Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bintang kebanggaan tanahair Tan Sri Michelle Yeoh di Putrajaya, Khamis lepas. Tan Sri Michelle hadir ke Malaysia bersempena siri jelajah Fan Meet yang diadakan baru-baru ini di Pavilion Kuala Lumpur.
Menerusi pertemuan singkat di Pejabat Perdana Menteri, Anwar berasa cukup kagum dengan pencapaian Michelle yang memenangi trofi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Malah Anwar juga sempat melihat dan bergambar dengan lebih dekat trofi kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh itu.
Ads
Anwar menulis di FB nya, “Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).
Beliau menghimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini, dan beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya. Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.”
Ads
Pada masa yang sama Anwar mengucapkan serta mendoakan agar Tan Sri Michelle Yeoh terus maju jaya dan beroleh lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita cantik manis berusia 28 tahun ini memiliki kelulusan Diploma dalam jurusan Seni Persembahan (Performing Art) dari sebuah universiti tempatan. Pun begitu, dia memilih bidang perniagaan sebagai karier utamanya kerana minat dan dorongan suami tersayang.
Anak kelahiran Selangor, Nur Atikah, merupakan ibu kepada seorang cahayamata berusia 2 tahun. Bapanya merupakan seorang driver manakala ibu bekerja kilang. Dalam keluarganya hanya dia seorang sahaja yang minat berniaga sehingga berimpian untuk memiliki tanah sendiri suatu hari nanti untuk membina legasi perniagaannya.
“Saya memilih bidang perniagaan kerana sekarang ini adalah masa yang sesuai dan mengikut masa saya sendiri. Tambahan pula, saya seorang suri rumah tangga jadi saya boleh memilih masa yang sesuai untuk diri sendiri dan keluarga.
Saya menjual koleksi pakaian muslimah antaranya ialah tudung “tanpa gosok” serta telekung. Adakalanya saya selitkan juga pakaian pyjamas yang menjadi trend terkini.
Memandangkan sekarang ini zaman pandemik COVID-19, saya perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa. Antara yang saya lakukan ialah dengan perbanyakan servis seperti jika ada pelanggan yang terdekat, saya akan COD (cash on delivery) untuk memenuhi permintaannya. Ini kerana kadang-kadang ada juga pelanggan yang tidak mahu melalui kurier jadi mereka sangup bayar untuk COD kerana nak guna barang cepat.
Sebelum ini saya pernah bekerja di salah sebuah syarikat penapis air sebagai team pemasaran merangkap team leader. Pelbagai kejayaan yang telah saya capai di syarikat tersebut. Jika syarikat berikan target, saya akan cuba untuk mencapainya sebaik mungkin.
DORONGAN SUAMI Saya sangat bersyukur kerana suamilah yang banyak memberikan dorongan dan bantuan kepada saya selama ini. Suami juga paling arif tentang perniagaan dan saya banyak belajar tentang selok belok perniagaan dengannya.
Selain itu, suami juga sering memberikan kata-kata semangat kepada saya. Maka, saya sentiasa berpegang kepada prinsip iaitu kekalkan momentum, jangan pernah mudah merasa down dalam hidup, teruskan usaha seterusnya yang paling pentig mindset perlu sentiasa positif.
Sepanjang berbisnes antara anugerah yang pernah saya terima ialah pencapaian target sales terbaik sepajang tahun 2017/2018 dari syarikat jualan penapis air. Satu lagi ialah jualan rumah terbaik pada tahun 2020 dari agensi perumahan.
Selain dorongan suami, keluarga juga tidak ketinggalan memberi semangat kepada saya. Keluarga saya bekerja di syarikat swasta yang mana ibu bekerja kilang manakala ayah pula seorang drebar. Dalam keluarga hanya saya seorang sahaja minat berniaga.
Saya sering memberikan sumbagan kepada anak-anak yatim yang memerlukan bukan sahaja dari segi makanan malah wang ringgit. Sebagai contoh baru-baru ini ada pusat anak yatim tidak cukup duit untuk beli buku sekolah. Saya telah berikan bantuan kewangan mengikut jumlah yang diperlukan oleh pihak tersebut.
PERNAH RASA DOWN Pernah terjadi barang tak cukup stock dan saya perlu mencari dari pemborong luar kawasan Kuala Lumpur. Saya tak cukup target sales, pernah buat Live di Facebook tetapi tidak ramai yang nak beli. Ketika itu rasa down sangat apabila tidak ramai orang lock. Pernah menangis semasa Live tapi saya kuatkan diri untuk habiskan.
Saya menghantar anak ke taska. Siang hari saya akan fokus pada postage barang, malam pula saya akan Live dalam 2 jam sementara anak bersama suami. Selepas itu barulah saya akan bersama keluarga.
IMPIAN Sebagai isteri dan ibu saya sentiasa lakukan yang terbaik untuk diri sendiri serta keluarga, Apa yang penting sentiasa menjaga kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dan diri sendiri. Sebabnya bagi saya wanita yang berjaya adalah seorang yang multistaking.
Impian saya adalah ingin membeli 1 ekar tanah suatu hari nanti. Dengan tanah tersebut saya merancang untuk buat macam-macam terutama untuk bisnes. Sebagai wanita, saya juga berhasrat untuk membantu wanita lain menambah pendapatan mereka. Saya juga berhasrat untuk membantu golongan wanita untuk lebih berkeyakinan dalam bisnes.”
Kredit Foto: Koleksi Peribadi Nur Atikah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok bersembang dengan pakar mata ini kerana kata-katanya sarat nasihat. Siapa sangka media sosial lombong emas untuk meraih pahala sebagai saham akhirat kita.
