Membersihkan wajah merupakan rutin wajib dalam rejim perawatan kulit harian. Namun tahukah anda terdapat beberapa kesilapan yang boleh membuatkan wajah cepat tua?
(1) Menggunakan skrub kasar
Kulit mengelupas boleh menjadi petanda baik kerana ia mengangkat sel kulit mati dan memudahkan produk anti-penuaan meresap ke dasar kulit.
Tapi jika kulit kerap mengelupas pula bermakna tidak baik, jadi pilihlah skrub yang tepat untuk keperluan kulit anda. Elakkan skrub bertekstur kasar kerana ia boleh merosakkan kulit dan menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan merosakkan pori-pori.
Anda juga boleh memilih penyegar yang dipakai dengan pad kapas jika tidak menggunakan skrub.
(2) Pembersih yang salah
Ads
Anda memiliki kulit berminyak atau berjerawat? Gunakan pembersih berbentuk gel kerana ia boleh menghilangkan minyak dengan lebih baik.
Bagi anda yang memiliki kulit kering atau sensitif, pilih pembersih yang lembut untuk menjaga minyak semula jadi di dalam kulit serta memelihara kelembapannya.
(3) Membazir membeli pembersih yang mahal
Adakah anda sanggup berbelanja besar untuk membeli pembersih wajah yang mahal? Anda sebenarnya sedang membuang wang di saluran pembuangan air.
Kita tidak memerlukan sabun wajah yang mahal kerana pembersih itu hanya berada sementara saja di atas kulit dan ia langsung tidak berfungsi sebagai ubat. Daripada membazir begini, lebih baik anda membeli produk perawatan kulit yang lebih efisyen seperti pelembap, krim tabir suria atau serum.
Ads
(4) Membilas dengan air hangat
Membilas sisa sabun dengan air hangat mungkin terasa segar tapi ia boleh menghilangkan lembapan dan minyak semula jadi kulit, seterusnya mengakibatkan kulit kering, merah dan gatal.
Sebaiknya gunakan air dingin untuk membilas sabun hingga benar-benar bersih.
Ads
(5) Tidak membersih secara menyeluruh
Pada waktu malam, sewaktu tidur, bakteria akan terbentuk di kulit disertai produksi minyak berlebihan tanpa disedari. Pastikan anda membersihkan wajah dengan sempurna pada waktu malam untuk menghilangkan kotoran, minyak dan sisa pencemaran yang melekat pada waktu siang.
Kesan pencemaran yang mempercepatkan penuaan adalah asap rokok serta debu yang terdapat pada alam sekitar. Ia boleh menyebabkan kolagen terjejas dan masalah pigmentasi.
(6) Terlalu kasar menggunakan berus penyental wajah
Penggunaan berus penyental wajah (face scrubber) memang dapat menjamin kulit dibersihkan dengan baik berbanding tanga. Tapi jika ia tiba-tiba membuatkan kulit jadi kering, sensitif atau kemerah-merahan, hentikan segera menggunakannya.
Ingat, permukaan kulit yang mengelupas keterlaluan sangat mudah membuatkan anda kelihatan tua sebelum masanya! Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Henry Golding mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas tampil di kaca TV buat pertama kali dalam rancangan 8TV Quickie bersama dengan hos-hos terkenal seperti Marion Counter, Hunny Madu, Aishah Sinclair dan ramai lagi.
Selepas beberapa ketika, kini Henry Golding mula meletakkan jejak di persada Hollywood, menempah dari satu ke satu projek filem antarabangsa bermula dengan Crazy Rich Asians, A Simple Favor, Last Christmas, The Gentleman, Snake Eyes dan yang terbaru Persuasion yang kini sudah ditayangkan di Netflix.
Persona bintang kelahiran Betong, Sarawak berumur 35 tahun ini sememangnya tidak dapat dinafikan, apatah lagi personalitinya yang ‘charming’ dan merendah diri, kini menjadi antara aset kebanggaan Malaysia. Selain dari kejayaannya di pentas lakonan antarabangsa, sudah pastinya kisah peribadi Henry Golding juga tidak terlepas dari lensa dan pena media terutama sekali melibatkan hal rumahtangganya.
Sudah berkahwin dan memiliki seorng cahaya mata, pasti ramai yang tertanya siapakah gerangan permata hati yang berjaya menambat hati serta tulang belakang kepada Henry Golding. Bukan saja jelita dan menawan, rupa-rupanya isteri kepada Henry Golding ini juga bukan calang-calang.
Ini dia beberapa fakta tentang Liv Lo Golding, isteri kepada Henry yang perlu anda tahu.
Liv Lo, lahir pada 21 Mei 1985 di Taichung City, Taiwan merupakan seorang usahawan, pengasas, duta jenama Taiwan dan penggemar kecergasan. Dia juga seorang pelakon, model dan hos.
Liv Lo seorang yang sangat aktif dan yoga menjadi salah satu rutin harian kegemarannya. Liv Lo juga seorang guru yoga berjaya untuk Tonal serta fasilitator pernafasan untuk Sacred Breath Academy.
Liv juga seorang yang sangat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan. Dia bukan sahaja mengajar yoga, Liv juga banyak merakam video kecergasan di YouTube dan menghasilkan kelas kecergasan langganan yang dipanggil FitSphere.
