Siapa yang tidak mengenali pelakon Shukri Yahaya bukan? Pelakon yang cukup berbakat besar malah jarang sekali terlibat dengan kontroversi dan gosip-gosip liar. Pelakon yang kini membintangi drama Andai Itu Takdirnya yang kini sedang hangat ditayangkan di Astro Ria nyata punya kelompok peminatnya sendiri malah sentiasa dilihat pandai menjaga diri, ‘down-to earth’ dan profesioanal.
Namun, tiada siapa yang lebih mengenali Shukri Yahaya dengan lebih mendalam lagi jika nak dibanding dengan isteri tersayangm Tya Adnan. Baru-baru ini, Tya meluahkan rasa syukur memiliki suami yang juga seorang ayah yang baik, menerusi hantaran di akaun Tiktoknya.
Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Binti Ahmad Adnan mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang banyak berkorban untuk keluarga mereka dengan hasil penat lelahnya bekerja.
Dalam video tersebut kelihatan Shukri sedang melayan kerenah anak-anaknya dengan penuh manja dan keterujaan.
Ads
“Ayah yang hebat..suami yang hebat. Terima kasih sayang atas segala penat lelah pengorbanan you untuk keluarga kecil ini… I tahu you penat sangat.
“Semoga Allah membalas segalanya.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk you. Sayang you, I doakan you always,” ujar Tya. Video berkenaan meraih hampir 3 ratus ribu tontonan dengan rata-rata memuji Shukri Yahaya kerana sentiasa mengutamakan anak-anak serta isteri.
Untuk rekap, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 di Putrajaya. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Di ruangan komen pula, rata-rata ramai peminat mendoakan agar kesejahteraan pasangan sama cantik sama padan ini, malah ada yang mengharapkan tiada orang ketiga yang mencuba memusnahkan kebahagiaan rumah tangga Shukri dan Tya. NONA juga mendoakan semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tangan seorang wanita itu mampu menggegar dunia! Selepas pelbagai kejayaan yang diraih wanita Malaysia, kali ini giliran Datuk Surina Saad pula menambah ‘rekod’ tersebut apabila dilantik sebagai Ketua Polis Perlis yang baharu berkuat kuasa mulai semalam.
Pengiktirafan membanggakan itu bukan hanya menyuntik semangat kaum wanita untuk melakar kejayaan sama. Bahkan menjadi bukti bahawa penglibatan wanita dalam anggota keselamatan negara kini semakin diakui hingga diberi kepercayaan memimpin kontinjen di negeri Indera Kayangan berkenaan.
Pelantikan Datuk Surina yang merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah E5, Cawangan Khas Bukit Aman mencipta sejarah apabila beliau menjadi wanita pertama menggalas tanggungjawab mengetuai kontinjen polis Perlis. Wow, hebat!
Difahamkan pelantikan itu adalah sebagai menggantikan Datuk Noor Mushar Mohd yang bersara wajib hari ini. Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sambil disaksikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan.
Apa yang menggembirakan adalah Datuk Surina yang kini berusia 56 tahun merupakan anak jati Perlis dan telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan ini sejak 30 tahun lalu. Yang pasti, pelantikan tersebut memberi kegembiraan berganda kepada Datuk Surina kerana selain menerima khabar gembira yang tidak pernah dijangka ini, beliau juga dapat kembali bertugas di negeri kelahiran.
“Saya anggap ini adalah satu anugerah terbesar dalam hidup saya dan ini adalah doa ibu dan ayah saya yang telah dimakbulkan,” ujarnya yang melahirkan rasa syukur dengan rezeki berkenaan selain menyatakan akan memberi fokus kepada isu berkaitan dadah termasuk kes penyeludupan di sempadan terutamanya ketum.
Moga lebih ramai wanita dalam pelbagai sektor mencipta pencapaian membanggakan yang dapat menyuntik inspirasi buat wanita lain. Syabas dan tahniah buat Datuk Surina Saad, semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fakta kentut di bawah ini perlu anda hadam supaya anda boleh mempertahankan diri sekiranya dikutuk kerana terkentut. Baca tau!
Semua orang kentut. Baik di rumah, di tempat kerja, di kawasan awam dan pendek kata di mana-mana dan pada bila-bila masa. Pelbagai helah dilakukan seandainya terkentut di tempat umum sehingga anda yang berpura-pura batuk untuk sembunyikan bunyi kentut!
Sumber dari Google
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada sekatan rentas negeri, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) turut memberi kelonggaran untuk melancong dalam negeri. Tetapi dengan mengamalkan norma baharu serta mengikut SOP yang ditetapkan.
Jadi, bagi anda yang ada perancangan untuk melancong dalam negeri tu bolehlah membawa keluarga ke Pulau Bohey Dulang ni. Pemandangannya, subhanallah..cantik sangat! Airnya yang membiru dan tenang tak ubah seperti di Maldives. Terbukti, Malaysia pun kaya dengan keindahan alam ciptaan Tuhan yang boleh kita nikmati bersama.
