Tanggal 24.12.22 menjadi saksi pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, pada majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Aktres berumur 34 tahun itu dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya iaitu Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki. Pasangan sama cantik sama padan itu memakai busana serba putih pada hari penuh bermakna ini.
Ads
Majlis akad nikah itu dihadiri oleh kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan media.
Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi. Terdahulu, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Ads
Menurut Reen, kisah cinta bersama suaminya itu bermula pada dua tahun lepas.
Ads
“Jujurnya, di awal perkenalan, saya yang suka pada dia. Namun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi untuk membalas perasaan saya. Jadi, saya pendam sendiri perasaan ini selama dua tahun perkenalan sehinggalah kami pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama,” ujar pelakon cantik ini.
Reen dan pasangan mula membina cinta selepas pulang dari umrah apabila hati kedua-duanya terbuka untuk membawa hubungan persabahatan yang sudah terjalin selama dua tahun ke fasa yang lebih serius.
Pada majlis akad nikah, wajah Reen mendapat sentuhan dari Datin Saidatulnisa Aminuddin manakala busana serba putih sentihan @ariweddingcouture. Reen turut mengenakan aksesori dari @ceresgoldofficial.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berikutan kejayaan acara jualan Ulang Tahun Ke-5 dan Jualan Tengah Malam tahun lalu, kali ini Johor Premium Outlets mengadakan Jualan Hari Kebangsaan yang tidak boleh dilepaskan untuk pengunjung sempena tahun Kemerdekaan kali ke-60 negara tahun ini.
Jualan sambutan selama lima hari yang begitu dinanti-nantikan ini akan bermula dari 30 Ogos sehingga 3 September. Para pengunjung akan menikmati waktu beli-belah yang dilanjutkan dari 10 pagi hingga 12 tengah malam dan potongan harga yang lebih hebat sehingga 90%.
Bagi merancakkan lagi suasana festival, Baskin-Robbins, Starbucks Coffee, TCBY Frozen Yogurt dan The Coffee Bean & Tea Leaf akan menawarkan aiskrim, kopi ‘ice-blended’, yogurt sejuk beku dan teh ‘ice-blended’ secara percuma kepada 200 pembeli pertama sepanjang lima hari ini mulai 10 malam hingga 12 tengah malam. Kepada yang nak pergi membeli belah, kuatkan stamina dari segi mental dan fizikal! Membeli belah secara bijak dan pilih barangan yang bersesuain dengan bajet.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tak mampu nak jaga anak orang, jangan jadi pengasuh! Itu kata-kata yang meluncur keluar dari mulut ramai kaum ibu bila isu penderaan kanak-kanak di taska makin serius sekarang. Sudahlah berani berselindung di sebalik profesion mulia pendidik, terang-terangan tunjuk contoh tak baik depan anak kecil lagi.
Video berdurasi dua minit yang viral di Internet sejak tiga hari lalu nyata masih meninggalkan kesan kepada sebahagian besar ibu bapa. Apatah lagi bagi si ibu yang mengandungkan anak kecil mangsa dera tersebut yang pastinya trauma menghadapi situasi sukar hari ini.
Berkongsi apa yang dirasainya sejak insiden berkenaan tular, Nur Hasriha Mohamad meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia yang selama ini enggan ambil pusing dengan aduan anak sulungnya kerana menganggap guru-guru di taska berperibadi baik.. sama sekali tak menyangka sanggup memperlakukan anak kecil berusia tiga tahun ini seperti boneka.
“Assalamualaikum.. berkenaan dengan kes dera anak saya tu, terus terang saya katakan saya langsung tak boleh terima apa yang dia dah buat pada anak saya.. saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar). Kami bukan dari keluarga yang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga. Bukan dengan cara macam ni.. terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya.
Sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je. Rupanya ini lah sebabnya anak saya tak nak ke sekolah dan dia ada juga cerita teacher pukul Dina. Tapi cerita tu sebelum kejadian. Saya tak percaya cakap anak.. dia siap tunjukkan teacher pukul macam mana. Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biarkan je apa yang Dina cakap.