3. mengejutkan tetapi berdasarkan sumber, Liv Lo yang memulakan langkah pertama mengurat Henry. Liv dan Henry bertemu lebih sedekad yang lalu, pada majlis hari jadi rakan di Singapura pada malam sambutan Tahun Baru 2011. “Saya tahu anda perasan saya tetapi tidak memperkenalkan diri anda,” ulas Liv lagi. Sejurus selepas itu, mereka memulakan perhubungan jarak jauh—Lo tinggal di Tokyo, manakala Golding berada di Singapura—sebelum mereka membuat keputusan untuk berpindah bersama.
4. Mereka bertunang pada 2015 di Phuket, Thailand dan berkahwin pada 2016 di Sarawak, Malaysia.
5. Liv dan Henry menyambut cahaya mata perempuan pertama mereka yang diberi nama Lyla, pada Mac 2021.
6. Liv juga seorang yang handal bergaya dan sering kali tampil menawan apabila menemani Henry Golding ketika karpet merah, majlis anugerah serta majlis tayangan filem. Lihat saja stail dan gaya Liv. Dia sendiri persis bintang popular Hollywood.
Mungkinkah kita akan lihat Liv Lo mengikut jejak langkah suaminya berlakon. Sama-sama kita nantikan.
Kredit foto: Instagram (@henrygolding & @livlogolding)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend solekan bagi tahun 2018 pastinya bakal membuatkan anda kelihatan elegan dan tampak menawan. Seiiring dengan arus kemodenan, solekan yang minimalis kian mendapat perhatian seluruh dunia.
Riaskan wajah anda dengan trend solekan terkini dan relevan yang mampu menaikkan seri wajah anda! Nona kongsikan 5 solekan minimalis yang bakal menyerlahkan sisi jelita semulajadi anda!
1.SCULPTED CHEEKS
Ringkas dan minimalis! Cukup sekadar sapuan bronzer dengan berus pemerah pipi yang lebih kecil dibawah tulang pipi anda dari telinga sehingga ke tengah pipi.
2. SOFT SMOKEY EYES
Hasil solekan ini memberi kesan yang lebih anggun dan romantis. Gunakan dua pembayang mata yang sesuai dan blend keduanya pada bahagian kelopak mata, dan semakin pudar apabila menghampiri crease. Tidak keterlaluan dan masih relevan untuk digayakan oleh ratu sehari.
3.SUBTLE SPARKLE
Tampil glamor dengan hasil solekan seperti ini. Aliskan pensil mata nude pada waterline anda dan akhir sekali, letakkan glitter berona emas ke seluruh kelopak mata. Pastinya hasil solekan tampak sempurna dan menawan.
4. NO-MAKEUP MAKEUP
Cukup clean dan minimalis. Definisi no makeup dengan sapuan pembayang mata krim berona taupe, dan olesan gincu borona pastel. Juga sapuan pembayang pipi yang dewy dan glowy serta highlighter dalam bentuk krim pada high point wajah.
5. OXBLOOD LIPS
Solekan ini kelihatan seperti di era 90an, namun dengan penyatuan kulit yang bersih, pipi yang warm, kening tersisir rapi, dan bulu mata yang melentik, nescaya solekan ini cukup relevan untuk digayakan di abad ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya kehidupan Vanidah Imran makin berseri-seri sejak kembali bergelar isteri pada Julai tahun lalu. Hampir setahun menjadi suri hati jurutera, Arifabillah Idris, jelas terpancar wajah bahagia aktres jelita ini di samping suami tercinta.
Apatah lagi, menerusi foto terkininya bersama suami ketika menyambut ulang tahun kelahiran Arifabillah pada 28 Mei lepas.
“28.05.23 Happy Birthday to my King,” tulis Vanidah ringkas di media sosialnya.
Bulan Mei nyata menjadi detik istimewa buat bintang filem The Red Kebaya ini kerana anak gadisnya iaitu Maryam Rashika turut menyambut hari lahir yang ke-19 pada 16 Mei lalu.
Selain masih aktif berlakon, Vanidah dikhabarkan menggalas tugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Walau sibuk dengan kerjaya sebagai anak seni, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 berkenaan tetap rajin menuntut ilmu.
Hasil penat-lelah melanjutkan pengajian, Vanidah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) Universiti Malaya (UM) pada Mac 2022. Dia juga memasang impian untuk sambung PhD jika diizinkan.
Menginjak usia 50 tahun, keanggunan dan kecantikan semula jadi selebriti ini menjadi inspirasi ramai wanita. Mana tidaknya, Vanidah cukup aktif sertai marathon dan pernah mempelajari silat cekak pusaka Hanafi.
Tidak hairanlah, dia mampu tampil sihat bertenaga dan mengekalkan tubuh ramping.
Mengimbas kembali momen ijab kabul, Vanidah sah bergelar isteri Arifabillah pada 7 Julai 2022 dan menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas. Berita pernikahannya mengejutkan peminat seni tanah air kerana tiada desas-desus mengenai percintaan mereka sebelum ini.
Kecantikan Vanidah ketika mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini pada majis nikah waktu itu turut menjadi bualan. Meskipun nampak ringkas namun naik seri pengantin wanita ini.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan aktor Rashidi Ishak namun berpisah pada tahun 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.