Nak lihat banyak lagi gambar-gambar menarik Pulau Bohey Dulang ni, baca perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Asdiana Muhd Ali. Perancangan asalnya dan suami ke Pulau Bohey Dulang ini adalah untuk membuat kejutan sempena ulangtahun kelahiran anak tunggal mereka.
Walaupun momen ini tiga tahun telah berlalu namun keindahan panorama pulau ini pastinya paling melekat di benak fikiran. Ia salah satu anugerah Allah SWT yang terindah khususnya buat pencinta-pencinta pulau.
“Salah satu agenda kami sekeluarga pada setiap tahun ialah percutian. Selalunya musim cuti sekolah menjadi waktu terbaik untuk kami sekeluarga berkumpul memandangkan pada hari biasa saya dan suami sibuk dengan kerja, anak pula bersekolah.
Pada penghujung tahun 2017 saya dan suami telah merancang satu percutian istimewa buat anak kami, Muhammad Farihin Zulqarnain bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-8 yang jatuh pada 27 Disember 2017. Kami ingin lakukan kejutan buatnya.
Destinasi percutian yang dipilih ialah pulau. Asalnya kami merancang untuk ke Pulau Mabul, Semporna namun akhirnya memilih Pulau Bohey Dulang yang sangat terkenal dengan keindahan yang menakjubkan.
Pulau Bohey Dulang antara kepulauan tercantik di dunia yang terletak di Celebes Sea, Semporna, Sabah. Ia juga salah satu pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Puncak Pulau Bohey Dulang setinggi 300 meter. Dari puncak ini, kita boleh menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang membiru!
Jiwa terasa tenang sekali melihat indahnya ciptaan Allah SWT. Namun begitu, sebelum dapat menikmati keindahan tersebut ada satu ‘syarat wajib’ iaitu perlu mendaki dan merentasi laluan yang agak sukar serta mencabar sejauh 600 meter.
Pulau Bohey Dulang turut menjadi tumpuan para jurugambar profesional seluruh dunia khususnya untuk mengambil gambar keunikan etnik Bajau laut Semporna. Kebanyakannya hidup secara nomad dan bilangan keluarga Bajau laut di Pulau Bohey Dulang tidak ramai.
26 DISEMBER 2017
Perjalanan dari Bandar Tawau ke pekan Semporna mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan menaiki kenderaan. Kami menginap di Dragon Inn Floating berdekatan jeti umum Semporna. Lokasi penginapan ini juga meriah dengan deretan chalet atas air (Dragon Inn Floating) serta kedai makanan laut (waterfront) khususnya pada waktu malam.
27 DISEMBER 2017
Perjalanan ke Pulau Bohey Dulang mengambil masa antara 30-40 minit dengan menaiki bot. Alhamdulillah! Perjalanan kami lancar yang hanya mengambil masa 30 minit. Dari jauh jelas kelihatan puncak bukit Pulau Bohey Dulang.
Setibanya di jeti pulau, perasaan tiba-tiba bercampur baur apabila pemandu pelancong memaklumkan laluannya berbatu dan licin. Kemungkinan tempoh pendakian mengambil masa sejam untuk tiba ke puncak.
Kami sedikit risau memandangkan anak ada bersama. Dengan bebanan beg yang dipikul memerlukan stamina ekstra. Namun kami bertuah mempunyai seorang pemandu pelancong berpengalaman yang tidak jemu membantu pendakian kami.
Tepat pukul 11.28 pagi, kami selamat sampai di laluan puncak 600 meter bukit Pulau Bohey Dulang. Usai menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa tiba masanya untuk menuruni puncak bukit. Saya hampir tergelincir kerana terpijak akar pokok yang licin.
Sebaik tiba di jeti kami tidak sempat untuk mandi dan snorkling di pulau ini kerana kami akan terus ke Pulau Mantabuan. Di sana barulah boleh mandi dan snorkling sebelum ke Pulau Sibuan. Kami turut bertemu dengan masyarakat Bajau Laut Semporna di sini. Tepat pukul 6 petang kami selamat tiba di jeti umum Semporna.
28 DISEMBER 2017
Pukul 11 pagi kami bergerak pulang dari pekan Semporna ke Bandar Tawau. Walaupun Pulau Bohey Dulang merupakan lokasi pendakian pertama kami (tanpa pengalaman) namun kami tidak akan serik untuk ke sini semula. Pengalaman itu paling bermakna. Kami pasti akan kembali suatu hari nanti dengan persiapan yang lebih rapi.”
Kemunculan Ummi Nazeera yang bertandang ke sebuah sekolah baru-baru ini bagi menjayakan satu majlis sumbangan nyata menarik perhatian khalayak. Jika sebelum ini kelibat figura berkenaan sering dilihat pada majlis anugerah dan fesyen tetapi kali ini Ummi tampil berbeza sebagai tetamu kenamaan dalam acara formal.