Setiap kali bukak FB penuh cerita pasal Dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun… Perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan. Bila dah jadi macam ni, memang tak buatlah. Ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni. Tadi sebelum dia tidur saya ada cakap dengan dia, ‘Dina nak sekolah baru tak?’ Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru. Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ.
Tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolonglah jaga anak saya betul-betul. Janganlah benda ni berulang lagi. Kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.”
Sumber: Facebook Nur Hasriha Mohamad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, cantik dan manisnya ketiga-tiga anak perempuan Fiza Halim! Walau masih kecil dan dua daripadanya sedang meningkat remaja tapi sudah terserlah kejelitaan mereka. Seperti ibu tersayang, mereka juga mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan menoleh dua kali. Beruntung tiga anak ini kerana mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang, Aizat Al Jefri Abdul Kudus, Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Pun begitu, Fiza aktif mengemaskini dan berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di laman media sosial miliknya.
Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza mencuri perhatian peminat dan warga net. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaru Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencuri tumpuan tentunya dua anak gadis Fiza yang kian meningkat dewasa.
Feera Aryanna Ahmed Farriq kini meniti usia 12 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq pula berusia 11 tahun. Mengintai wajah terbaru Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan. Tidak kurang juga cahaya mata terbaru Fiza hasil perkahwinannya bersama Aizat iaitu Siti Aleena Adra atau lebih dikenali sebagai Baby Aleena.
Fiza bersama anaknya, Feera & Feeya
Seperti kakak-kakaknya, Baby Aleena yang dilahirkan pada 24 September 2018 juga tidak terkecuali mendapat perhatian kerana kecomelan yang dimiliki. Berkongsi perkembangan
Aleena, Fiza ketika dihubungi berkata anak ketiganya ini makin bijak dan menghiburkan mereka sekeluarga. “Sekarang ni dah masuk 1 tahun 7 bulan. Ragam Aleena ni macam-macam. Dia dah pandai ikut gaya orang terutamanya buat gaya Tok marah dan mummy marah.
Lepas tu kalau kita marah dia, lakonan ratu air mata tu hebat sangat. Tapi bila kita ambil dia dukung, automatic akan stop dan dia senyum balik. Rupanya semua tu hanya lakonan semata-mata. Sampai suami pun sempat gurau kata, “Tengoklah mak dia siapa, pelakon kan.” Kami panggil dia dengan nama manja Baby Aleena tapi kalau dia merajuk saya akan panggil dia Annina.”
Ditanya bagaimana penerimaan kedua-dua kakaknya sejak kehadiran Aleena, aktres ini memberitahu semuanya dalam keadaan baik. “Syukur alhamdulillah, mereka dibesarkan dalam keluarga yang baik. Jadi semua tak ada masalah langsung. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra sayang sangat-sangat dengan Baby Aleena. Kalau tak video call sehari tak sah. Wajib VC!
Saya bersyukur Baby Aleena dikelilingi oleh ramai kakak-kakak dan adik-anak yang sayangkan dia. Dia memang rapat dengan kakak dia termasuklah dengan anak baru (bekas suami pertama). Mereka sayang dengan Baby Aleena. Kalau VC tu, semua nak cakap dengan Baby Aleena, siap mereka reka cipta lagu BABY ALEENA untuk dia lagi. Panggil saya pun mummy.
Jadi saya tak rasa kekok langsung malahan saya lebih happy sebab macam saya punya ramai anak. Lepas ni kalau keluar, pasti ramai yang confuse berapa orang anak saya,” ujarnya sambil ketawa.
Tambahnya lagi, “Jujur saya katakan, saya memang suka budak-budak dan sayang anak-anak syurga ni. Saya happy bila semua panggil saya mummy dan kami seumpama satu family. Saya pun kerap berulang-alik dan rapat dengan semua. Jadi saya rasa sayalah wanita yang paling bertuah dan beruntung sebab mempunyai hubungan sebegini. Syukur sangat-sangat.”
Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini, Fiza ialah isteri Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan rumah tangga mereka bertambah bahagia sejak kehadiran Baby Aleena.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!