Terima Ijazah Doktor Kehormat Kali Ke3, Bukan Sekadar Lakonan Dato’ SRK Aktif Aktiviti Kemanusiaan

Aura hebat pelakon bertaraf antarabangsa, Dato’ Shah Rukh Khan (SRK) bertebaran ke seluruh pelosok dunia. Manakan tidak, bakat lakonan semula jadi yang ada dalam dirinya membuatkan namanya terkenal di seluruh dunia. Sumbangan beliau terhadap dunia lakonan tidak boleh dipertikaikan lagi setelah memenangi banyak anugerah di dalam dan luar negaranya.

Nama Dato’ SRK terus mewangi apabila aktif menjalankan aktiviti kemanusiaan sehingga diiktiraf menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang kemanusiaan (Philanthropy) dari University of Law, London. Sebelum ini Raja Bollywood ini telah menerima pengiktirafan yang sama dari University of Bedfordshire dan University of Edinburgh.

Anugerah tertinggi ini dihulurkan kepada Dato’ SRK sebagai pengiktirafan karyanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia, akses kepada keadilan dan pengurangan jenayah.

Dalam ucapan yang diberikan oleh Dato’ SRK selepas menerima anugerah tersebut, “The acid attack victims are the bravest women I have met in my life. They have suffered tremendously,

” katanya yang bekerja keras di bawah badan kebajikan naungannya, Meer Foundation. Badan kebajikan ini berusaha untuk memperkasakan mangsa serangan asid di sana.

Dato’ SRK memulakan kerja amalnya dengan memperjuangkan hak asasi manusia di India dan sentiasa memberi sokongan kepada kempen kerajaan India.

Dato’ SRK turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada University of Law, London di laman media sosialnya, “Thank u for the honour @universityoflaw and my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more

,” ucap suami kepada Datin Gauri Chibber ini.

IKLAN
Share