Ulas Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad ketika ditanya sejauh mana wanita menggunakan media sosial untuk kebaikan. Memang patut atau tidak wanita masa kini ada media sosial.
“Dia macam ni. Sama ada kita mempengaruhi atau dipengaruhi. Kalau kita seorang berpengaruh, ada banyak follower bagi saya ini ‘lombong emas’ untuk mendapat pahala yang sangat multilevel.
Kalau kita pandai buat tiktok atau benda viral yang positif, pendek dan catchy, subhanallah itu ‘pencen’ kubur yang sangat bagus.
Tetapi kalau kita wanita biasa yang masuk kepada media sosial, tanya niat kita. Kalau kita masuk untuk mencari ilmu, bagus sebab banyak ustazah yang mengadakan majlis ilmu di media sosial,” ucap wanita yang lahir pada 1 Disember 1958 ini.
Isteri kepada Dr Azmi Jamion ini menambah, “Sebenarnya kalau kita nak cari ilmu macam saya sendiri bangun pagi tu first thing yang saya buka saya pasang YouTube tentang agama, saya pasang Al-Quran. Sambil lipat baju pun mulut baca Al-Quran telinga dengar YouTube agama.
Most important, bangun pagi jangan tengok berita pada jam pertama kita bangun. Sebab waktu subuh otak gelombang kita jangan isi dengan benda negatif.
Masuk benda positif dulu sebab bila jiwa kita bersih akan awet muda. Wanita yang nak jaga diri dia perlu gunakan media sosial untuk mencari ilmu.
Tapi kalau melihat gosip, melihat orang yang lebih kaya di mana kebanyakan ibarat photoshop of your life. Kebanyakan upload apa yang tak baik so kalau orang yang tak bahagia dia akan tunjuk kebahagiaan, orang tak kaya dia akan tunjuk dia kaya.
Selalunya tak betul apa yang kita tengok. Pada saya, minta maaf kalau ada yang terasa. Tapi believe me, saya sangat berkeyakinan bahawa orang yang ikhlas dia akan menyembunyikan kebaikan dia macam mana dia menyembunyikan keburukan dia.
So kita tak payah nak tunjuk kita ni macam nak mencari penghargaan manusia. Saya rasa rugi masa,” Lembut komen Datuk Prof Muhaya tentang media sosial lombong emas untuk raih pahala.
Permintaan terhadap kediaman masa kini kian meningkat. Tidak hairanlah apabila ramai pemaju yang berlumba-lumba untuk membina rumah mengikut kehendak orang ramai. Salah satu jenis kediaman yang dibina ialah apartmen.
Di Malaysia kita dapat melihat banyak apartmen dibina bak cendawan tumbuh. Salah satu jenis apartmen yang paling sering menjadi pilihan ialah studio. Keluasannya juga terhad dan privasi. Dengan keluasan minimum tidak hairanlah kebanyakan penghuni apartmen studio kreatif dalam tatarias ruang kediaman.
Sesuai dengan namanya studio, apartmen ini hanya terdiri daripada satu ruang sahaja yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti sebagai ruang makan, menonton dan dapur.
Sebarang kesilapan yang berlaku pastinya akan menjadikan ruangnya kian sempit dan berselerak. Berikut tip dekorasi buat anda yang mendiami apartmen jenis studio.
KONSEP
Tentukan konsep yang sesuai agar apartmen studio anda menjadi lebih menarik dan fungsional. Dengan itu anda dapat memberi tumpuan terhadap penataan interior yang lebih tersusun, kemas dan bersih.
PRIVASI
Anda boleh menjadikan almari sebagai rak buku atas tujuan privasi. Secara tidak langsung, anda dapat menikmati sebuah suasana yang lebih tenang tanpa gangguan dengan adanya almari yang bertindak sebagai pemisah.
RUANG TIDUR
Jika anda tinggal berdua atau lebih, disaran menggunakan sofa bed yang menjadi pilihan tepat bagi memudahkan anda mendekorasi apartmen studio. Di samping itu, sofa jenis ini bukan sekadar boleh digunakan sebagai tempat duduk malah dijadikan tilam untuk tidur.
RUANG MAKAN
Sediakan sebuah meja makan jenis lipat. Anda boleh menyembunyikannya di pantri kabinet ketika tidak digunakan. Jika anda seorang yang kreatif, boleh juga mencipta sendiri meja makan asalkan tidak mengambil terlalu banyak ruang.
PERABOT
Menempatkan perabot berukuran besar lebih baik berbanding perabot berukuran kecil dengan jumlah yang banyak. Ini kerana, ia hanya akan membuatkan ruang kediaman anda terlihat amat terhad dan berselerak sekaligus menyukarkan pergerakan anda untuk ke sana sini.
SUSUNAN
Teknik susunan perabot untuk jenis kediaman ini ialah vertikal. Ia bukan sahaja akan menyenangkan pandangan dan memudahkan pergerakan malah memudahkan anda untuk mengubah suai kedudukan perabot dalam sebuah ruang kediaman berukuran kecil.
KACA
Gunakan kaca sebagai pemisah ruang kediaman. Ia bukan saja digunakan sebagai pembatas tempat antara satu dengan yang lain, ia juga menjaga privasi penghuninya. Maka, pilihlah kaca sebagai pemisah ruang. Kaca bukan hanya boleh digunakan sebagai pemisah malah menjadikan ruang kelihatan lebih luas dan terang.
ALMARI
Sebaiknya gunakan almari serba guna yang bukan saja digunakan sebagai tempat menyimpan pakaian malah boleh digunakan sebagai tempat peralatan memasak di samping aksesori apartmen. Selain itu, almari serba guna ini juga dapat digunakan sebagai pembatas ruang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.