Pengalaman menyambut kelahiran bayi dalam air bukan lagi perkara asing di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Melihat reaksi para ibu yang tenang dan selesa berada dalam air saat melahirkan ada kalanya menjentik naluri ibu hamil lain untuk menempuh proses kelahiran unik ini. Namun, timbul perasaan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dan ibu terlibat.

IKLAN

Di Malaysia, walaupun prosedur kelahiran ini pernah dilaksanakan di beberapa buah hospital swasta dan tiada kematian bayi direkodkan namun Kementerian Kesihatan telah melarang kaedah kelahiran berkenaan sekitar Julai tahun lalu kerana tiada bukti jelas ia adalah selamat untuk diteruskan.

Meskipun kaedah ini telah popular sejak akhir tahun 90-an tetapi perlaksanaannya masih belum meluas di Malaysia.

Manfaat Bersalin Dalam Air

Apabila bukaan servik sudah mencecah lima ke tujuh sentimeter, doktor akan meminta ibu hamil tersebut untuk masuk ke dalam tab berisi air suam.

Mereka bebas bergerak dalam tab yang disediakan termasuk mencari posisi sesuai sama ada mencangkung atau melutut bagi memudahkan kelahiran.

(a) Mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit

Ada di kalangan ibu hamil yang trauma ketika proses kelahiran. Tetapi dengan kaedah bersalin dalam air, air suam yang diisi dalam tab boleh melegakan dan mengurangkan kesakitan. Air dikatakan ubat penahan sakit yang sangat berkesan disamping proses bersalin hanya mengambil masa yang singkat.

Teringin BERSALIN DALAM AIR Macam Selebriti Luar Negara. Tapi Selamat Ke Lakukan Di Malaysia?

(b) Terapi kesakitan yang menenangkan

Keapungan air memberi pergerakan lebih luas dan membantu ibu terbabit mengubah kedudukan dengan mudah. Sekaligus memberi mereka ruang untuk mencari posisi paling selesa untuk melahirkan zuriat selain dapat mengurangkan koyakan perineum kerana kulit meregang lebih baik di dalam air.

(c) Cara lebih lembut sambut kelahiran bayi

Berbeza daripada prosedur menyambut bayi dalam bilik bersalin dengan menepuk belakang bayi untuk bernafas, kaedah bersalin dalam air merupakan satu bentuk persekitaran biasa bagi bayi yang sebelum ini selesa ‘berenang’ ketika berada dalam perut si ibu.

IKLAN

Tunggu, Ini Risiko Yang Bakal Berlaku!

Tidak dinafikan risiko bayi lemas apabila dilahirkan dengan kaedah ini masih ada, namun peratusannya terlalu kecil iaitu di bawah satu peratus. Antara risiko lain yang mungkin berlaku semasa prosedur kelahiran ini adalah seperti berikut.

(1) Bayi terdedah jangkitan

Biarpun air di dalam tab telah disterilkan tetapi tiada jaminan untuk mengekalkan ia bebas jangkitan kerana berkemungkinan tubuh si ibu turut dihinggap pelbagai kuman sebaik mereka mula masuk ke dalam tab berkenaan.

Teringin BERSALIN DALAM AIR Macam Selebriti Luar Negara. Tapi Selamat Ke Lakukan Di Malaysia?

IKLAN

(2) Radang paru-paru (pneumonia)

Suhu air yang terlalu sejuk juga menjadi penyebab kepada serangan radang paru-paru. Oleh sebab itu, sebaik sahaja bayi dilahirkan mereka harus diangkat dengan cepat dan dikendalikan petugas perubatan yang bertauliah.

(3) Kerosakan tali pusat

Disebabkan perlu diangkat dengan cepat sebaik dilahirkan, bayi turut berdepan risiko untuk mengalami sedikit kerosakan pada tali pusat. Jika ia berlaku, ibu atau bayi terdedah berdepan pendarahan dan menyebabkan anemia.

(4) Sindrom aspirasi mekonium

Ia adalah keadaan apabila bayi tertelan najis sebelum dilahirkan. Dalam keadaan normal, mekonium atau najis pertama bayi hanya akan dikeluarkan setelah bayi lahir dan mula menyusu. Mekonium ini akan menyumbat saluran udara hingga menghalang pernafasan kerana peparu tidak mampu mengembang.

Antara selebriti Hollywood yang pernah melalui proses bersalin dalam air termasuk Ricki Lake, supermodel Gisele Bundchen dan Pamela Anderson. Suziana Abu Daud

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI