhamdulillah. Terasa hidup terlalu sempurna bila anak dah dua ni. Tapi husband nak baby girl

ni. Mama belum boleh rest lah gayanya.”

Memang macam itulah perangai mak-mak. Sakit bersalin terus hilang dan lupa bila sudah dukung dan peluk anak. Moga Raja Farah sekeluarga terus diberikan kebahagiaan dan buat bakal ibu dan mereka yang masih menanti untuk menimang cahaya mata… semoga Allah SWT memperkenankan doa kita semua.

 

Kredit: Instagram Raja Farah

 

IKLAN
Share